{"id":19762,"date":"2017-08-20T08:42:32","date_gmt":"2017-08-20T00:42:32","guid":{"rendered":"http:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/?p=19762"},"modified":"2017-08-22T08:56:44","modified_gmt":"2017-08-22T00:56:44","slug":"rm150-ribu-dikumpul-untuk-kembara-lestari-komuniti-kemboja-2017","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/2017\/08\/20\/rm150-ribu-dikumpul-untuk-kembara-lestari-komuniti-kemboja-2017\/","title":{"rendered":"RM150 ribu dikumpul untuk Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2017"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: center;\">Prof. Wahid menerima sumbangan dari wakil EM Malaysia Group di Bilik Senat, Dewan Sultan Iskandar sambil diperhatikan oleh Dr. Yusof Boon (kiri) dan Pengarah Program, Dr. Mohd. Hisham Rashidi (kanan).<\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\"><strong>JOHOR BAHRU<\/strong>, 17 Ogos 2017 \u2013 Sebanyak RM150 ribu berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan warga kampus, pertubuhan, persatuan dan individu dari dalam dan \u00a0luar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menjayakan Program Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2017.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Antara sumbangan yang diterima adalah daripada rakan strategik EM Malaysia Group, Sekolah Agama Rakyat Sri Seremban dan Pejabat Alumni UTM, Alumni Sekolah Alam Shah dan PERTISAS.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Naib Canselor Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkata, Program Kembara Lestari Komuniti Kemboja adalah antara inisiatif UTM untuk berkongsi kepakaran bagi membantu masyarakat di dalam dan luar negara.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Menurutnya, UTM bukan sahaja berfungsi sebagai agensi yang menyediakan pendidikan tinggi kepada masyarakat malah berperanan memberikan khidmat masyarakat kepada golongan yang memerlukan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">\u201cPeranan ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk berkongsi kepakaran dan melahirkan mahasiswa yang mempunyai sahsiah yang menyeluruh dan juga bersifat kesukarelawanan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian sumbangan dan sijil kepada rakan strategik Program Kembara Lestari Komuniti Kemboja yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Sultan Iskandar tengah hari tadi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Antara rakan strategik yang terlibat dalam program yang akan berlangsung di Kemboja adalah Yayasan Salam Malaysia, Media Prima (TV3), EM Malaysia Group, Sekolah Agama Rakyat Sri Seremban dan juga Alumni Sekolah Alam Shah.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sementara itu, Pengarah Endowmen UTM, Prof. Madya Dr. Yusof Boon berkata, \u00a0antara aktiviti yang akan diadakan sempena Program Kembara Lestari Komuniti Kemboja yang akan berlangsung dari 29 Ogos hingga 3 September adalah membina 20 telaga tiub, melakukan ibadah korban dengan menyembelih 50 ekor lembu an berkhatan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">\u201cProgram berkhatan akan diadakan di Kampung Khleang Sbek dan Koh Sohtin membabitkan 80 peserta yang akan dikendali oleh Pusat Kesihatan UTM yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Ismail Ahmad.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">\u201cTujuan utama program ini adalah untuk membantu masyarakat Kemboja dengan\u00a0 menyalurkan sumbangan daripada warganegara Malaysia yang prihatin menerusi Tabung Endowmen UTM,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Beliau berkata, Tabung Endowmen UTM\u00a0 bukan hanya untuk membantu mahasiswa UTM, tetapi juga dengan kehendak penyumbang wang sumbangan boleh digunakan untuk tujuan khusus seperti membantu masyarakat di Kemboja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Timbalan Pengarah Projek, Shahrin Hashim berkata, Kampung Khlaeng Sbek dipilih bagi meneruskan kesinambungan program Serivce Learning untuk membangunkan kampung budaya lestari yang telah dimulakan sejak 2013.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">\u201cAntara projek pembangunan yang telah dilaksanakan UTM adalah membangunkan Pusat Informasi dan Galeri Kampung Khleang Sbek, Pusat Usahawan Perniagaan Darul Sakinah, Pusat Jahitan Komuniti serta aktiviti pembelajaran bahasa Inggeris untuk kanak-kanak.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">\u201cKami juga telah melaksanakan penambahbaikan kemudahan sekolah, kajian kualiti air bersih, pemeriksaan dan rawatan kesihatan dan pembinaan telaga tiub,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p>Source: <em><a href=\"http:\/\/news.utm.my\/malay\/2017\/08\/21443\/\">RM150 ribu dikumpul untuk Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2017 | Hub Berita<\/a><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Prof. Wahid menerima sumbangan dari wakil EM Malaysia Group di Bilik Senat, Dewan Sultan Iskandar sambil diperhatikan oleh Dr. Yusof Boon (kiri) dan Pengarah Program, Dr. Mohd. Hisham Rashidi (kanan). JOHOR BAHRU, 17 Ogos 2017 \u2013 Sebanyak RM150 ribu berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan warga kampus, pertubuhan, persatuan dan individu dari dalam dan \u00a0luar Universiti Teknologi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":19,"featured_media":19763,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[32,4,36],"tags":[],"class_list":["post-19762","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-csr","category-news","category-utm-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19762","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/users\/19"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19762"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19762\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19779,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19762\/revisions\/19779"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19763"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19762"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19762"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19762"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}