Asooc. Prof. Dr. Syed Zainol Abidin Idid mebuat lawatan ke India pada November 19 hingga 26 yang lalu dan menghadiri acara “Ahmedabad International Heritage Festival” (19-25 November) dan juga 10th Congress of Asian Planning School Association (APSA) – “Future of Asian Cities” (24-26 November). Dua acara tersebut telah membawa satu detik kegemilangan kepada Fakulti dan juga UTM kerana ada beberapa peristiwa penting berlaku.

Di dalam acara-acara khas Ahmedabad International Heritage Festival, beberapa dialog dan syarahan am di adakan mengenai”Ahmadebad in the Context of World Heritage Listing”. Asooc. Prof. Dr. Syed Zainol Abidin Idid telah diundang khas memberi satu syarahan umum nertajuk “Ahmedabad Towards World Heritage Listing” dan mendapat sambutan hangat kerana dihadiri oleh beberapa tokoh-tokoh warisan di Ahmedabad dan beliau terus dilantik menjadi “advisor’ terhadap pencalonan Ahmedabad ke senarai warisan dunia UNESCO.

Selama enam hari berturut-turut paparan akhbar “The TIMES of India” melaporkan beberapa petikan hujah di dalam beberapa syarahan dan mesyuarat yang diadakan antara 19 hingga 26 November.

Di dalam acara 10th Congress of APSA, pembentangan kertas kerja yang di usahakan Asooc. Prof. Dr. Syed Zainol Abidin Idid bersama pelajar MSc Urban Design, Samira Ramezani dan Zul Azri Abdul Aziz, telah dipilih sebagai antara 18 kertas kerja terbaik dan akan diterbitkan melalui satu buku oleh APSA. Ini adalah 18 antara 150 kertas-kertas kerja yang dibentangkan. Ini menjadi satu kebangaan fakulti dan UTM kerana kertas kerja itu merupakan yang terbaik antara 150 yang lain!