Dengan semangat gotong-royong lebih 100 orang staf FABU, sebanyak 600 bekasbubur lambuk berjaya disediakan dan diedarkan kepada warga UTM serta pelajar!
Apa yang istimewa kali ini? Seiring dengan tema FABU Sihat & Lestari:
✅ Resepi Sihat Ramadan: Bubur lambuk kali ini menggunakan bahan segar, dan pilihan herba berkhasiat.
✅ Sumbangan Kasih: Segala bahan dan kos adalah hasil sumbangan ikhlas daripada warga FABU sendiri.
✅ Menyokong SDG 2: Zero Hunger (Kelaparan Sifar) melalui edaran 600 pax makanan berkhasiat kepada komuniti fakulti/pelajar dan SDG 3: Good Health and Well-being (Kesihatan & Kesejahteraan) menu sihat Ramadan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, daripada fasa persediaan bahan hinggalah sesi edaran tamat pada jam 3 petang. Semangat rewang inilah yang mengeratkan lagi ukhuwah dan kebersamaan warga FABU.
Semoga usaha kecil ini membawa impak besar kepada kesihatan dan kelestarian komuniti kita.
#FABUSihatLestari