Mesyuarat Penyelarasan bagi Majlis Pendaftaran Khas Ijazah Doktor Falsafah bagi Pegawai Tadbir Negeri Johor

Mesyuarat Penyelarasan bagi Majlis Pendaftaran Khas Ijazah Doktor Falsafah bagi Pegawai Tadbir Negeri Johor yang bakal berlangsung pada 29 Ogos 2019 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat 1, B12 dan disusuli dengan lawatan ke ruang-ruang yang akan terlibat disepanjang majlis itu nanti. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Badrul Hisham bin Kassim dan pegawai-pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta PTJ UTM seperti Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Pejabat naib Canselor, Pejabat Hal Ehwal Korporat (HEK), Bahagian Kemasukan dan Rekod (SRAD), dan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS).