Skim Latihan Akademik muda (SLAM) merupakan penambahbaikan kepada Skim Felo Penyelidik UTM. Ia merupakan tambahan kepada pelan penggantian staf akademik yang terkini.

Kelayakan pemohon adalah seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia;

2) Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Tinggi dengan CGPA 3.50 ke atas;

ATAU

Memperolehi ijazah sarjana yang cemerlang

DAN

Kepujian 1-4 dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat kedoktoran atau sarjana + kedoktoran di Universiti seperti yang ditetapkan oleh UTM (Universiti dalam 200 kedudukan ‘The World Ranking University’ ATAU kedudukan 100 mengikut subjek didalam QS Ranking.)

3) Had Umur calon adalah seperti berikut:

a. Program sarjana + kedoktoran- tidak melebihi 30 tahun

b. Kedoktoran- tidak melebihi 40 tahun

4) Elaun peribadi dan kemudahan cuti belajar

i. Elaun peribadi bulanan:

a. Peringkat sarjana RM 2500 sebulan

b. Peringkat kedoktoran RM 3000 sebulan

Maklumat lanjut berkaitan garis panduan Skim Latihan Akademik muda (SLAM) boleh dicapai di http://utmlead.utm.my/download-material/forms/skim_latihan_akademik_muda_(slam)/#wpfb-cat-23

Permohonan yang lengkap boleh dihantar kepada:

Penolong Pendaftar
Pengurusan Sumber Manusia
Fakulti Alam Bina, UTM Johor Bahru

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 07-557425 atau menerusi e-mel ke zulaika@utm.my