TAHNIAH kepada pemenang Pertandingan Rekabentuk Senibina Identiti Kebangsaan 2017 anjuran Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Tempat pertama dimenangi oleh Qamarul Syafiq bin Mazlan yang memenangi RM5000 dan tempat Kedua dimenangi oleh Nur Azdli bin Mohamed Noor yang membawa pulang RM3000.

Pertandingan Rekabentuk Senibina Identiti Kebangsaan 2017 adalah untuk mengenal pasti tahap pemikiran mahasiswa serta penyelia mereka dalam pentafsiran hasrat senibina yang beridentitikan kebangsaan sebagaimana yang digariskan dalam deraf Dasar Senibina Identiti Kebangsaan. Penganjuran pertandingan ini juga bermatlamat untuk mengenalpasti kesungguhan pihak pengurusan pusat pengajian tinggi berkenaan dalam menyokong usaha dan hasrat penzahiran senibina yang beridentitikan kebangsaan Malaysia. Penyertaan pertandingan ini dibuka kepada mahasiswa pengajian senibina dari pusat pengajian tinggi awam dan swasta di mana programnya telah mendapat pengiktirafan daripada LAM.

Sesi penilaian telah diadakan pada 9 Mac 2018 di Pejabat LAM yang panelnya terdiri daripada:

1. Ar. Zairul Azidin Badri
(Presiden Lembaga Arkitek Malaysia)
2. Ar. Ezumi Harzani Ismail
(Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia)
3. Ar. Yap Seng Chye, Chris
(Presiden Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia)
4. Ar. Dr. Mastor Surat
(Ahli Jawatankuasa Senibina IDentiti Kebangsaan, LAM)
5. Ar. Hijjas Kasturi
(Hijjas Kasturi Associates Sdn.)

Sekali lagi diucapkan setinggi tahniah kepada para pemenang.