Bengkel Strategi anjuran Research Group of Urban Design and Environmental (UDE)

Bengkel Strategi anjuran Research Group of Urban Design and Environmental (UDE)

Kumpulan penyelidikan (RG) baharu Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Research Group of Urban Design and Environmental (UDE) telah berjaya menganjurkan sebuah bengkel strategi di Imperial Heritage Hotel, Bandaraya Melaka pada 24 hingga 26 September 2020 lalu. Tujuan utama penganjuran bengkel tersebut adalah untuk merangka hala tuju dan menyediakan pelan strategi pelaksanaan perancangan RG UDE bagi tempoh lima (5) tahun, 2020-2025. Bengkel Strategi Research Group of Urban Design and Environmental (UDE) 2020-2025 melibatkan penyertaan 20 orang peserta. Seramai lima (5) orang penceramah jemputan terdiri daripada rakan-rakan strategik telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan panduan kepada ahli-ahli RG. Penceramah dibarisi wakil pihak berkuasa tempatan (PBT), syarikat swasta, Centre of Excellence (CoE) dan RG lain.
Rakan-rakan strategik tersebut diwakili oleh En. Safwan Shaari, Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang berkongsikan pengalaman PBT melaksanakan pelbagai projek pembaharuan bandar dan penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sg. Skudai di peringkat kerajaan tempatan. Penglibatan komuniti dalam projek reka bentuk dan pemuliharaan telah disampaikan oleh wakil Think City Sdn. Bhd. (Johor Bahru) iaitu En. Gan Yi Reng. Manakala pengalaman penerbitan buku telah disampaikan oleh penerima Anugerah Buku Karya Asli Sains Sosial, Citra Karisma 2019, saudara Mohd. Zaki Bahrudin dari Pusat Pengajian Diploma SPACE. Pengalaman perundingan pula disampaikan oleh Ar. Noraslinda Abd. Rahman, Pengarah KALAM UTM dan tip permohonan geran dikongsikan oleh Dr. Khairul Hisyam Kamarudin, RG Royal Belum UTM KL.
Hasil pemukiman para peserta bengkel tersebut, 2 dokumen telah dimurnikan iaitu pertama prospektus RG yang mengandungi profil serta latar belakang pengalaman ahli tetap dan bersekutu UDE. Kedua, sebuah pelan strategik yang dikenali sebagai UDE Blueprint 2020-2025 telah selesai dirangka dan direncana sepanjang bengkel. Draf akhir blueprint tersebut mengandungi tahun perancangan pelaksanaan setiap komponen RG. Beberapa cadangan aktiviti, program dan kerjasama strategik berkaitan penyelidikan dan perundingan dengan rakan strategik lain termasuk agensi kerajaan, industri, NGO dan Pihak Berkuasa Tempatan dijangka akan mula dilaksanakan. Pelaksanaan pelan strategi tersebut dibahagikan kepada dua tahap iaitu cadangan 1-2 tahun, untuk fasa jangka pendek (quick win) dan tahun 3-5 untuk jangka panjang. RG baharu fakulti yang dirasmikan oleh Prof. Sr. Dr. Hishamuddin Bin Mohd. Ali, Dekan FABU pada 21 September lalu diketuai oleh Dr. Noor Aimran Samsudin dan disertai barisan pensyarah muda fakulti iaitu Dr. Lee Yoke Lai, LAr. Dr. Siti Rahmah Omar, Dr. Muhamad Solehin Fitry Rosley dan Dr. Mohamad Fadhli Rashid.

 

Program Senibina telah mengadakan sesi dialog bersama Panel Industri Penasihat Terkemuka

Program Senibina telah mengadakan sesi dialog bersama Panel Industri Penasihat Terkemuka

Program Senibina telah mengadakan sesi dialog bersama Panel Industri Penasihat terkemuka, bertempat di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur Jalan Semarak pada 24 September 2020. Sesi ini dihadiri oleh empat Panel Penasihat Industri yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni bina, mereka terdiri daripada Dato’ Ar Nur Haizi Binti Abdul Hai, Dato’ Ar Ezumi Harzani bin Ismail, Ar Saifudin bin Ahmad dan Ar Jasmeet Pal Singh Sidhu bersama staf akademik, pentadbiran dari program Senibina. Sesi dialog ini berjaya memenuhi pelbagai aspek objektif program. Ia dapat merangkumi perkara-perkara seperti memperoleh nasihat mengenai relevansi kurikulum seni bina supaya sesuai dengan keperluan industri semasa; membincangkan cabaran kritikal di pasaran yang berkaitan dengan disiplin seni bina profesional dan persekitaran binaan; mendapatkan nasihat mengenai pendekatan terbaik untuk pendedahan pelajar kepada amalan industri; mendapatkan nasihat mengenai cara membuat pautan yang mampu memudahkan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan; meminta nasihat mengenai kaedah untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara program seni bina profesional dengan industri nasional dan antarabangsa untuk memenuhi keperluan badan profesional; mendapatkan nasihat mengenai cara membuat pautan yang dapat memfasilitasi kerjasama penyelidikan antara program seni bina dengan industri. Sesi dialog yang berlangsung selama sehari ini dapat memberi faedah bersama kepada kedua-dua belah pihak dan sangat bermanfaat untuk pembangunan program seni bina serta perancangan penggantian di masa hadapan. Semoga pelbagai sesi bersama panel industri penasihat yang dilantik dapat dijalankan pada masa akan datang untuk memastikan kualiti program Senibina dari segi menghasilkan graduan yang mencapai matlamat pasaran dan kurikulum untuk masa hadapan.

more photos click here..

Kunjungan Delegasi dari Pejabat UTM International ke FABU

Kunjungan Delegasi dari Pejabat UTM International ke FABU

Pihak FABU telah menerima kunjungan delegasi dari Pejabat UTM International yang diketuai oleh Pro Naib canselor (Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Mohd Ismid Md Said untuk sesi jerayawara inisiatif pengantarabangsaan UTM. Sesi ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif (FE) FABU dan Penyelaras Program Prasiswazah.

UTM Open Day