Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah berjaya melaksanakan Hari OSHE FABU 2025 pada 1 Disember 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Premier Sarawak, B12 bermula jam 9.00 pagi. Program ini diketuai oleh Pengarah Program, Dr. Zahierruden bin Ismail dan telah dirasmikan oleh Dekan FABU, Prof. Sr Dr. Kherun Nita binti Ali. Penganjuran ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kesedaran warga fakulti mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja. Lagi gambar di : https://www.facebook.com/built.surveyUTM/posts/pfbid03XN8cBQejiGB29VxSYZBiZjsLnPnq9YERyXo5BKSwqNDyYMvWd4Fuv6BaLLNq384l?ref=embed_page