13 Oktober 2020 – Kumpulan Penyelidikan Research Group of Urban Design and Environmental (UDE), Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM telah menerima geran industri bernilai RM20,040 daripada pihak Infinity FM Sdn. Bhd. bagi menjalankan kajian penyediaan strategi perancangan dan pembangunan konsep Smart City untuk pihak Forest City, Johor. Satu Majlis Penyerahan Surat Pelantikan (LoA) telah diadakan di pejabat Infinity FM Sdn. Bhd, Sunway Iskandar, Iskandar Puteri. Penyerahan dokumen tersebut telah disampaikan oleh Encik Zul Azhan Abu Bakar, Pengarah Teknikal bersama En. Ahmad Farid Mat Misiah selaku Pengurus Projek kepada Dr. Noor Aimran Samsudin yang dilantik sebagai Ketua Penyelidik.