PROGRAM KHEMAH UKUR PELAJAR TAHUN DUA SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (GEOMATIK)

Program Khemah Ukur Geomatik telah diadakan di Amir Chalet & Fishing Corner, Kg Baharu, Ayer Tawar, Perak dari 25hb Ogos hingga 7hb September 2018. Seramai 82 pelajar beserta 4 staf akademik (Penyelia) dan dibantu oleh 3 Penolong Jurutera (Pembantu Penyelia) daripada Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur terbabit dalam program ini. Program ini juga adalah merupakan salah satu daripada kursus teras (SGHU2901) yang perlu diambil oleh pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik).