SEBAHAGIAN pelajar jurusan Seni Bina UTM bergambar selepas program Sukan Archileague 2016 di kampus UTM Skudai, Johor Bahru baru-baru ini. Kredit Gambar: Kosmo

SEBAHAGIAN pelajar jurusan Seni Bina UTM bergambar selepas program Sukan Archileague 2016 di kampus UTM Skudai, Johor Bahru baru-baru ini. Kredit Gambar: Kosmo

SIHAT. Seramai 265 pelajar jurusan Seni Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai program sukan Archileague 2016 di Kampus UTM Skudai, Johor baru-baru ini.

Menurut Ketua Penajaan Persatuan Seni Bina UTM, Meor Muhammad Azrin Meor Haris, objektif program tersebut diadakan untuk memupuk minat para pelajar supaya bersukan secara sihat dan mengasah bakat yang terpendam.

“Budaya sihat menjadi teras dan secara tidak langsung membina keyakinan dan keterampilan diri dalam mengimbangi kecemerlangan akademik dan riadah bersukan,” ujarnya.

Antara jenis sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, futsal, ping pong, bola jaring dan bola keranjang.

Sumber: Kosmo

Pelajar jurusan Seni Bina UTM sertai Archileague 2016