Seluruh warga FABU ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani atas kesudian meluangkan masa merasmikan serta melawat Makmal Satelit Forensik Geospatial UTM-PDRM (MSFG) di Blok C05, FABU. Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada semua Pegawai-pegawan Kanan Polis dari Bukit Aman serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, serta seluruh pegawai dan anggota PDRM yang sama-sama menjayakan majlis pada hari ini.
Tidak dilupakan ucapan penghargaan kepada Profesor Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pegawai-pegawai Kanan Universiti serta seluruh warga UTM yang telah menyumbang ke arah kelancaran program.