Perjumpaan dengan wakil Tokyo Metropolitan University (TMU) Jepun iaitu Assoc. Prof. Dr. Numata Shinya, Asst. Prof. Dr. Eranga Ranaweerage dari Faculty of Urban Environmental Science dan Yuka Hasegawa. Setiausaha , TMU- AIMS Office pada 28 Ogos 2016 di FAB. Tahun ini, FAB menerima dua pelajar TMU dan FAB menghantar seorang pelajar Ellida binti Shamsudin dari Tahun 4 SBEP di bawah Program Asean International Mobility for Students (AIMS). Ini adalah kali ketiga TMU menghantar pelajar ke FAB di bawah program AIMS.