{"id":17229,"date":"2015-12-14T16:00:57","date_gmt":"2015-12-14T08:00:57","guid":{"rendered":"http:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/?p=17229"},"modified":"2015-12-14T16:00:57","modified_gmt":"2015-12-14T08:00:57","slug":"pertandingan-reka-bentuk-medan-pmint-medan-expresi-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/2015\/12\/14\/pertandingan-reka-bentuk-medan-pmint-medan-expresi-rakyat\/","title":{"rendered":"Pelajar Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah, Fakulti Alam Bina Memenangi Tempat Kedua Dalam Pertandingan Reka Bentuk Medan PMINT \u2013 Medan Expresi Rakyat"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">Sekumpulan pelajar Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina, UTM telah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Reka Bentuk Medan PMINT dengan berkonsepkan \u201cMedan Ekspresi Rakyat\u201d yang telah diadakan pada 6 Mei 2015 anjuran Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Kumpulan pelajar tersebut terdiri daripada lima (5) orang iaitu Muhamad Redzuan, Safwan Shaari, Azalia Abdul Yusof, Efariza Abdul Hamid dan Farah Nurizzati Mohd Zaki.\u00a0 Pertandingan yang turut disertai oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia bertujuan untuk mengumpulkan idea satu reka bentuk medan bandar yang berkualiti, responsif terhadap pengguna, inovatif serta mampan dari kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">Kumpulan pelajar tersebut telah dianugerahkan sijil serta cek bernilai RM7,500.00. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 8 Disember 2015 di lobi bangunan Paya Bunga Square, Kuala Terengganu sempena Majlis Perasmian Pameran 30 Tahun PMINT. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato\u2019 Haji Osman bin Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan.<\/span><\/p>\n\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sekumpulan pelajar Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina, UTM telah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Reka Bentuk Medan PMINT dengan berkonsepkan \u201cMedan Ekspresi Rakyat\u201d yang telah diadakan pada 6 Mei 2015 anjuran Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Kumpulan pelajar tersebut terdiri daripada lima (5) orang iaitu Muhamad Redzuan, Safwan Shaari, Azalia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":19,"featured_media":17230,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[25,20,4],"tags":[],"class_list":["post-17229","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-award","category-featured-slider","category-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17229","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/users\/19"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17229"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17229\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17229"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17229"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17229"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}