DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan berangkat bercemar duli ke Program Canting Bersama DYMM Permaisuri Johor di Dewan Konvokesyen, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia pada 12 Mei 2016.

Ketika berada di program tersebut, Raja Zarith Sofiah tidak melepaskan peluang untuk mencuba bakat mencanting batik sambal ditemani YDH Datin Rosni Omar (Isteri Menteri Besar Johor).

Raja Zarith Sofiah turut berkenan menerima cenderahati daripada pihak UTM yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof Ir.Dr Wahid Omar (Naib Canselor UTM).

Kredit Gambar dan Sumber: Warta Rakyat