MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN & BRISK WALK PERDANA PERINGKAT UTM 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Brisk Walk Perdana Peringkat UTM 2025 seperti butiran berikut:

Tarikh              : 12 Ogos 2025 (Selasa)

Masa               : 7.45 pagi – 10.30 pagi

Tempat            : Tasik Ilmu, UTM Johor Bahru

Pakaian          : Pakaian Sukan t-shirt Biru, Tudung Merah bagi staf wanita dan kain pelekat/batik untuk selempang

Sehubungan dengan itu, semua staf Pengurusan Profesional & Pelaksana (PPP)  FABU diwajibkan hadir kecuali staf yang terlibat dengan urusan mesyuarat atau urusan rasmi fakulti yang telah dirancang lebih awal. Staf akademik adalah dijemput hadir sama menyertai program ini.

Pelbagai acara menarik turut disediakan antaranya:

  • Hadiah misteri kepada 5 PTJ/Fakulti dengan Penyertaan paling ramai
  • Pertandingan Pakaian Terbaik (Lelaki & Wanita) mengikut tema
  •      Cabutan Bertuah

Sebagai sokongan terhadap inisiatif kelestarian Universiti, sebarang penggunaan bahan plastik sekali guna adalah tidak dibenarkan sepanjang program ini berlangsung.

Kerjasama dan komitmen semua warga FABU dalam menyertai majlis ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Skills

Posted on

August 6, 2025

Submit a Comment