FABU’s Logistic Expert Dr. Zuhra Junaida Participated in Leaders in Innovation Fellowship (LIF) Program in London, UK.

FABU’s Logistic Expert Dr. Zuhra Junaida Participated in Leaders in Innovation Fellowship (LIF) Program in London, UK.

Dr. Zuhra with her Certificate of Completion

Dr Zuhra Junaida Husny, a senior lecturer at Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment and Surveying, who is also the co-founder of HOLISTICS Lab Sdn Bhd, a UTM spin-off company, was selected to participate in the prestigious Leaders in Innovation Fellowships (LIF) program. The LIF program was held for 2 weeks from 14 to 25 January, 2019 in London, United Kingdom.

Dr Zuhra and her innovation was one of the 15 succeeded applicants handpicked by Royal Academy of Engineering (RAEng) and Oxentia out of 40 names forwarded by Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT) from 300 applications received. The LIF program was co-sponsored by the UK Government’s Department of Business, Energy and Industrial Strategy, Newton-Ungku Omar Fund and the Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT) worth RM85,000 for each participant.

The LIF program aims to enhance entrepreneurial capacity and commercialization skills of innovators from selected partner countries. LIF fellows are jointly selected by the Royal Academy of Engineering and MiGHT on the basis of the excellence of their research, the potentials of their innovations, the social and economic benefits of their innovations, and their potentials as entrepreneurs. The winning  innovationby Dr Zuhra  in the program is HACADEMY©, a one-stop centre for halal training programs, halal professional talent matching and organisational learning platform that is cost-effective and sustainable.

Group photo of all recipients during the program in London, UK

PROGRAM REJUVINASI USAHASAMA ISI UTM DAN MPSJ BERJAYA MEMBERDAYAKAN KOMUNITI BUKIT PUCHONG

PROGRAM REJUVINASI USAHASAMA ISI UTM DAN MPSJ BERJAYA MEMBERDAYAKAN KOMUNITI BUKIT PUCHONG

KSU KPKT Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek menyerahkan Sijil Penghargaan kepada YDP MPSJ TPr Noraini Roslan

KENYATAAN AKHBAR

PUCHONG INDAH, 17 Februari 2019 – Usaha sama Institut Sultan Iskandar (ISI), UTM dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam Projek Rejuvinasi Pangsapuri Kos Rendah Bandar Bukit Puchong (PBBP) yang dilancarkan pada 30 Jun tahun lalu telah membuahkan hasil apabila Komuniti PBBP berjaya mempamerkan impak rejuvinasi yang di luar jangkaan. Program ini telah mendapat perhatian sebagai satu contoh model pemberdayaan komuniti perumahan kos rendah yang berjaya, demikian reaksi dari pengunjung pameran Rejuvinasi sempena Pelancaran Dasar Komuniti Negara 2019 yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Taman Puchong Indah pada 17 Februari 2019 yang lalu. Antara dif-dif yang hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin, dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Antara yang dipamerkan adalah poster impak sebelum dan selepas rejuvinasi, produk perabut kayu palet, hasil kebun komuniti, serta komunitinya yang bersemangat tinggi. Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, diiringi peneraju utama projek rejuvinasi MPSJ, Yang Dipertua  TPr Noraini Roslan dalam kunjungan rasmi ke booth pameran berpuas hati dengan prestasi rejuvinasi. YB KSU menyatakan rasa bangga beliau apabila melihat hasil rejuvinasi serta kreativiti perabut kayu palet yang telah dihasilkan oleh komuniti BP dan mengingatkan seluruh warga komuniti agar turut menggabungkan aspek kerohanian selain daripada aspek sosial dan fizikal yang diterapkan di  dalam aktiviti-aktiviti yang telah direncanakan. YDP Noraini menyatakan inilah satu aspek mampan Program Rejuvinasi yang kini diletakkan sebagai projek rujukan berimpak tinggi untuk diterapkan di perumahan lain oleh MPSJ. Sementara itu ADUN Sri Serdang, YB Dr Siti Mariah Mahmud yang turut membuat kunjungan khas menyatakan kesediaan untuk terus menyokong program ini dengan dana tambahan bagi program khidmat komuniti seterusnya. Beliau telah meletakkan kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada seluruh warga pangsapuri  Bandar Bukit Puchong agar terus bersatu dan berdaya maju dalam memastikan kejayaan dan kelangsungan program ini. Pameran juga telah membuka mata kepada beberapa pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Penduduk Zon untuk melaksanakan projek sebegini di kawasan masing-masing.

Ketua Projek Prof Madya Dr Gurupiah Mursib dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk BP Cik Siti Hajar memberi penerangan program Rejuvinasi kepada KSU KPKT Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek

Kunjungan khas dari ADUN Sri Serdang, YB Dr Siti Mariah Mahmud

Prof. Madya Dr. Gurupiah Mursib selaku Ketua Projek dari Institut Sultan Iskandar UTM menyatakan strategi projek rintis menaik taraf ruang bawah blok C, program ukhuwah dan gotong-royong, lawatan kajian kes, bengkel pertukangan, laman edibel dan lain-lain  telah berjaya meniupkan semangat perubahan kepada komuniti BP. Program Anak Angkat UTM, kendalian Dr Syamsul Hendra Mahmud dengan kerjasama pelajar program Sarjana Muda Ukur Bahan dan Sarjana Muda Sains (Pembinaan), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) UTM juga telah memberi impak besar kepada penyatuan di kalangan komuniti ini ke peringkat akar umbi. Program ini telah didaftarkan dalam tiga projek khidmat masyarakat Pusat Jaringan Komuniti Industri UTM dan satu darinya telah mendapat pengiktirafan taraf 5 bintang.

Sila hubungi:
Prof Madya Dr Gurupiah Mursib (0137520051)
Ketua Program Rejuvinasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong
Institut Sultan Iskandar
Blok J1 UTMKL
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur

Deligasi Pelajar FABU sertai Planning Students Assembly (PSA 2019)

Deligasi Pelajar FABU sertai Planning Students Assembly (PSA 2019)

Tempat ke-2 pertandingan New Urban Agenda Story sempena PSA 2019.

Seramai 30 orang mahasiswa dari program Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai Planning Students Assembly (PSA) anjuran  Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan kerjasama Malaysian Institute of Planners (MIP).

PSA merupakan perhimpunan terbesar dwi tahunan bagi mahasiswa program Perancangan Bandar dan Wilayah di seluruh universiti awam di Malaysia.

Mahasiswa daripada FABU yang juga merupakan ahli Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (PEWIBAWA) telah turut menyertai dan memenangi beberapa pertandingan sepanjang program tersebut.

Tempat ke-3 universiti terbaik keseluruhan PSA 2019.

Pada tahun ini, ‘Embracing the New Urban Agenda Towards Sustainable Metropolitan Development’ telah dipilih sebagai tema perhimpunan tersebut yang berlangsung dari 27 sehingga 31 Januari 2019.

Perhimpunan PSA 2019 telah berjaya mengumpulkan seramai 147 orang peserta yang merangkumi mahasiswa program Perancangan Bandar dan Wilayah dari pelbagai universiti iaitu UTM Kampus Johor Bahru (UTM JB), UTM Kampus Kuala Lumpur, Universiti Islam Aantarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi MARA Kampus Seri Iskandar, Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam dan Universiti Sains Malaysia.

Pasukan UTM JB telah menyertai pelbagai acara, aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan sepanjang program tersebut berlangsung. Pada hari pertama, peserta terlibat dengan aktiviti merekabentuk idea dan konsep ‘Ini Kerincilah’ bagi tujuan penambahbaikkan persekitaran PPR Kg. Kerinci.

Program PSA telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen  Lembah Pantai, Yang Berhormat Fahmi Fadzil dan turut dihadiri oleh Presiden MIP, TPr. Hj Ihsan Zainal Mokhtar.

Program diteruskan dengan acara ‘Forum Anak Muda Metropolis’.

Selain itu, pasukan UTM JB turut bertanding dalam acara ‘Metropolis Race’ dan teater ‘PSA Life Unplugged’, di mana wakil UTM JB telah mempersembahkan sebuah drama bertemakan ‘Smart Infrastructure’.

Manakala aktiviti khidmat masyarakat bagi pasukan UTM JB telah diadakan di Kota Damansara Community Forest.

Semua peserta PSA telah diraikan dalam sebuah Majlis ‘Makan Malam Semalam di Metropolis’ di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya.

Program khidmat masyarkat di Kota Damansara Community Forest bersama NGO, My Cangkul.

Pameran hasil kerja para pelajar di ruang legar Dewan Auditorium, Mercu Alam Bina, UM.

Pasukan yang telah diiringi oleh pensyarah kanan program Perancangan Bandar dan Wilayah, Dr. Noor Aimran Samsudin telah merangkul tempat ke-3 universiti terbaik keseluruhan selain tempat ke-2 bagi pertandingan New Urban Agenda Story.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Presiden MIP di Dewan Auditorium, Mercu Alam Bina, UM.

Secara umumnya, penglibatan peserta UTM dalam acara perhimpunan seperti ini mampu meningkatkan tahap pemahaman para pelajar program SMPBW terhadap pelbagai isu, prospek dan potensi profesion perancang bandar dalam membangunkan negara secara mampan.

Penganjuran PSA pada tahun 2021 dijadualkan akan dianjurkan oleh UIAM.

Kerjasama Strategik FABU bersama Map2U Sdn Bhd menjayakan program “Graduate Employability”

Kerjasama Strategik FABU bersama Map2U Sdn Bhd menjayakan program “Graduate Employability”

Seramai 35 pelajar dari program Sarjana Muda Sains Geoinformatik, Fakulti Alam Bina dan Ukur diberikan pendedahan teknologi terkini terutamanya yang berkaitan Internet of Things (IOT) oleh pemain utama industri Geospatial, Map2U Sdn Bhd

Program yang dipanggil “Graduate Employability” tersebut  telah diadakan pada 7 – 8 Januari 2019 lalu dan merupakan salah satu kerjasama strategik FABU dengan  Map2U Sdn Bhd, yang juga merupakan rakan kerjasama ESRI.

Penganjuran program ini ini adalah sebahagian daripada Kursus Wajib dalam program ini, iaitu kursus Khemah Latihan GIS 2 (SGHG3542) dan ditawarkan secara percuma oleh pihak Map2U sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibilities) mereka.

Program ini telah dikendalikan oleh 2 orang tenaga profesional dari industri Geospatial, iaitu Cik Tang Winnie dan Encik Mohammad Hisyam.

Menariknya, kedua-dua profesional ini juga merupakan alumni program Sarjana Muda Sains Geoinformatik UTM.

Melalui program ini, para pelajar telah diberi penerangan tentang penggunaan ArcGIS Online, WebApp Builder dan Operation Dashboard for ArcGIS.

Hasil daripada kursus ini membolehkan pelajar membangunkan aplikasi GIS secara online, yang boleh diintegrasikan dengan pelbagai tujuan lain.

Semua peserta program telah menerima sijil professional data dalam pengurusan geospatial yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dengan adanya sijil professional ini, ianya dapat membantu pelajar meningkatkan kebolehpasaran selepas menamatkan pengajian kelak.

Perkongsian oleh En Mohammad Hisyam berkenaan platform ArcGIS

Perkongsian oleh Cik Tang Winnie berkenaan platform IMAPS

Pengarah Geoinformasi, Prof. Madya Dr. Zulkarnaini Mat Amin menyampaikan cenderahati kepada En Mohammad Hisyam