GERIK, 5 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melunaskan peranannya dalam menjayakan pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan bagi merapatkan jurang pembangunan antara kawasan desa dan bandar, khususnya melalui usaha menaik taraf kemudahan asas, memperluas capaian Internet serta melaksanakan program pendidikan dan pembangunan sahsiah komuniti.

Kampung Angkat MADANI merupakan pendekatan “whole of government” yang berteraskan keperluan rakyat bagi memastikan setiap kampung terpilih menerima manfaat infrastruktur dan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh. Berita lanjut di : https://news.utm.my/2025/08/75-pelajar-utm-sertai-program-anak-angkat-madani-di-kg-plang/