Badan Kebajikan FAB dengan kerjasama The Fabulous Four telah mengadakan majlis Hi-Tea pada 27 Disember 2017 bagi beramah mesra bersama staf FAB dan mengadakan sesi penghargaan bagi meraikan staf yang dinaikkan pangkat, staf yang akan berpencen, staf yang berpindah ke tempat baru, staf yang baru menyertai FAB, staf yang baru mendirikan rumah tangga dan staf yang mendapat cahaya mata baru.