by webmaster FAB | Apr 20, 2013 | Featured Slider, News
ISNIN: 4 FEBRUARI 2013
8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Pendaftaran peserta dari lima buah IPTA termasuk peserta dari Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru. Pendaftaran bermula pada 7.30 pagi memandangkan terdapat peserta yang tiba lebih awal iaitu Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar dan Shah Alam. Sesi pendaftaran ini diadakan di B12, Fakulti Alam Bina.
Semasa proses pendaftaran, peserta diberikan kunci bilik penginapan dan ‘goodies bag’yang mengandungi buku catatan dan cenderamata kepada peserta program. Universiti Malaya merupakan peserta terakhir yang tiba disebabkan masalah pengangkutan.
Pameran hasil kerja pelajar perancang turut diadakan semasa sesi pendaftaran peserta bagi memberi pendedahan kepada peserta program.
Majlis perasmian diadakan bertempat di dewan konvesyen B12. Majlis perasmian dimulakan setelah peserta dari tujuh buah universiti mengambil tempat duduk dan tetamu kehormat tiba pada jam 10.10 pagi. Antara tetamu kehormat adalah Dekan Fakulti Alam Bina, Prod Dr Ahmad Nazri Bin Mohd Ludin, Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Dr Norsiah Bt Abd Aziz dan Pengarah Program PSA’13 Mohd Fadzil Bin Abdullah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Keunggulan Terbilang. Seterusnya, bacaan doa diketuai oleh saudara Ahmad Afifi Bin Mohd Lutfi.
Majlis perasmian diteruskan dengan ucapan dari pengarah program bagi menerangkan maksud tema ‘Echoes’ dan diikuti ucapan dari dekan seterusnya merasmikan program PSA’13. Majlis perasmian berakhir pada jam 10.50 pagi dan sesi temuramah dengan wartawan media diadakan.

2.00 petang hingga 6 petang
Aktiviti Ice-Breaking telah diadakan pada jam 2.00 petang. Peserta telah dibahagikan kepada 15 buah kumpulan yang merupakan gabungan semua institusi yang terlibat. Tujuan aktiviti ini bagi membolehkan peserta berkenalan antara satu sama lain dan mengeratkan lagi silaturahim antara peserta. Setiap kumpulan mempunyai fasilitator yang akan mengetuai aktiviti dalam kumpulan tersebut.
Antara permainan yang diselitkan didalam aktiviti ini ialah ‘Suri Rumah’ serta ‘Beruang dan Pemburu’. Aktiviti ini juga memerlukan peserta membuat bendera kumpulan dan ‘cheer’ kumpulan masing-masing. Akhirnya, mereka perlu membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing di hadapan kumpulan yang lain. Kumpulan yang terbaik akan diumumkan sebagai pemenang pada majlis penutupan.
8.00 malam hingga 10.30 malam
Pertandingan video ‘Voices’ telah diadakan bermula jam 8.00 malam bertempat di dewan konvensyen B12. Terdapat tujuh buah universiti yang mengambil bahagian, manakala UTM Johor Bahru tidak mengambil bahagian dan hanya untuk tayangan sahaja.
Pertandingan video ini bertemakan suara orang ramai dimana peserta perlu membuat sesi temubual bersama penduduk di bandar masing-masing bagi mendengar pendapat dan masalah mereka. Video ini telah disiapkan dan dihantar kepada pihak penganjur semasa hari pendaftaran dan hanya ditayangkan dihadapan juri pada malam tersebut. Antara juri yang dijemput ialah Dr Fawazul Khai Al-Haj Bin Hj Ibrahim, En Fadhlan Khair bin Fawazul Khair dan En Atta Indrawani.
SELASA: 5 FEBRUARI 2013
8.00 pagi hingga 5.30 petang
Peserta berkumpul di tempat letak kereta B11 sebelum bertolak ke Taman Negara Tanjung Piai. Perjalanan memakan masa 1 jam dari UTM ke Tanjung Piai. Majlis perasmian dimulakan pada jam 10.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Ir. Hasni Bin Mohammad. Selepas majlis perasmian tamat, peserta di minta berkumpul bagi mendengar taklimat daripada pegawai Tanjung Piai mengenai aktiviti yang akan mereka lakukan sepanjang berada di Tanjung Piai.
Aktiviti pertama bagi peserta ialah pertadingan mengutip sampah sekitar kawasan paya bakau di Tanjung Piai. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan ice breaking dan bergerak ke kawasan yang telah ditetapkan. Selepas itu, peserta dibawa berjalan menyusuri hutan paya bakau tersebut dan berkumpul di penghujung selatan tanah besar asia. Ternyata peserta gembiran dan puas dengan aktiviti yang diadakan. Memandangkan cuaca pada petang itu hujan lebat, aktiviti menyemai benih tidak dapat dilakukan oleh peserta. Pihak pengurusan Taman Negara Tanjung Piai memilih untuk melakukan aktiviti santai didalam dewan serbaguna sebelum peserta bergerak balik ke kampus pada jam 5.00 petang.
8.00 malam hingga 11.30 malam
Pertandingan teater telah diadakan pada hari kedua program PSA’13 dan telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Pertandingan dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh tuan rumah iaitu UTM Johor dan diteruskan oleh tujuh buah universiti. Setiap universiti telah diberi tema oleh pihak penganjur dan mereka harus mempersembahkannya secara langsung pada malam tersebut dalam masa 20 minit. Pertandingan ini telah diadili oleh juri jemputan dari Unit Kebudayaan UTM.
RABU: 6 FEBRUARI 2013
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sebelum memulakan aktiviti Echoes-Race, peserta terlebih dahulu diminta untuk melakukan senaman pagi ‘J-Aerobik’ yang diketuai oleh pelajar dari UTM Johor. Senaman ini bermula pada jam 7.30 pagi hingga 8.15 pagi. Pada jam 8.30 pagi, peserta perlu berada dalam kumpulan ice breaking masing-masing bersama fasilitator mereka.
Setelah itu, tugasan diberikan pada setiap kumpulan dan mereka perlu bergerak ke check point yang telah ditetapkan. Setiap check point mempunyai tugasan yang berbeza dan setiap kumpulan perlu menyiapkan tugasan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Kumpulan yang paling cepat akan diberi mata yang tinggi. Antara check point yang perlu mereka lepasi ialah Senam Robik. Contengan, Giant Mouth, Port Klang, Sea Crane, Broken Telephone, Rain of Balloon, Penang Bridge, Shoot for Goal, Sketch a Panorama, City of Kuala Lumpur dan City of Johor Bahru.
2.00 petang hingga 6.00 petang
Slot bersama IRDA telah diadakan pada hari ketiga program PSA’13 yang bertempat di Dewan Konvensyen Danga Bay. Peserta bergerak menaiki bas tepat pada jam 2.00 petang dan tiba pada jam 2.30 petang. Setibanya disana, peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk masuk secara bergilir-gilir memandangkan kapasiti dewan tersebut tidak mampu menampung keseluruhan peserta PSA’13.
Taklimat dari pihak IRDA memfokuskan mengenai perancangan pembangunan Wilayah Iskandar Negeri Johor. Selepas itu, peserta diberi peluang untuk melihat pameran di sekitar dewan tersebut dan berpeluang mencuba permainan interaktif yang disediakan.
8.30 malam hingga 10.30 malam
Majlis makan malam telah diadakan bertempat di Dewan Sultan Iskandar bertemakan Malam Gema Senandung. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan Pengarah PSA’13 serta Dekan Fakulti Alam Bina. Setelah itu, persembahan khas dari pelajar Sekolah Menengah Indahpura 1 dan diteruskan dengan persembahan dari krew PSA’13.
Peserta juga dihidangkan dengan makanan tradisional Melayu dan berpakaian mengikut tema tradisional. Majlis penyampaian hadiah turut diadakan sebagai selingan pada malam tersebut.

KHAMIS: 7 FEBRUARI 2013
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Pertandingan Urban Design Model telah berlangsung pada hari terakhir program PSA’13 bermula pada jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Konvensyen B12. Peserta telah diminta untuk menyiapkan model tersebut terlebih dahulu dan dibawa untuk dipamerkan. Pameran hasil kerja mereka berlangsung serentak dengan Slot forum dari Malaysian Institute of Planner.
Setiap universiti perlu mewakilkan tiga orang peserta bagi menerangkan tema perancangan yang telah mereka lakukan. Proses pengadilan dan pemarkahan dilakukan sejurus tamatnya Taklimat MIP. Selain itu, peserta perlu menayangkan video ‘sketchup’ model mereka dengan cara yang kreatif selain daripada mempamerkan panel-panel yang telah mereka hasilkan.
9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Forum dari Malaysian Institute of Planner bermula pada jam 9.30 pagi bertempat di Dewan konvensyen B12. Antara ahli panel yang dijemput ialah En Mohd Jamil Bin Mohamad selaku wakil dari IRDA, En Abdul Halim Bin Ali Hassan yang merupakan ahli MIP dan Cik Chew dari Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT). Manakala Prof. Amran Bin Hamzah bertindak selaku moderator dalam forum tersebut.
Forum yang berlangsung telah memfokuskan kepada ‘Halatuju dan Cabaran Bandaraya Johor Bahru Sebagai Bandar Bertaraf Antarabangsa’ yang berkonsepkan bandar mampan. Sesi soal jawab turut diadakan setelah ahli panel selesai membentangkan pendapat masing-masing.
2.00 petang hingga 4.00 petang
Majlis penutupan program diadakan tepat jam 2.00 petang dimana telah dihadiri oleh tetamu kehormat Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Dr Norsiah Bt Abd Aziz dan Penasihat Persatuan PEWIBAWA Prof Madya Dr Hamid Bin Saad. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
Ucapan penutup telah disampaikan oleh Dr Norsiah dan majlis penyerahan giliran PSA’13 telah diadakan. Maka secara rasminya, PSA’14 akan diambil alih oleh POLIMAS dan sekaligus menjadi tuan rumah. Selain itu, majlis juga memberi peluang kepada pensyarah POLIMAS untuk memberi kata-kata aluan dan replika ECHOES diserahkan sebagai simbolik kepada POLIMAS. Majlis tamat pada jam 3.30 petang dan sesi bergambar diadakan.
by webmaster FAB | Apr 4, 2013 | Featured Slider, News, Uncategorized
Two teams of 8 students from Universiti Teknologi Malaysia’s Bachelor of Urban and Regional Planning Program won the heart of an eminent panel of international judges with their innovative and visionary ideas for a sustainable waterfront in Iskandar Malaysia. The UTM teams, which hailed from the Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, bagged the 1st and 2nd Runners Up in Category C of the ‘Planning a Clean & Green Waterfront: Youth Leaders for a Sustainable Future Competition 2013’, which pitched them against top Singaporean tertiary institutions.
The prestigious competition, which commenced on 02 February 2013 and concluded in the Final Prototype Building and Prize Award Ceremony on 17 March 2013, was organised by Activistar Private Limited, Singapore.
The competition featured prominent international partners/sponsors such as the Iskandar Regional Development Authority (IRDA); the Urban Land Institute (ULI); International Society of City and Regional Planners (ISOCARP); Future Cities Laboratory (FCL) by ETH Zurich and Singapore’s National Research Foundation (NRF); and Centre for Liveable Cities Singapore. The competition was supported by the Swiss Embassy; Embassy of Vietnam; the Belgium Embassy; the National Institute of Education (NIE) Singapore; Asia Europe Foundation; Holcim; Procter & Gamble; Pacific Radiance; Mulpha Holdings; and Keppel Land International, among others.
The panel of judges comprised ambassadors, professors, CEOs and senior officials from the above partners/sponsors.
Five UTM teams comprising 20 Year-3 Bachelor of Urban and Regional Planning students, guided by five young academic staff, submitted five proposals to the competition and all five teams were admitted to the final after strict screenings of proposals, pitching them against five other finalists from Singaporean tertiary institutions. In the final rounds, finalists were required to orally present and defend their proposals before a select panel of judges (16 March) and construct a prototype model of their proposal in three hours (17 March), after which the final judgment was made.
Chau Loon Wai (UTM Urban Planning Lecturer and Registered Town Planner) who led the UTM teams in the final rounds observed that the competition was stiff as each finalist team put forth and professionally defended their best innovative ideas.
The two UTM teams’ advancement to the final and winning at the competition testify to the quality and effectiveness of research and teaching in the university, and the innovativeness and competency of UTM graduates, which are at least at par with prominent institutions in the region.
The list of the UTM teams is as follows:
Team 1 – Tanjung Langsat Clean & Green Port City – 1st Runner Up
Anis Shazreen Azmi
Norfadiera Ramli
Nur Shazwani Saari
Saidah Sariff
Team 2 – Revisiting Puteri Garden – 2nd Runner Up
Mohd Safuan Mohd Kamil
Mlysha Nurshyla Abd Rahim
Nuraisha Azmi
Nurul Fatin Mohd Jais
Team 3 – Equilibrium between Urban Scape and Nature (Finalist)
Mohd Fadzil Abdullah
Mohd Shafiq Rasid
Nadhirah Nordin
Siti Sarah Abdul Jabar
Team 4 – Laguna Waterfront Iskandar Malaysia (Finalist)
Rohayu Abdullah
Nurul Farahen Ibrahim
Adilah Jamaludin
Efariza Abdul Hamit
Team 5 – The Re-development Plan of JB Waterfront (Finalist)
Iskandar Mirza Abdul Aziz
Mohd Zaki Bahrudin
Muhd Afize Adnan
Badrul Amir Jusoh
//
by webmaster FAB | Apr 4, 2013 | Featured Slider, News, Uncategorized
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil pendekatan yang strategik untuk meningkatkan budaya profesionalisme di kalangan ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan menjadikan Anugerah Akademik Negara (AAN) sebagai satu platform terunggul dalam memartabatkan pakar akademik negara. AAN merupakan anugerah tahunan berprestij yang bertujuan memberi pengiktirafan kerajaan kepada ahli-ahli akademik yang telah mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing.
Anugerah ini memberi pengiktirafan bukan sekadar dalam aspek pengajaran dan penyelidikan semata-mata, tetapi meliputi peranan ketiga universiti iaitu sumbangan akademik kepada pembangunan negara dan masyarakat.
Pencalonan Anugerah Akademik Negara (AAN) 2012 kini dibuka mulai 25 Mac 2013 (Isnin) dan tarikh tutup permohonan/pencalonan adalah pada 27 Mei 2013 (Isnin). Semua staf akademik UTM yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa menghantar penyertaan bagi anugerah tersebut berdasarkan kepada permohonan dan penyertaan daripada calon-calon yang berwibawa dan mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam bidang masing-masing dan telah mencapai beberapa kejayaan utama sepanjang tahun tempoh penilaian iaitu bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2012 kecuali bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara yang berdasarkan kepada pencalonan oleh IPT berdasarkan pencapaian dan sumbangan kumulatif semasa calon, anugerah serta pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (life long achievement) tanpa mengambil kira tahap pengiktirafan.
Tujuh (7) kategori anugerah dibuka untuk permohonan dan pencalonan iaitu:-
- Anugerah Tokoh Akademik Negara
- Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
- Anugerah Penerbitan Buku
- Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
- Anugerah Seni dan Kreativiti
- Anugerah Pengajaran
- Anugerah Ahli Akademik Harapan
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Urusetia AAN 2012 UTM, Puan Yasni Nurul Huda Hj Mohd Yassin (ext: 30552), Pejabat Timbalan Naib Canselo (Akademik & Antarabangsa), (u.p.: Urus Setia Anugerah Akademik Negara 2012 UTM)
Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mei 2013, jam 5.00 ptg.
http://www.mohe.gov.my/aan2012/
//
by webmaster FAB | Feb 28, 2013 | Featured Slider, News
Pada 30/1/2013 hingga 4/2/2013, Persatuan QS-Bina, Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru telah menganjurkan Program Kampung Angkat & Khidmat Masyarakat 2013 ke Kg. Lohan Ulu, Ranau Sabah. Kampung ini terletak kira-kira 30km dari Gunung Kinabalu. Program ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Program Ukur Bahan, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 28 mahasiswa dari UTM, 22 mahasiswa dari Politeknik KK, dan 12 orang pensyarah daripada kedua-dua institusi telah berganding bahu untuk menjayakan program tersebut.
Program ini merupakan program kolaborasi yang julung kali diadakan di antara dua institusi, diketuai oleh pengarah program Siti Absah Ahmad. Ianya bertujuan untuk melahirkan peribadi mahasiswa yang lebih berdaya maju, mahasiswa yang bercampur dengan masyarakat luar, di samping bersama-sama mempromosikan jurusan ukur bahan kepada masyarakat luar. Sepanjang program ini, para peserta telah membantu mengecat kembali Masjid Lohan Ulu, di mana masjid tersebut merupakan kebanggaan orang kampung yang dibina hasil daripada titik peluh mereka sendiri. Antara aktiviti lain juga seperti membuat landskap, memasang papan tanda kampung tersebut, selain mengadakan kenduri, bengkel usahawan, bengkel motivasi & bengkel promosi UTM & Politeknik bersama masyarakat kampung.
Sumbangan pembinaan tempat mengambil air sembahyang perempuan dan beberapa peralatan masjid telah diserahkan kepada Ketua Kampung Lohan Ulu, Hj. Ribin Bin Hamid. Beliau telah menyatakan rasa gembira beliau terhadap rombongan ini dan mengalu-alukan kedatangan peserta pada masa akan datang.
Mahasiswa telah didedahkan dengan adat serta budaya masyarakat kaum Dusun di Sabah, disamping menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah. Program ini memberi kesan dan impak yang besar apabila interaksi antara mahasiswa ukur bahan dari kedua-dua institusi diteruskan dari pelbagai medium teknologi, begitu juga hubungan antara pensyarah dan mahasiswa dengan kampung angkat mereka.
Ucapan terima kasih juga kepada penaja-penaja yang sudi menaja program ini dari segi wang mahupun bahan. Antara penaja-penajanya adalah Sabah Development Bank, Primercon Sdn. Bhd, Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd, Taqi Holdings Sdn. Bhd, Independent Marine and Engineering Consultant, Pejabat Ketua Menteri Kerajaan Negeri Sabah, SAA Enterprise Sdn. Bhd. Dan Pusat Latihan OISCA Tenom.
//
by webmaster FAB | Oct 29, 2012 | Featured Slider, News, Uncategorized
Program Malaysia Heritage Walks and Town Trails-Summer School anjuran Fakulti Alam Bina di bawah penyeliaan Prof. Dr. Syed Zainol Abidin Idid bersama UTM SPACE berlangsung pada 15 sehingga 21 Oktober 2012. Summer School pada kali ini disertai oleh 20 pelajar dari The National University of Civil Engineering (NUCE), Hanoi, Vietnam seramai 11orang manakala pelajar dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina (FAB), Universiti Teknologi Malaysia seramai sembilan (9) orang. Dua orang pensyarah daripada NUCE iaitu Dr. Nguyen Cao Lan dan Dr. Nguyen Quang Minh juga turut serta.
Majlis perasmian dan pelancaran Malaysian Heritage Walks and Town Trails-Summer School telah berlangsung pada 15 Oktober 2012 di Bilik Seminar, FAB. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Prof. Sr. Ahmad Rosdan Bin Abdul Razak bagi mewakili Prof. Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin (Dekan FAB). Prof. Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin mengadakan perjumpaan bersama pensyarah NUCE di Pejabat Dekan bagi mengucapkan selamat datang serta sesi penyampaian cenderamata.
Sepanjang program ini, para peserta akan dibawa melawat pelbagai tempat warisan sekitar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Melaka Bandaraya Warisan Dunia, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Para peserta didedahkan dengan pelbagai elemen reka bentuk Bandar (urban design) melalui penganjuran bengkel, kajian tapak (site inventory), pemerhatian tapak (site observation), pelan konsep (concept plan), reka bentuk susun atur (design layout) dan penyediaan garis panduan melalui beberapa siri kuliah di tapak kajian. Dua siri kuliah iaitu Observation, Opinion and Intuition – the Fundamentals of Design oleh Prof. Dr. Syed Zainol Abidin Idid (UTM) dan Architectural Appreciation oleh Dr. Minh (NUCE) telah disampaikan kepada para peserta bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan mengenai pemeliharaan bandar warisan. Para peserta Summer School dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil melibatkan para peserta Malaysia dan Vietnam.
Secara tidak langsung penganjuran Malaysian Heritage Walks and Town Trails-Summer School yang telah memasuki tahun ke-3 ini dapat mendedahkan para peserta terhadap kepelbagaian warisan budaya di peringkat antarabangsa. Diharapkan pengajuran Malaysian Heritage Walks and Town Trails-Summer School pada tahun 2012 ini dapat meningkatkan lagi kerjasama antara The National University of Civil Engineering (NUCE), Hanoi, Vietnam dan FAB, UTM khususnya. Pihak penganjur juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak UTM SPACE atas penajaan.
//