Tahniah untuk Program Sarjana Muda Ukur Bahan
Program Sarjana Muda Ukur Bahan dengan Kepujian telah menerima akreditasi penuh untuk tempoh 5 tahun dari Lembaga Akreditasi Ukur Bahan. Ini amat bersesuaian dengan visi fakulti untuk menjadi fakulti pilihan bagi pendidikan dan pembangunan profesional di dalam bidang alam bina. Tahniah!
Tahniah kepada Prof. Dr. Mazlan bin Hashim
Tahniah kepada Prof. Dr. Mazlan bin Hashim di atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas A (VK5) berkuatkuasa pada 15 September 2020.
Majlis Meraikan Persaraan Staf & Gotong-Royong Perdana 2020
Majlis Meraikan Persaraan Staf & Gotong-royong Perdana 2020 FABU yang telah berlangsung pada 1 Oktober yang lepas di Foyer Blok B12 pada pukul 8.30 pagi telah dirasmikan oleh Y.Brs. Prof. Sr Dr. Hishamuddin bin Mohd. Ali, Dekan FABU. Majlis ini telah dihadiri oleh staf bersara yang diraikan serta semua staf FABU.
Fakulti Alam Bina dan Ukur telah menerima lawatan dari Dr Wei Zhou (ex-Country Garden Pacific View)
Fakulti Alam Bina dan Ukur telah menerima lawatan dari Dr Wei Zhou (ex-Country Garden Pacific View) sebagai pensyarah jemputan untuk membincangan topik berkenaan aplikasi Building Information Modelling (BIM) dan Geographical Information System (GIS) dalam pembangunan Forest City, Johor. Sesi Syarahan jemputan ini telah dianjurkan oleh Kumpulan Penyelidikan 3D GIS pada 23 September 2020 yang lalu.

