Teknologi Kesan Ketulenan Ijazah

arqisSKUDAI – Imbas Arqis (Academic Record QR Information System) yang dibangunkan melibatkan kos RM100,000 di bawah geran penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk kesan ketulenan ijazah adalah  perisian pertama seumpamanya di dunia.

Bukan sahaja bakal dipasarkan di dalam negara, malah ciptaan terkini seorang penyelidik UTM, mampu takluki pasaran antarabangsa apabila dikomersialkan nanti.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata, setakat ini, sebanyak empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) sudah menunjukkan minat untuk mengguna pakai perisian tersebut di universiti masing-masing.

“Menerusi ciptaan ini, ia dapat mengesan kesahihan setiap sijil dengan mudah sekali. Kita juga yakin perisian ini mampu menarik minat khususnya kepada majikan yang khuatir dalam mencari pekerja baru.

“Dengan kredibilitinya, ia juga diyakini menjadi salah satu alternatif kepada penyelesaian isu ijazah palsu seperti yang pernah dilaporkan berlaku baru-baru ini,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Dr Rose Alinda Alias dan Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein yang mencipta perisian itu.

Sementara itu, buat pertama kalinya, UTM telah mengaplikasikan inovasi tersebut pada majlis konvokesyennya yang berlangsung pada 13 sehingga 16 Oktober ini melibatkan 5,304 pelajar.

Mengulas tentang ciptaan itu, Muhammad Zaly Shah berkata, perisian berkenaan menggunakan kod bertindak cepat (QR) yang dicetak pada ijazah graduan dan dibangunkan bersama ‘Imbas Pembaca’.

“Para majikan yang berminat boleh mendapatkan perisian ‘Imbas Pembaca’ yang mempunyai versi bahasa Melayu dan Inggeris itu dengan memuat turunnya secara percuma di laman web www.imbas.my/download mulai Selasa depan.

Sumber : Sinar Harian

UTM fights fakes

JOHOR BARU: UNIVERSITI Teknologi Malaysia reached a milestone yesterday with its invention of a new security feature  to tackle  the problem of forged academic certificates.

For the first time, the security mark was imprinted on the scrolls given out to 5,304 graduands during its 49th convocation, from Saturday.

Several public and private universities have expressed interest in using this new security feature in their certificates and UTM has given them the green light.

Called the “imbas” reader application, all one needs to do is download the page for the reader application to verify the authenticity of the degree.

The quick response code (QRC) printed on the certificates, similar to the QRC used in product advertising, is then scanned to reveal all the information about the degree holder, said UTM Vice-Chancellor Prof Datuk Dr Zaini Ujang.

“If the name printed on the certificate differs from what is revealed through the QRC, then the certificate is a forgery.

“Information on the degree holder can be traced even if we scan a photocopy of the certificate. This is because all the security features will remain intact in the QRC.”

The software was developed at a cost of about RM100,000 by Dr Muhammad Zaly Shah Mu- hammad Hussein, senior lecturer at the Department of Urban and Regional Planning at UTM.

Zaini said as the QRC was a cheaper and more convenient method, UTM could now do away with the need to spend huge amounts of money printing certificates using high-quality printing paper and security features, as the QRC could be printed on any type of paper.

He said the software could detect any forgery swiftly compared with other security features such as the hologram.

“UTM is the pioneer university in the country, as well as in the world, in using QRC to address the problem of forged certificates.”

Zaly said the software had been patented and he would propose to the Education Ministry to adopt the technology when giving out certificates for public examinations.

The reader application can be downloaded at www.imbas.com. my.

 

Source : New Straits Times

 

 

//

UTM Cipta Pengimbas Boleh Kesan Keaslian Sijil Akademik

DrZalyBarCode
Muhammad Zaly Shah menunjukkan inovasi terkini yang dicipta UTM, pengesahan halal yang boleh diakses menerusi telefon pintar.

SKUDAI – Sebuah perisian baru dibangunkan bagi mengesan ketulenan ijazah oleh Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pengimbas yang diberi nama Imbas Pembaca itu merupakan sebuah sistem untuk mengesahkan identiti sekali gus dapat mengetahui sijil tersebut sah atau sebaliknya.

Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, peralatan itu juga akan digunakan graduan UTM pada majlis konvokesyen institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan Oktober, nanti.

Katanya, peralatan itu dilihat bukan hanya untuk kegunaan di IPT semata-mata, malah ia bermanfaat bagi majikan atau bahagian sumber manusia untuk mengetahui graduan yang diambil bekerja menggunakan sijil yang sah atau palsu.

“Ini juga dapat menjimatkan masa kerana sebelum ini, mereka perlu menghubungi universiti untuk mendapatkan pengesahan sama ada graduan yang diambil bekerja merupakan bekas graduan daripada universiti tersebut.

“Oleh itu, setiap sijil akan dilengkapi dengan bar kod unik dan tersendiri yang menggunakan teknologi AES-128 dan perlu diimbas menerusi perisian yang dimuat turun secara percuma dari laman web yang sedang dibangunkan, www.imbas.my.

“Sistem yang pertama kali dibangunkan di Malaysia ini juga dapat digunakan untuk sijil-sijil lain. Kami tidak menjual sistem ini tetapi mana-mana IPT lain yang berminat memilikinya perlu membayar harga lesennya sahaja dan kosnya belum ditetapkan buat masa ini,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Muhammad Zaly Shah turut memperkenalkan satu lagi ciptaannya yang merupakan inovasi terkini dikenali sebagai pengesahan halal dan boleh diakses menerusi telefon pintar pengguna bagi memudahkan umat Islam mencari produk halal di negara ini.

Menurutnya, menerusi perisian tersebut, ia bukan sekadar dapat mengesan status sesuatu produk sama ada halal, meragukan atau tidak halal, bahkan turut dapat mengetahui maklumat berkaitan produk berkenaan.

“Pengesanan dibuat menggunakan kod bar atau kod Quick Response (Qr) pada sijil pengesahan setiap produk pada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Apabila pengguna membuat imbasan di premis atau pada bungkusan produk, akan ada tiga paparan warna.

“Sekiranya rekod sijil itu sah, paparan akan berwarna hijau dan jika paparan berwarna kuning itu bermaksud bukan produk haram sebaliknya mungkin tarikh luput sijil halalnya sudah luput dan sekiranya paparan berwarna merah menunjukkan sijil halal telah ditarik balik.

“UTM merancang berbincang dengan Labuan Halal Hab Sdn Bhd bagi mewujudkan kod Qr pada setiap produk halal yang dikeluarkan. Perisian ini boleh diperolehi secara percuma dan mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan dengan kos RM12,000 dan dijangka dapat digunakan awal tahun hadapan,” katanya.

AZLINA OTHMAN
13 September 2012

Sumber : Sinar Harian

//

Penempatan 60 Orang Staf Akademik & Pelajar Berkelayakan Untuk Mengikuti Pengajian PhD di Universiti Ternama Dunia

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin mempelawa staf akademik UTM dan pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di universiti-universiti ternama dunia. Di antara World’s Top Ten Universities berdasarkan QS World University Rankings 2011/2012 adalah University of Cambridge, Harvard University, Massachussetts Institute of Technology, Yale University, University of Oxford, Imperial College London, University College London, University of Chicago, University of Pennsylvania serta Columbia University.

Bagi staf akademik yang masih tiada PhD, sila kemukakan pencalonan nama kepada pihak fakulti dengan kadar segera. Manakala bagi mana-mana pelajar yang berminat, calon pelajar akan ditawarkan di bawah Skim Felo Penyelidik di mana calon akan mengikuti Cuti Belajar tanpa perlu terlebih dahulu berkhidmat di UTM tetapi akan dibayar elaun Cuti Belajar termasuk kos sara hidup, tiket penerbangan dan yuran pengajian calon sepanjang tempoh Cuti Belajar. Calon-calon pelajar hanya akan dilantik sebagai staf akademik setelah lulus PhD dengan jayanya kelak.

Permohonan oleh staf akademik dan pelajar-pelajar berkelayakan hendaklah dikemukakan kepada fakulti mengikut bidang masing-masing sebelum diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pejabat Pendaftar untuk dikemukakan kepada pihak pengurusan atasan Universiti.
Sila hantar borang permohonan rasmi dengan mengisi borang permohonan Cuti Belajar yang boleh dicapai di laman sesawang Pejabat Pendaftar iaitu http://web.utm.my/registrar dan menghantarnya melalui fakulti sebelum diserahkan kepada pihak HCD.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak HCD di talian berikut :
07-5530358/0429/7948/7952 atau di e mel kepada cutibelajar@utm.my.

Disediakan oleh: Hjh. Nor Azlinda Abu Bakar
Penolong Pendaftar
Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD)

 

Source : News UTM

 

Pendaftaran Pelajar Baru

Taklimat fakulti bagi pelajar-pelajar baru akan diadakan di Dewan Sri Merbau Kolej Tun Hussein Onn pada 6/9/2011 jam 2.00 petang.Pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2011/ 2012 akan diadakan pada 7/9/2011 di blok M47 bilik 212/ 213.

UTM Open Day