Program QS-Bina Kembali Ke Pangkuan (QaSih ’12) merupakan satu platform untuk sesi perjumpaan semula para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan serta mempereratkan lagi silaturrahim para mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan UTM dengan para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan UTM. Jabatan Ukur Bahan, menyedari akan kepentingan memperkukuhkanΒ  hubungan antara Alumni dengan UTM untuk membantu meningkatkan kecemerlangan UTM sebagai universiti terulung. Program ini juga bertujuan untuk platform mengumpul dana daripada para alumni untuk memperkasakan tabung Endownment untuk pembangunan mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan. Pelbagai aktiviti akan diadakan dan para mahasiswa bukan sahaja dapat mengenali para pensyarah dan alumni dengan lebih akrab, malah dapat mewujudkan semangat yang tinggi untuk mencontohi dan mencapai kejayaan profesional yang membanggakan.

 

Program ini akan berlansung dari 25 hingga 27 Mei 2012 bertempat di Fakulti Alam Bina. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya adalah sukaneka, Seminar CCD, Kenduri Sekampung, Pertandingan Golf serta bnyak lagi. Aktiviti kemuncak bagi program ini adalah majlis makan malam alumni yang akan diadakan pada 26 Mei 2012 pada jam 8.00 malam.