by webmaster | Jan 31, 2019 | Conference & Seminar, event, News
Seramai 35 pelajar dari program Sarjana Muda Sains Geoinformatik, Fakulti Alam Bina dan Ukur diberikan pendedahan teknologi terkini terutamanya yang berkaitan Internet of Things (IOT) oleh pemain utama industri Geospatial, Map2U Sdn Bhd
Program yang dipanggil “Graduate Employability” tersebut telah diadakan pada 7 – 8 Januari 2019 lalu dan merupakan salah satu kerjasama strategik FABU dengan Map2U Sdn Bhd, yang juga merupakan rakan kerjasama ESRI.
Penganjuran program ini ini adalah sebahagian daripada Kursus Wajib dalam program ini, iaitu kursus Khemah Latihan GIS 2 (SGHG3542) dan ditawarkan secara percuma oleh pihak Map2U sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibilities) mereka.
Program ini telah dikendalikan oleh 2 orang tenaga profesional dari industri Geospatial, iaitu Cik Tang Winnie dan Encik Mohammad Hisyam.
Menariknya, kedua-dua profesional ini juga merupakan alumni program Sarjana Muda Sains Geoinformatik UTM.
Melalui program ini, para pelajar telah diberi penerangan tentang penggunaan ArcGIS Online, WebApp Builder dan Operation Dashboard for ArcGIS.
Hasil daripada kursus ini membolehkan pelajar membangunkan aplikasi GIS secara online, yang boleh diintegrasikan dengan pelbagai tujuan lain.
Semua peserta program telah menerima sijil professional data dalam pengurusan geospatial yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dengan adanya sijil professional ini, ianya dapat membantu pelajar meningkatkan kebolehpasaran selepas menamatkan pengajian kelak.

Perkongsian oleh En Mohammad Hisyam berkenaan platform ArcGIS

Perkongsian oleh Cik Tang Winnie berkenaan platform IMAPS

Pengarah Geoinformasi, Prof. Madya Dr. Zulkarnaini Mat Amin menyampaikan cenderahati kepada En Mohammad Hisyam
by webmaster | Jan 27, 2019 | Conference & Seminar, Global Outreach Program, News

Pelajar dan tenaga pengajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) beroleh pengalaman berguna apabila dapat menimba ilmu teknologi dan kepakaran dalam aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam sesi lawatan sambil belajar ke Ranhill SAJ Sdn Bhd.
Seramai 37 orang pelajar Sarjana Muda Sains (Geoinformatik) dan dua orang pensyarah tersebut telah didedahkan dengan latar belakang syarikat, yang dahulu dikenali sebagai Jabatan Air Johor, sehinggalah yang terkini dikenali sebagai Ranhill SAJ Sdn Bhd.
Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan aplikasi-aplikasi yang dibangunkan, terutama aplikasi yang melibatkan GIS yang berkaitan dengan bidang geoinformatik. Para pelajar kemudiannya diberikan taklimat aplikasi GIS yang telah dibangunkan, apa fungsi-fungsi khusus yang telah dibangunkan, serta masih digunakan sehingga sekarang.
Selain itu, para pelajar juga dibawa meninjau bilik operasi Ranhill SAJ Info Center, yang bertujuan bagi mengambil aduan, menyemak aduan atau apa-apa laporan berkenaan paip bocor, atau ketiadaan serta lain-lain isu. Semua laporan ini kemudiannya disambungkan kepada pelbagai unit dan bahagian dalam Ranhill SAJ untuk tindakan lanjut.
Rujukan : Pelajar FABU Timba Ilmu Teknologi dan Kepakaran Aplikasi GIS dari Ranhill SAJ
by webmaster | Dec 19, 2018 | Conference & Seminar, event, News
SIMPI 2018 Conference organised by Centre for Real Estate Studies (CRES) and UTM Real Estate, Faculty of Built Environment and Surveying. 11-12 December 2018. The Everly Hotel, Putrajaya.
More than 80 papers have been presented from Malaysia , Indonesia and The Phillipines. SIMPI is initiative from 3 Asian countries namely Malaysia (UTM) Indonesia (Universiti Bung Hatta) and The Phillipines (Far Eastern University) to promote sustainable communities in this region. Next SIMPI conference will be in Manila, Phillipines.
More photos (click here)
by webmaster | Oct 31, 2018 | Conference & Seminar, event, News, photo
Date : 29 & 30 October 2018
Venue : Dewan Konvensyen, Blok B12, FABU
More photo (click here)
by webmaster | Oct 31, 2018 | Conference & Seminar, event, News, photo
Date : 29 October 2018
Venue : Dewan Konvensyen, Blok B12, FABU
More photo (click here)
by webmaster | Oct 1, 2018 | Award, Conference & Seminar, event, News, Staff
Congratulations Dr. Norliza binti Mohd Isa for awarded GOLD in NALI 2018 Exhibition and Competition for the innovation ‘Implimentasi Projek Asas Rekabentuk Landskap Melalui Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka’.