PERMOHONAN TINDAKAN: PENGEMASKINIAN RESEARCHER PROFILE BAGI MENINGKATKAN VISIBILITY PENYELIDIK FABU

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Bagi menyokong usaha memperkukuh visibility penyelidik serta meningkatkan penjenamaan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, mohon kerjasama semua warga akademik FABU untuk mengambil tindakan berikut:

1. Login semula ke UTM People
🌐 https://people.utm.my/

Mohon warga akademik membuat login semula bagi memastikan profil penyelidik kekal aktif dan maklumat yang dipaparkan adalah terkini serta lengkap.

2. Mengemas kini Researcher Profile

Mohon pastikan maklumat berikut dikemas kini secara berkala:

✅ Research Expertise (Bidang Kepakaran)
✅ Research Interests (Minat Penyelidikan)
✅ Biography / Ringkasan Profil
✅ Projek dan Geran Penyelidikan
✅ Penerbitan Terkini
✅ Anugerah dan Pengiktirafan
✅ Pautan profil penyelidik seperti Scopus Author ID, ORCID, Google Scholar, Web of Science Researcher Profile serta platform berkaitan

Pengemaskinian ini penting bagi:

📌 Meningkatkan visibility dan kebolehcarian (discoverability) profil penyelidik di enjin carian;
📌 Memudahkan pihak berkepentingan seperti penyelidik, pelajar, industri dan rakan kolaborasi mengenal pasti kepakaran serta bidang penyelidikan;
📌 Memperkukuh penjenamaan penyelidik, FABU dan UTM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; serta
📌 Menyokong usaha fakulti dalam memperluas jaringan kolaborasi, meningkatkan impak penyelidikan dan memperkukuh reputasi universiti.

Kerjasama dan tindakan daripada YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai bagi memastikan profil penyelidik FABU sentiasa terkini, informatif dan berimpak tinggi.

Sekian, terima kasih atas komitmen dan kerjasama berterusan dalam memperkasakan kecemerlangan penyelidikan FABU.

Sekian.

b/p: Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, dan Pembangunan)