Pasukan Kajian Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 bersama YB Menteri dan YB Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Putrajaya pada petang 19 Julai 2018. Kunjungan ini diketuai oleh Prof. Dr. Ibrahim Ngah yang merupakan Ketua Kumpulan Penyelidikan Perancangan Luar Bandar (Rural Research Planning Group-RRPG). Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memberi taklimat kepada YB Menteri dan YB Timbalan Menteri berkaitan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 yang telah dihasilkan oleh RRPG. Turut hadir bersama Prof. Ibrahim, Prof. Hamid Saad dan Dr. Hisyam Kamarudin iaitu ahli RRPG. RRPG ialah salah satu dari 5 Research Group yang bernaung di bawah Centre of Innovative Planning and Development (CIPD)