Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah bermurah hati untuk mengagihkan sumbangan secara one-off kepada pelajar Geoinformasi yang berada di kampus semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Seramai 58 pelajar yang terdiri daripada 32 pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik) dan 26 pelajar Sarjana Muda Geoinformatik menerima sumbangan sebanyak RM 200 seorang yang dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing. Secara keseluruhan, LJT telah menyumbang sebanyak RM10,600 kepada semua pelajar berkenaan. Satu majlis simbolik penyerahan replika cek sumbangan tersebut telah diadakan pada 30 April 2020 di perkarangan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM. Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Pembangunan, UTM, Pengarah Geoinformasi serta pelajar.
News
- Cinta dan cita-cita jadi resipi istimewa
- Inspirasi Dr. Azizul Abd Ghani, graduan Doktor Falsafah dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU)
- UTM, National Hydrographic Centre formalised strategic partnership through MoU signing
- FABU dam CLPM anjur Bootcamp Perisian Angkat Kren, sedia 30 pelajar ke pertandingan ASEAN
- FABU secures three awards at IIDEL 2026, UM MINT x IUCEL
- FABU perkukuh dokumentasi perolehan melalui latihan berasaskan pengalaman
- FABU KEMBALI DI PUNCAK: JUARA ANUGERAH KELESTARIAN UTM 2025
- Department of Quantity Surveying advances strategic links with leading QS consultants across Johor
- FABU UTM strengthens industry engagement and networking at Glodon QuantifAI Launch, AEC Connect Day 2026
- FABU’s BIMRG supports Malaysia’s techno-talent readiness through the 2nd UTM-CIDB BIM Training & Apprenticeship Programme 2026