Pelajar Senibina Landskap FABU Memenangi Johan dan Naib Johan Dalam Pertandingan “Doodle Panting” Anjuran Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM

Johor Bahru, 31 Okt. 2018 – Pelajar Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan “Doodle Painting” yang bertempat di Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pertandingan ini merupakan anjuran dari Perpustakaan Sultanah Zanariah bersempena dengan “WOW Carnical@UTM” yang berlangsung dari 27 Oktober hingga 31 Oktober 2018.

Dalam pertandingan tersebut, dua kumpulan yang diketuai oleh Shahida Bahari dan juga Oscar Chong Yi Bin telah berjaya membawa pulang sijil penyertaan dan juga baucer wang tunai. Selain itu, dua kumpulan dari Program Geomatik dan Kejuruteraan juga telah berjaya memenangi tempat ke-tiga dan juga ke-empat.

Kumpulan yang diketuai oleh Shahida Bahari dan juga ahli pasukannya Ashraf Yahya telah menghasilkan doodle yang berkonsepkan “Literacy, a bridge from misery to hope” dan berjaya memenangi Johan dalam pertandingan ini.

Manakala kumpulan yang diketuai oleh Oscar Ching Yi Ben dan juga ahli pasukannya yang terdiri daripada Dr. Lee YoKe Lai dan Chin Kah Lai telah menghasilkan doodle yang berkonsepkan “Book is the key to lively and spiritful space” yang juga memenangi Naib Johan dalam pertangingan tersebut.