{"id":17091,"date":"2015-11-03T12:10:36","date_gmt":"2015-11-03T04:10:36","guid":{"rendered":"http:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/?p=17091"},"modified":"2018-01-04T14:59:19","modified_gmt":"2018-01-04T06:59:19","slug":"keris-jadi-pilihan-pensyarah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/2015\/11\/03\/keris-jadi-pilihan-pensyarah\/","title":{"rendered":"Keris jadi pilihan pensyarah"},"content":{"rendered":"<div style=\"width: 634px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/www.sinarharian.com.my\/polopoly_fs\/1.446907.1446432743!\/image\/image.jpg_gen\/derivatives\/landscape_624\/image.jpg\" alt=\"\" width=\"624\" height=\"468\" \/><p class=\"wp-caption-text\">Fawazul Khair bersama karyanya berjudul \u2018Kelahiran Langkasuka\u2019 yang menampilkan keris \u2018Hulu Tajung\u2019 sempena Pameran Lukisan Alumni UTM. Kredit Gambar: Sinar Harian<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">SKUDAI \u2013 Susulan minat mendalamnya terhadap seni ukiran keris \u2018Hulu Tajung\u2019, seorang pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini menjadikan senjata antik itu sebagai subjek utama dalam karya lukisannya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">Pensyarah Fakulti Alam Bina UTM, Dr Fawazul Khair Al Haj Ibrahim berkata, senjata itu semakin dilupakan dan tidak ramai golongan muda pada hari ini menghargai nilai sejarah keris yang menjadi identiti masyarakat Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">\u201cTidak ramai menghargai budaya warisan keris malah amat sedikit yang mengenali senjata ini yang menjadi senjata utama oleh pemerintah dan pembesar Melayu suatu ketika dahulu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">\u201cMalah tukang yang mahir dalam pembuatan keris juga semakin berkurangan. Warisan ini dikhuatiri semakin pupus dan lenyap sekiranya tiada usaha memartabatkannya semula,\u201d katanya ketika ditemui pada Pameran Lukisan Alumni UTM, di sini.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">Katanya, beliau mula tertarik mendalami sejarah pembuatan keris \u2018Hulu Tajung\u2019 ketika menjalankan penyelidikan berkenaan keris itu sejak 2009 dan menginterpretasikan keunikan ukiran keris itu pada lukisan sebagai perkongsian kepada orang ramai.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">\u201cSaya mempunyai beberapa koleksi keris yang paling kurang bernilai RM5,000 dan telah menjelajah sehingga ke Pattani dan Amsterdame untuk melihat koleksi keris masyarakat Melayu Lama yang disimpan di sana.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">\u201cSaya lebih tertarik kepada keris \u2018Hulu Tajung\u2019 kerana motif ukirannya yang unik malah keris ini turut digunakan oleh Agong Malaysia sebagai keris rasmi.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">\u201cSetiap ukiran yang terdapat pada hulu keris ini mempunyai kisah dan maksudnya tersendiri malah keris ini merupakan \u2018kamus bergerak\u2019 kepada pembesar Melayu Lama dan menjadi simbolik kepada si pemilik,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">Fawazul Khair berkata, beliau turut mengambil pendekatan menggerakkan kempen \u2018Satu Keris Satu Rumah\u2019 dengan menghasilkan lukisan bermotif keris bagi memastikan warisan budaya itu tidak terus dilupakan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">\u201cKeris adalah teknologi masyarakat Melayu Lama yang tidak harus dilupakan. Langkah serius perlu diambil bagi memastikan warisan ini terus kekal dan menjadi identiti kebanggaan kita.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">\u201cDalam kebanyakan pameran lukisan, saya lebih cenderung mengetengahkan lukisan bermotif keris sebagai perkongsian bersama masyarakat agar mereka dapat mendalami warisan ini dengan lebih dekat,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"color: #000000\">Katanya, walaupun perlu mengambil masa lama untuk menghasilkan sesebuah lukisan keris yang realistik dan dan mampu meninggalkan kesan mendalam, namun hasilnya memberi kepuasan yang berbaloi kepada beliau.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Sumber: <a href=\"http:\/\/www.sinarharian.com.my\/edisi\/johor\/keris-jadi-pilihan-pensyarah-1.446906\" target=\"_blank\">Sinar Harian<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; SKUDAI \u2013 Susulan minat mendalamnya terhadap seni ukiran keris \u2018Hulu Tajung\u2019, seorang pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini menjadikan senjata antik itu sebagai subjek utama dalam karya lukisannya. Pensyarah Fakulti Alam Bina UTM, Dr Fawazul Khair Al Haj Ibrahim berkata, senjata itu semakin dilupakan dan tidak ramai golongan muda pada hari ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":19,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[23,4,24,39],"tags":[],"class_list":["post-17091","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-in-the-press","category-news","category-newspaper","category-staff"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17091","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/users\/19"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17091"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17091\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20519,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17091\/revisions\/20519"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17091"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17091"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/facelift\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17091"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}