Seramai 33 pelajar Tahun 1, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW), Fakulti Alam Bina (FAB) telah dengan jayanya mengikuti Program Perkhemahan Motivasi First Year Experience (FYE) 2017 pada 26-28 Oktober 2017 di Hutan Rekreasi UTM. Program FYE ini bertujuan untuk menerapkan kefahaman awal kepada pelajar mengenai program pengajian, prospek kerjaya, aspirasi jabatan dan UTM, penerapan kemahiran insaniah dan mengeratkan jalinan ukhuwah dengan pelajar senior dan pensyarah. Dengan bantuan 4 orang penyelia Studio 1 dan 15 fasilitator Tahun 2 yang diketuai oleh Muhammad Aqil Afzal bin Roslee, kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar termasuklah Team Building, Night Walk, Jungle Tracking dan Culture Night. Program diakhiri dengan sesi Ceramah Kerjaya Perancang Bandar Bersama Alumni dari Sektor Awam dan Swasta yang telah disampaikan oleh Prof. Madya. TPr. Dr. Hairul Nizam bin Ismail, En. Muhammad Hakimi bin Mohd. Hussain dan En. Safwan bin Shaari.
News
- Australia-Malaysia Virtual PhD Internship Programme (AMVPIP) 2025
- TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI MSFG UTM
- 75 Pelajar UTM Sertai Program Anak Angkat MADANI di Kg Plang
- SBBS: Solusi Isu Pemilikan Lot Lidi
- Kerjasama FABU-Grab anjur Geostars kali ke-5
- Khemah Ukur II (SBEU2151)
- ISI-UTM and Belati Wangsa Lead Sustainable RAP for Malaysia Roads
- UTM and Glodon Join Forces: Pioneering the Future of Digital Construction Education
- 2nd International Urban Planning Conference (iNUPC) 2025
- UTM perkukuh kerjasama penyelidikan pesisir pantai global di Persidangan DBAR ke-9 2025