Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah bermurah hati untuk mengagihkan sumbangan secara one-off kepada pelajar Geoinformasi yang berada di kampus semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Seramai 58 pelajar yang terdiri daripada 32 pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik) dan 26 pelajar Sarjana Muda Geoinformatik menerima sumbangan sebanyak RM 200 seorang yang dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing. Secara keseluruhan, LJT telah menyumbang sebanyak RM10,600 kepada semua pelajar berkenaan. Satu majlis simbolik penyerahan replika cek sumbangan tersebut telah diadakan pada 30 April 2020 di perkarangan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM. Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Pembangunan, UTM, Pengarah Geoinformasi serta pelajar.
News
- Pelajar FABU dalami teknologi rekabentuk dan pembinaan, telusuri tinggalan sejarah senibina tamadun di India
- Pelajar FABU bantu pulihara ekosistem hutan paya laut.
- New article released on Ain Shams Engineering Journal (ASEJ)
- New article released on GPS Solution (Springer Nature)
- UTM-PLANMalaysia MOU
- PERASMIAN MAKMAL SATELIT FORENSIK GEOSPATIAL BUKTI KERJASAMA ERAT UTM-PDRM
- Opportunities for future collaboration between UTM and The Hong Kong Polytechnic University (PolyU).
- Syarahan Perdana 7 November 2022
- Geoinformation Bulletin Series
- Welcome to the new undergraduate students 2022/2023