Pelajar dari program Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah berjaya memenangi Naib Johan dan tempat ke 5 dalam Pertandingan Rekabentuk Ruang Awam di Pesisiran Sungai Skudai pada 21 Oktober 2018.

Dua kumpulan dari program Senibina Landskap telah menyertai pertandingan ini dan layak ke peringkat akhir. Kedua-dua kumpulan telah diselia oleh Dr Norliza Mohd Isa dan Dr Lee Yoke Lai. Kumpulan 1 dianggotai oleh Mohamad Amin Bin Md Ali (MBE171026) dan Ting Ming Ming (A16BE0165) mendapat tempat kedua, membawa pulang sijil dan wang tunai RM5000. Kumpulan 2 dianggotai oleh Oscar Chong Yi Bin (A16BE0136), Lee Ho Yang  (A14BE0039), Chin Kah Lai  (A16BE0019), Muhammad Afiq Harith bin Zulkhairi  (A16BE0069) dan Mohammad Sabar bin Mustaffa (A16BE0064) mendapat tempat ke 5 membawa pulang sijil dan wang tunai RM500. Pertandingan anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan tema “Public Waterfront Shapping the Future” ini telah bermula pada Januari 2018. Seramai 86 kumpulan menyertai pertandingan ini dari pelbagai IPT di Malaysia.