GIS HACKATHON 2019

Telah berlangsung acara penjurian bagi program GIS HACKATHON 2019 anjuran bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Pertandingan ini telah disertai seramai 42 orang pelajar (14 kumpulan) yang terdiri daripada bidang perancangan bandar, Geomatik/Geoinformasi, dan Sains Komputer. Pertandingan ini melibatkan 20 jam sesi penciptaan Web App yang bermula pada jam 3.00 petang 16 November 2019 dan berakhir pada jam 11.00 pagi 17 November 2019. Majlis penyampaian hadiah dan pengumuman pemenang secara rasmi akan dilakukan semasa Hari Bandaraya pada 23 November 2019 nanti.