Konvensyen Antarabangsa Bugis Diaspora

KALAM dengan sukacitanya ingin menjemput semua pakar, pihak akademik, professional, organisasi dan individu dari pelbagai bidang untuk bersama‐sama berkumpul di Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis untuk perbincangan, perkongsian dan perdebatan tentang ‘Bugis’.
Bugis merupakan salah satu etnik yang amat berpengaruh dalam dunia Melayu. Etnik ini telahpun tersebar diseluruh rantau Melayu dan kepulauan Pasifik sejak abad ke 15.

The significance of Bugis Heritage would be their extraordinary ability to survive through the centuries amidst its geographical fragmentation and adapt to diversified local socio culture.

Keistimewaan keturunan Bugis mungkin adalah daya ketahanan yang tinggi untuk kekal wujud setelah berabad‐abad walaupun berlaku perpecahan dari segi geografi dan juga penyesuaian kepada sosiobudaya kawasan tempatan.

(Ammarell, 2002)


Bugis migrants assimilated with existing locals’ elites in their adopted homes, which led to social revolution in Malay proto‐states hierarchy of major kingdoms around South East Asian and Asia Pacific islands countries.

Orang Bugis yang berhijrah telah membina hubungan dengan golongan elit di kawasan penempatan mereka dan perkara ini membawa revolusi sosial dalam hirarki negeri‐negeri Melayu terawal dalam kerajaan‐kerajaan berpengaruh di serata Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Pasifik.

(Caldwell, 1995)

Hari ini, warisan Bugis telah berakar umbi dalam politik, struktur sosial (masyarakat), tradisi, budaya, dialek, cara hidup, susunatur penempatan dan senibina. Konvensyen ini akan membawa
persoalan tentang keteguhan keturunan Bugis walaupun mereka telah berpecah dari segi fizikal sejak berabad‐abad dahulu.

Siapa yang harus menyertai?
Akademia, pakar sejarah, ahli antropologi, penyelidik tentang etnografi, bahasa, sastera, etimologi, kajian Asian, agama, geografi, perbandaran, seni bina dan juga seni. Orang umum dan
sesiapa sahaja terutamanya yang berketurunan Bugis adalah sangat dialu‐alukan untuk menghadiri konvensyen ini dan berkongsi tentang salahsilah/susur galur keturunan anda.
Memandangkan perkaitan antara aliran yang dapat membincangkan tentang keturunan Bugis adalah kompleks, konvensyen ini mengklasifikasikan kesemua aliran kepada tiga
bidang fokus:

  • Sejarah
  • Budaya
  • Senibina

Berikut adalah borang pendaftaran untuk konvensyen ini: