Makmal Sains Bangunan
Pengenalan Makmal Sains Bangunan merupakan makmal untuk penyelidikan dan pembelajaran berkaitan dengan bidang sains bangunan. Antara kursus-kursus pembelajaran yang melibatkan penggunaan peralatan di makmal ini adalah Sains Alam Sekitar dan Kelestarian, Teknologi Senibina dan Persekitaran Lanjutan, Teknologi Senibina dan Binaan Lanjutan, Studio Senireka Kelestarian dan sebagainya. Peralatan terkini yang terdapat di makmal termasuk komputer dengan perisian simulasi bangunan, stesen cuaca, kamera termal digital, meter keselesaan terma, meter suhu dan kelembapan, anemometer, termometer inframerah, albedometer, meter lux, meter luminance, sistem penjana PV, heliodon, artificial sky simulator, meter halaja udara, terowong angin, meter tahap bunyi dan sebagainya. Seorang penolong pegawai sains dipertanggungjawabkan dalam urusan operasi dan pengendalian peralatan di makmal ini. Ahad – Rabu : 8.00am – 1.00pm 2.00pm – 5.00pm Khamis : 8.00am – 1.00pm 2.00pm – 3.30pm Jumaat dan Sabtu : Tutup Cuti Umum : Tutup Person in charge
Halimah Binti Yahya Penolong
Pegawai Sains C29
Email : halimahyahya@utm.my