Oleh: Dr. Zakri Tarmidi, Jabatan Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia

Pensyarah FABU berkongsi Penilaian Kemampanan Kawasan Perumahan bersama Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS)

Institut Teknologi Sepuluh Nopember Global Engagement (ITS Global Engagement) telah menganjurkan webinar antarabangsa yang dikenali sebagai Siri Syarahan Jemputan (Guest Lecture Series, GLS) berkaitan “Sustainable Development Goals, SDG”.

Program ini telah dilaksanakan pada 2 November 2021, dengan menjemput dua pensyarah jemputan, iaitu  Prof. Madya Dr. Bram Entrop daripada Saxion University of Applied Sciences, dan juga Dr. Zakri Tarmidi daripada Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Moderator bagi program kali ini ialah Dr. Sarah Cahyadini, pensyarah Jabatan Arkitek, ITS.

Dr. Zakri Tarmidi telah dijemput bagi menyampaikan syarahan berkaitan tajuk “Social Sustainability Based on Location Based Indicators for Residential Area: Affordable Housing”. Dr. Zakri telah mengupas berkenaan kajiannya yang bertajuk kaedah bagi menilai tahap kemampanan dari aspek sosial bagi kawasan perumahan Malaysia, khususnya bagi Perumahan Mampu Milik. Manakala Prof. Madya Dr. Bram Entrop telah menyampaikan syarahan bertajuk “The Adoption of Energy Techniques and Measures in Residential Buildings: a Multidisciplinary Perspective”.

Siri Syarahan Jemputan ini berlangsung sekitar 2 jam, dan dihadiri lebih daripada 150 peserta antarabangsa, terutama pelajar dan pensyarah daripada ITS Surabaya. Selain itu terdapat juga penyertaan dari Malaysia, dan lain-lain negara.

Ini bukanlah kali pertama pihak ITS bekerjasama dengan UTM dalam siri syarahan jemputan ini. Diharapkan kerjasama antara pihak ITS dan UTM dapat dikembangkan lagi pada masa akan datang.

Sesi perkongsian bersama pihak ITS
Moderator daripada ITS, Dr Sarah Cahyadini
Latar belakang speaker pertama, Prof Madya Dr Bram Entrop
Latar belakang speaker kedua
Tajuk yang dikongsikan oleh Prof Madya Dr Bram Entrop
Sesi bergambar bersama peserta dan speaker di akhir sesi