ANUGERAH SENI DAN KREATIVITI CITRA KARISMA 2026

Anugerah Seni dan Kreativiti telah diperkenalkan sejak tahun 2013 sebagai satu inisiatif bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada staf akademik serta staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) yang berbakat dan aktif berkarya dalam bidang seni dan kreativiti. Penganjuran anugerah ini menjadi platform penting dalam menghargai sumbangan warga universiti yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang tugas masing-masing, malah turut menunjukkan komitmen dan keupayaan dalam menghasilkan karya kreatif yang berkualiti serta memberi impak kepada perkembangan seni dan budaya.

Melalui anugerah ini, universiti berusaha menyemai serta memperkasa budaya kreativiti dalam kalangan warga kampus dengan mengiktiraf bakat, usaha dan pencapaian individu yang terlibat secara aktif dalam pelbagai cabang seni. Pengiktirafan ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada warga universiti untuk terus berkarya, berkongsi idea dan menghasilkan karya yang mampu menyumbang kepada pengayaan khazanah seni, pemikiran kreatif serta pembangunan budaya ilmu dalam komuniti universiti dan masyarakat secara keseluruhannya.

PERINCIAN BIDANG

Bahagian Perincian Bidang ini menerangkan kategori serta skop bidang yang termasuk dalam Kelompok Seni dan Kreativiti bagi tujuan penilaian dan pengiktirafan anugerah:

1. Seni Persembahan (Moden, Tradisional dan Inovasi Kontemporari)

Teater Moden dan Tradisional :

  • Pengarah
  • Pelakon
  • Sinografi (Tari dan drama) – Pencahayaan, latar hias, reka pentas, busana, kesan bunyi, dan solekan
  • Pembentukan teori dan kokurikulum

Tari :

  • Pereka tari (koreografer)
  • Penari (mode, klasikal dan tradisional)
  • Pembentukan teori dan kokurikulum

Muzik :

  • Komposisi lagu / komposisi lirik
  • Gubahan skor / penataan muzik (filem, tari, teater & iklan)
  • Kepemimpinan orchestra /koral
  • Pembentukan teori dan kurikulum baru
  • Perkea dan pembuat alat
  • Persembahan artis “virtuoso”
  • Penyanyi moden, klasikal dan tradisional
  • Perkea dan pembuat alat
  • Persembahan artis “virtuoso”
  • Penyanyi moden, klasikal dan tradisional.

Tema muzik yang berkenaan :

Komposisi lagu :

  • Muzik Popular
  • Muzik Filem – muzik tema, muzik latar, lagu nyanyian
  • Muzik Eksperimental
  • Muzik Seni (art music)
  • Muzik Tradisional
  • Muzik Tarian
  • Muzik Iklan
  • Muzik Animasi

Gubahan Skor :

Termasuk semua kategori komposisi dalam pelbagai ensembel dan media

Kepemimpinan Orkesta / Koral (Konduktor) :

Pementasan tahap nasional dan antarabangsa

Pereka dan Pembuat Alat :

Hasil seni tradisional dan moden

Pembentukan Teori dan Kurikulum Baru :

Semua peringkat pengajian

Persembahan Artis ‘Virtuoso’ :

Kemahiran profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

2. Seni Bina (Landskap/Seni Reka Dalaman)
  • Reka Bentuk Seni Bina
  • Komunikasi Visual
  • Budaya (Pemuliharaan, Sejarah dan Kesenian Seni Bina)
  • Teknologi Bangunan (Ergonomik, Reka Bentuk Persekitaran, Teknologi Hijau)
3. Seni Visual (Moden, Tradisional dan Inovasi Kontemporari)
  • Arca
  • Instalasi (gabungan arca, video, lukisan, bunyi dan/atau montaj)
  • Animasi
  • Grafik
  • Media Baru (multimedia konvensional dan digital)
  • Catan
  • Reka Bentuk Produk
  • Seni Cetak
  • Fotografi
  • Pembentukan teori dan kurikulum
4. Seni Skrin
  • Lakon layar
  • Lakonan
  • Pengarahan
  • Penataan Seni
  • Animasi
  • Sinematografi
  • Suntingan
  • Penataan Bunyi
  • Pembentukan teori dan kurikulum
  • Master of Ceremony / Pengacara Majlis (Bagi Kategori Staf PPP Sahaja)
5. Seni Kraf / Design
  • Ukiran
  • Tekstil
  • Logam
  • Anyaman
  • Tenunan
  • Tekad
  • Batik
  • Sulaman
  • Seramik
  • Jewelry
  • Pembentukan teori & kurikulum
6. Penulisan Kreatif
  • Novel
  • Puisi
  • Cerpen
  • Skrip (drama, TV, filem, iklan)
  • Pembentukan teori dan kurikulum
KATEGORI ANUGERAH

Kategori Anugerah diperkenalkan bagi mengiktiraf kepelbagaian bakat, kepakaran dan sumbangan warga universiti dalam bidang seni dan kreativiti:

1. Kategori Staf Akademik (Individu / Berkumpulan)

Bagi pencalonan Staf Akademik, pemilihan pemenang untuk Kategori Premium ATAU Standard adalah berdasarkan calon yang dapat melepasi titik ambang yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Anugerah.  Titik ambangnya adalah seperti berikut:

  • Premium: 90% dan ke atas
  • Standard: 80-89%
2. Kategori Staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (Individu / Berkumpulan)

Bagi pemilihan pemenang dalam kalangan staf PPP, titik ambang ditetapkan pada 80% dan ke atas.

KRITERIA / SYARAT PERMOHONAN

Kriteria dan syarat permohonan bagi Anugerah Seni dan Kreativiti adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

1. Kriteria Asas
  • Anugerah ini terbuka kepada semua staf UTM yang berstatus tetap/sementara/kontrak (lantikan universiti)
  • Staf telah berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun lantikan sebelum 1 Januari 2026.
  • Pemenang anugerah yang lepas hanya boleh memohon/dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun.
  • Bahan atau dokumen yang dikemukakan oleh calon mestilah dalam tempoh lima (5) tahun terkini, iaitu Januari 2021 hingga Disember 2025 dan terhad kepada tempoh tiga (3) tahun bagi pemenang lepas.
2. Kriteria Tambahan
  • Aktiviti yang dinyatakan hendaklah dapat memberi impak kepada universiti.
  • Projek yang dikemukakan mestilah hasil kerja asli pemohon, sama ada dilaksanakan secara individu atau berkumpulan.
  • Sekiranya projek itu adalah projek bersama atau berkumpulan, senarai nama semua ahli kumpulan yang terlibat hendaklah disenaraikan di dalam borang pencalonan.
  • Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat yang dikemukakan adalah benar dan jujur, serta menandatangani Aku Janji pada borang permohonan.
  • Permohonan akan ditolak serta merta jika didapati pemohon memberikan maklumat palsu dan sekiranya telah diumumkan sebagai pemenang, Anugerah akan ditarik semula.
KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah kriteria penilaian mengikut kategori:

1. Kategori Staf Akademik (Individu / Berkumpulan)

1. Penglibatan & Impak Aktiviti Seni Mengikut Bidang – 30%

2. Anugerah/ Kemenangan Mengikut Peringkat – 30%

3. Keahlian dalam Persatuan/ Kelab Mengikut Peringkat / Jawatan – 10%

4. Pengiktirafan Khas Mengikut Peringkat – 20%:

  • Pelantikan Khas
  • Penjanaan Kewangan (Penjualan, tajaan, komisen, undangan, kutipan tiket, dll.)
  • Penasihatan/ Perundingan
  • Pelantikan sebagai Juri
  • Pelantikan sebagai Pakar Rujuk
  • Penerimaan Geran Berkaitan Seni

5. Pembentukan Teori & Kokurikulum (Sumbangan Korpus Ilmu, Pengaruh dll) – 10%

2. Kategori Staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (Individu / Berkumpulan)

ASAS:

1. Penglibatan & Impak Aktiviti Seni Mengikut Bidang (3 Tahun Terkini Bagi Pemenang Lepas) – 50%

2. Pengiktirafan Khas Mengikut Peringkat – 30%:

  • Pelantikan Khas
  • Penjanaan Kewangan (Penjualan, tajaan, komisen, undangan, kutipan tiket, dll.)
  • Penasihatan/ Perundingan
  • Pelantikan sebagai Juri
  • Pelantikan sebagai Pakar Rujuk
  • Penerimaan Geran Berkaitan Seni

3. Anugerah/ Kemenangan Mengikut Peringkat – 10%

4. Keahlian Dalam Persatuan/Kelab Mengikut Peringkat/Jawatan – 10%

BONUS:

1. Aktiviti mempromosikan UTM melalui hasil seni di Media Sosial – 5%

2. Pembentukan Teori & Kokurikulum (Sumbangan Korpus Ilmu, Pengaruh dll) – 5%

UTM Open Day