Program Mapathon dan penutup program Grab Geo*Stars yang julung-julung kali dianjurkan hasil kerjasama strategik antara Grab Malaysia dengan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Program Mapathon yang ditaja sepenuhnya oleh Grab Malaysia telah diadakan di makmal komputer Ukur Bahan dan Perancangan Bandar & Wilayah FABU
Tujuan program Mapathon adalah untuk memupuk semangat sukarelawan di kalangan mahasiswa UTM di dalam aktiviti pemetaan komuniti menggunakan platform percuma, OpenStreetMap.