Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami menjemput anda semua ke webinar Karbon Biru Iskandar Puteri, terbuka kepada
✅ warganet
✅ pelajar dan guru sekolah rendah dan menengah,
✅ mahasiswa dan pensyarah institusi pengajian tinggi,
✅penyelidik / environmentalist
✅ industri
✅ agensi
✅ orang awam
✅ warga UTM
✅ alumni UTM
sempena Hari Tanah Lembap Sedunia yang disambut setiap 2 Februari setiap tahun.
Webinar akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Bertemakan Memahami Peranan Karbon Biru dalam Ketahanan Iklim
Tarikh: 28 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Platform: Webex
Pautan Webex:
https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=m8a85469ba5b5b772cf7d5bb3d1b7b0b6
Aktiviti menarik sepanjang webinar:
* Forum & sesi soal jawab bersama pakar daripada perhutanan dan pihak berkuasa tempatan
* Kuiz interaktif – sertai dan dapatkan e-sijil pencapaian (Tempoh menjawab kuiz: 10.00 pagi – 5.00 petang, 28 Februari 2026)
* E-sijil penyertaan bagi semua peserta webinar
Webinar ini akan menampilkan panel-panel yang berpengalaman dalam pengurusan paya bakau dan mitigasi kesan perubahan iklim.
Moderator
Sr Ts Gs Dr. Nurul Hawani Idris
Pengarah Living Lab UTM-JPNJ merangkap Ketua Projek Blue Carbon Trail
Universiti Teknologi Malaysia
Panel 1
En. Safwan Bin Shaari
Ketua Unit Kemampanan dan Kesejahteraan Bandar
Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
Panel 2
En. Mohd Syahrir Azrin bin Salleh
Pengarah
Jabatan Perhutanan Negeri Johor
🔴 Mata CPD disediakan kepada staf UTM
🔴 Merit akademik disediakan kepada pelajar UTM
Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan program serta menimba ilmu berkaitan karbon biru dan kelestarian alam.