Makmal Hidrografi
Pengenalan MAKMAL HIDROGRAFI merupakan makmal perkhidmatan dan pembelajaran berkaitan ilmu pengukuran dan penggambaran rupabentuk dasar laut, jisim tanah dan ciri-ciri dinamik air laut. Termasuklah batimetri, geologi, geofizik, pasang-surut, arus, ombak dan sifat-sifat fizikal air laut. Maklumat-maklumat ini digambarkan dalam bentuk carta dan dokumen. Carta hidrografi mengandungi maklumat berkaitan kedalaman dasar laut dengan menitikberatkan kepada keselamatan pelayaran, sempadan pantai termasuk topografi pantai, pelbagai bantuan pelayaran seperti boya, rumah api dsb, gambaran topografi dasar laut dan maklumat lain yang dapat membantu pelayaran. Antara subjek-subjek pembelajaran yang melibatkan pengggunaan peralatan di makmal ini Multibeam, singglebeam, side scan sonar, ramalan pasang surut, pengukuran arus dan Ukur GPS. Seorang Penolong Jurutera dan seorang Pembantu Operasi dipertanggungjawabkan dalam urusan operasi dan pengendalian peralatan di makmal ini. Ahad – Rabu : 8.00am – 1.00pm 2.00pm – 5.00pm Khamis : 8.00am – 1.00pm 2.00pm – 3.30pm Jumaat dan Sabtu : Tutup Cuti Umum : Tutup Staf Makmal Bustami bin Berahim@Ibrahim Penolong Jurutera J29 Jaffar bin Ismail Pembantu Operasi N11