{"id":21034,"date":"2018-05-02T14:46:33","date_gmt":"2018-05-02T06:46:33","guid":{"rendered":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/?p=21034"},"modified":"2018-05-02T14:46:33","modified_gmt":"2018-05-02T06:46:33","slug":"the-13th-joint-workshop-on-urban-design-and-conservation-2018","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/the-13th-joint-workshop-on-urban-design-and-conservation-2018\/","title":{"rendered":"The 13th Joint Workshop on Urban Design and Conservation 2018"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: center;\"><strong><span style=\"color: #000000;\">LAPORAN AKTIVITI<\/span><\/strong><br \/>\n<strong><span style=\"color: #000000;\"> THE 13th JOINT WORKSHOP ON URBAN DESIGN &amp; CONSERVATION 2018<\/span><\/strong><br \/>\n<span style=\"color: #000000;\"> Anjuran<\/span><br \/>\n<strong><span style=\"color: #000000;\"> Faculty of Architecture, Urban Design and Creative Arts, Mahasarakham University (MSU), Thailand<\/span><\/strong><br \/>\n<span style=\"color: #000000;\"> Anjuran bersama<\/span><br \/>\n<strong><span style=\"color: #000000;\"> Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) &amp; Faculty of Architecture and Design, Rajamangala University of Technology (RMUTT), Thailand<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\"><strong>PHUKET<\/strong>,<strong>THAILAND<\/strong> 8 April 2018 \u2013 Seramai 15 orang peserta UTM yang terdiri dari mahasiswa program Perancangan Bandar dan Wilayah (13 orang) dan Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina UTM (1 orang) dan seorang pensyarah pengiring telah menyertai bengkel antarabangsa <em>The 13th Joint Workshop on Urban Design &amp; Conservation 2018<\/em> di sekitar Bangkok dan Phuket, Thailand pada 1 hingga 8 April 2018 lalu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Edisi kali ke-13 ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh <em>Faculty of Architecture, Urban Design and Creative Arts, Mahasarakham University (MSU)<\/em>, Thailand selaku tuan rumah manakala Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan <em>Rajamangala University of Technology (RMUTT)<\/em>, Thailand selaku penganjur bersama. Delegasi UTM telah disambut kehadirannya ke Thailand oleh Dr. Nattakrist Supakornpinnnthakoopt, <em>Dean of<\/em> <em>Faculty of Architecture and Design, RMUTT<\/em>. Bengkel kali ini telah berjaya mengumpulkan sehingga 46 orang peserta secara keseluruhannya yang terdiri mahasiswa dari pelbagai program pengajian seperti perancangan bandar, senibina, landskap, rekabentuk bandar, pereka hiasan dalaman dan seni kreatif.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Delegasi UTM diketuai oleh Dr. Noor Aimran Samsudin, Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah UTM selaku program koordinator dan fasilitator dari Malaysia. Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan dan memberi kesedaran akan kepentingan pemeliharaan kepelbagaian warisan budaya di rantau ini khususnya dalam konteks alam bina seperti perancangan bandar, senibina, landskap dan sebagainya. Pengenalan kepada sejarah budaya Thailand dikongsikan di sekitar Bangkok melalui siri jejak warisan ke pelbagai tempat bersejarah dan muzium tempatan. Manakala bengkel program diadakan di pulau peranginan antarabangsa terkenal iaitu di Phuket selama 5 hari bermula 3 hingga 8 April 2018.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Kewujudan deretan rumah kedai tradisional dengan gaya seni bina sino-eropah yang didiami oleh masyarakat Baba Nyonya atau Peranakan di Phuket menonjolkan hubungan sejarah yang rapat dengan Malaysia khususnya Pulau Pinang dan Melaka selain Singapura. Bermula zaman pemerintahan kolonial British di Negeri-negeri Selat (<em>Straits Settlements<\/em>), ramai penduduk telah berhijrah ke Phuket membentuk komuniti tersendiri sewaktu kegemilangan pengeluaran bijih timah. Selepas kemerosotan pengeluarannya hasil galian tersebut, Phuket mula mempromosikan keindahan alam semulajadi sedia ada sebagai suatu produk pelancongan sehingga dikenali ke peringkat antarabangsa pada hari ini. Keseimbangan antara memastikan kelangsungan warisan budaya tempatan dan pengurusan industri pelancongan yang mampan telah menjadi cabaran utama penduduk dan kerajaan tempatan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Keunikan dan kepelbagaian landskap budaya masyarakat tempatan ini menjadi tumpuan utama para peserta bengkel kali ini. Dengan kerjasama pihak <em>Phuket City Municipality<\/em>, peserta telah diberikan taklimat oleh Datuk Bandar Phuket, Somjai Suwansupana berkenaan sejarah setempat dan peranan pihak berkuasa tempatan. Menurut Datuk Bandar Phuket, pihak <em>Phuket City Municipality <\/em>sedang mengusahakan garis panduan khusus berkaitan pemeliharaan warisan rupabandar pusat bandar Phuket khususnya bangunan rumah kedai tradisional. Selain itu, taklimat dan perkongsian mengenai sejarah tempatan turut disampaikan oleh wakil NGO tempatan, pegawai <em>Museum Siam<\/em> dan beberapa pensyarah tempatan dari Prince of Songkla University (PSU), kampus Phuket. Peserta turut berpeluang melawat tempat menarik di sekitar Phuket seperti di <em>Patong Beach<\/em> yang menjadi tumpuan pelancong antarabangsa. \u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Hasil kajian dan cadangan ringkas para peserta mengenai kepentingan pengurusan pelancongan dan pemeliharaan warisan rupabandar yang mampan telah dibentangkan oleh peserta di <em>Phuket City Municipality Learning Center. <\/em>Penyertaan aktiviti pengantarabangsaan seperti bengkel ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa UTM untuk meneroka potensi diri bersama rakan-rakan antarabangsa lain, meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan inovasi selain membina keyakinan diri.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\"><strong>Hari Pertama, Ahad (1 April 2018): Bertolak ke Bangkok, Thailand<\/strong><\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_21037\" style=\"width: 699px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-01.jpg\"><img decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-21037\" class=\"size-full wp-image-21037 lazyload\" data-src=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-01.jpg\" alt=\"\" width=\"689\" height=\"529\" data-srcset=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-01.jpg 689w, https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-01-300x230.jpg 300w\" data-sizes=\"(max-width: 689px) 100vw, 689px\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" style=\"--smush-placeholder-width: 689px; --smush-placeholder-aspect-ratio: 689\/529;\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-21037\" class=\"wp-caption-text\">Sekitar ketibaan para peserta UTM di Bangkok disambut oleh para peserta lain.<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pada hari pertama, para peserta telah bertolak dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) untuk berlepas ke Bangkok, Thailand. Para peserta terdiri daripada 14 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring telah berlepas ke Bangkok pada jam 5.00 petang dan tiba di Don Mueng International Airport (DMK), Bangkok pada jam 7.00 petang. Para peserta telah disambut oleh dekan daripada <em>Faculty of Architecture Rajamangala University Technology Thanyaburi<\/em> (RMUTT). Selepas itu semua peserta telah dibawa ke tempat penginapan iaitu Lub D Hostel, Silom, Bangkok untuk berehat dan diberikan taklimat program yang akan berlangsung selama lapan hari iaitu tiga hari di Bangkok dan lima hari di Phuket. Para peserta juga tidak ketinggalan untuk berkenalan dengan peserta dari universiti lain iaitu <em>Mahasarakam Universiti<\/em> (MSU) dan <em>Rajamangala University Technology Thanyaburi<\/em> (RMUTT). Keseluruhan peserta yang terlibat dalam program ini ialah seramai 40 orang yang terdiri daripada pelajar dan pesyarah pengiring.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\"><strong>Hari ke-2, Isnin (2 April 2018): Menghayati keunikan warisan senibina dan budaya Thailand di sekitar Bangkok.<\/strong><\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_21038\" style=\"width: 705px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-02.jpg\"><img decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-21038\" class=\"size-full wp-image-21038 lazyload\" data-src=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-02.jpg\" alt=\"\" width=\"695\" height=\"513\" data-srcset=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-02.jpg 695w, https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-02-300x221.jpg 300w\" data-sizes=\"(max-width: 695px) 100vw, 695px\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" style=\"--smush-placeholder-width: 695px; --smush-placeholder-aspect-ratio: 695\/513;\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-21038\" class=\"wp-caption-text\">Sebahagian tempat menarik yang dilawati sepanjang jejak warisan di Bangkok.<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pada sebelah pagi, peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk melihat dan meneroka warisan budaya tempatan. Peserta dikehendaki untuk melihat elemen warisan tidak ketara (<em>intangible heritage<\/em>) dan warisan ketara (<em>tangible heritage<\/em>) sepanjang pengembaraan mereka menyelusuri laluan yang telah dicadangkan. Setiap laluan jejak warisan dipandu oleh pelajar tempatan dan setiap kumpulan perlu mencuba pelabagai jenis perkhidmatan pengangkutan awam di sekitar Bandaraya Bangkok seperti menaiki BTS dari hentian <em>Chong Nonsi<\/em> ke <em>Saphan Taksin<\/em>. Di Sekitar <em>Silom Plaza<\/em>, peserta berpeluang melihat deretan dan melawati rumah kedai tradisional yang masih terpelihara. Seterusnya, di situ juga terdapat Bangkrak bazar yang menghidupkan persekitaran bandar dimana penjual-penjual terdiri dari warga tempatan menjual barangan mereka di tepi jalan. Lawatan diteruskan ke <em>Mandarin Oriental<\/em> yang mempunyai elemen-elemen reka bentuk bandar yang boleh dijadikan contoh di Malaysia. Seterusnya, peserta di bawa menaiki bot di <em>Chao Phraya River <\/em>menyelusuri sungai melihat latar langit pusat Bandaraya Bangkok dari sudut perspektif berbeza. Peserta juga di bawa ke <em>Wat Suwan<\/em> dan <em>Wang Lang Market <\/em>dan berpeluang membeli barang-barang dengan harga yang sangat berpatutan. Peserta juga dapat menikmati makanan di sana iaitu di <em>Wang Lang Restaurant<\/em>. Selepas makan dan berehat sebentar, peserta meneruskan perjalanan ke <em>Tha Chang<\/em> menaiki pengangkutan awam yang lain iaitu Tuk Tuk. Di tempat tersebut, peserta dapat merasai <em>sense of old place. <\/em>Perjalanan seterusnya, peserta dibawa ke <em>Tha Maharaj<\/em> untuk mengunjungi <em>Wat Suthat<\/em> dan <em>Giant Swing<\/em> yang sangat terkenal pada zaman dahulu. <em>Giant Swing<\/em> juga dijadikan sebagai ikon di kawasan tersebut. Seterusnya, peserta menaiki Tuk Tuk untuk ke <em>Grand Palace<\/em> yang \u00a0merupakan kawasan tumpuan utama para pelancong. <em>Grand Palace<\/em> adalah bekas kediaman untuk Raja Rama I ke Raja Rama V dari zaman Kerajaan Rattanakosin. Hari ini, tempat itu digunakan untuk menganjurkan majlis-majlis diraja dan mengalu-alukan tetamu diraja. Akhir sekali, kesemua peserta berkumpul di <em>Santichaiprakarn Park<\/em>. Di situ kami berkongsi pengalaman antara satu sama lain mengenai perjalanan kami sepanjang menerokai Bandar Bangkok.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\"><strong>Hari Ke-3, Selasa (3 April 2018): Melawat <em>Rattanakosin Exhibition Hall<\/em> sebelum bertolak ke\u00a0 Phuket<\/strong><\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_21039\" style=\"width: 705px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-03.jpg\"><img decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-21039\" class=\"size-full wp-image-21039 lazyload\" data-src=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-03.jpg\" alt=\"\" width=\"695\" height=\"496\" data-srcset=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-03.jpg 695w, https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-03-300x214.jpg 300w, https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-03-400x284.jpg 400w\" data-sizes=\"(max-width: 695px) 100vw, 695px\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" style=\"--smush-placeholder-width: 695px; --smush-placeholder-aspect-ratio: 695\/496;\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-21039\" class=\"wp-caption-text\">Lawatan di Rattanakosin Exhibition Hall, Bangkok<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pada hari ketiga program ini, peserta telah dibawa untuk mengenali dengan lebih mendalam sejarah Thailand di <em>Rattanakosin Exhibition Hall<\/em>. Para peserta telah dipecahkan kepada dua kumpulan berasingan untuk lawatan berpandu dan peserta diberikan alat bantu dengar untuk mendengar penerangan dalam bahasa Inggeris melalui saluran frekuensi yang dipancarkan dan dapat didengari dengan alat bantu dengar yang diberi. Di dewan pameran ini, terdapat banyak khazanah dan juga diorama yang mengambarkan secara terperinci budaya, kesenian, senibina Thailand dari zaman penubuhan Kota Bangkok di Pulau Rattanakosin pada abad ke-18 hingga ke hari ini. Dewan pameran ini juga mempunyai kemudahan perpustakaan di tingkat atas yang selesa dan berhawa dingin serta penuh dengan bahan bacaan mengenai budaya masyarakat dan sejarah negara Thailand. Lawatan berpandu di dewan pameran ini tamat pada pukul 2 petang.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Seterusnya, para peserta bergerak ke Lapangan Terbang Don Mueng untuk menaiki pesawat ke Phuket. Terdapat beberapa penerbangan berbeza bagi peserta kerana tiket dibeli secara berkumpulan dan bertolak paling awal pada pukul 5 petang dan yang terakhir 7.30 petang. Kesemua peserta dan pensyarah pengiring selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dan bergerak ke Hotel B2 dengan menaiki bas pada pukul 8 malam. Sebelum dibenarkan untuk beristirehat di bilik masing-masing, para peserta diberikan taklimat oleh pensyarah di lobi hotel mengenai perjalanan keesokan harinya.<\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_21040\" style=\"width: 707px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-04.jpg\"><img decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-21040\" class=\"size-full wp-image-21040 lazyload\" data-src=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-04.jpg\" alt=\"\" width=\"697\" height=\"636\" data-srcset=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-04.jpg 697w, https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-04-300x274.jpg 300w\" data-sizes=\"(max-width: 697px) 100vw, 697px\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" style=\"--smush-placeholder-width: 697px; --smush-placeholder-aspect-ratio: 697\/636;\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-21040\" class=\"wp-caption-text\">Sebahagian pameran model dan lukisan yang terdapat di Rattanakosin Exhibition Hall, Bangkok<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\"><strong>Hari Ke-4, Rabu (4 April 2018): Bandar Phuket<\/strong><\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_21041\" style=\"width: 705px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-05.jpg\"><img decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-21041\" class=\"size-full wp-image-21041 lazyload\" data-src=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-05.jpg\" alt=\"\" width=\"695\" height=\"577\" data-srcset=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-05.jpg 695w, https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-05-300x249.jpg 300w\" data-sizes=\"(max-width: 695px) 100vw, 695px\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" style=\"--smush-placeholder-width: 695px; --smush-placeholder-aspect-ratio: 695\/577;\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-21041\" class=\"wp-caption-text\">Lawatan ke Old Town Phuket dan Patong Beach<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pada hari pertama di Phuket, para peserta dibawa membuat lawatan ke kawasan kajian iaitu <em>Old Town Phuket<\/em> yang bersejarah. Lawatan dimulakan dengan melawat Muzium Thai Hua yang asalnya merupakan sebuah bangunan sekolah. Di muzium berkenaan terdapat banyak maklumat berkaitan sejarah awal perkembangan Phuket dan juga sejarah kewujudan serta sumbangan komuniti Baba dan Nyonya. Menariknya, komuniti Baba dan Nyonya di Phuket mempunyai hubungan sejarah yang rapat dengan komuniti sama di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka dipercayai telah berhijrah ke Phuket sewaktu zaman pemerintahan kolonial British di Negeri-negeri Selat. Pada zaman tersebut Phuket terkenal\u00a0 sebagai pusat pengeluaran bijih timah setelah kemerosotan bahan galian sama di Tanah Melayu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Para peserta juga diterangkan mengenai gaya seni bina bangunan di Bandar Phuket yang dikenali sebagai <em>Sino-Portuguese<\/em> (<em>Sino-European<\/em>). Selesai lawatan awal tersebut, peserta dibawa melawat ke Pantai Patong yang menjadi tarikan utama Phuket. Kawasan ini dipenuhi dengan para pelancong antarabangsa yang ingin menikmati keindahan pantai Phuket. Tujuan ke Pantai Patong adalah untuk melihat perbezaan di antara Old Town Phuket dan kawasan peranginan antarabangsa. Pantai Patong juga antara kawasan yang terlibat dengan bencana tsunami yang meragut banyak nyawa pada tahun 2006. Setelah beberapa tahun, kawasan tersebut telah kembali pulih dan berkembang pesat sehingga sekarang. Setelah selesai melawat Old Town Phuket dan Pantai Patong, para peserta pulang ke hotel untuk sesi pembahagian kumpulan dan juga sesi bertukar pandangan dan maklumat daripada lawatan tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\"><strong>\u00a0<\/strong><strong>Hari Ke-5 (5 April 2018): Lawatan dan taklimat oleh <em>Phuket City Municipality<\/em><\/strong><\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_21042\" style=\"width: 707px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-06.jpg\"><img decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-21042\" class=\"size-full wp-image-21042 lazyload\" data-src=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-06.jpg\" alt=\"\" width=\"697\" height=\"705\" data-srcset=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-06.jpg 697w, https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-06-297x300.jpg 297w\" data-sizes=\"(max-width: 697px) 100vw, 697px\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" style=\"--smush-placeholder-width: 697px; --smush-placeholder-aspect-ratio: 697\/705;\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-21042\" class=\"wp-caption-text\">Peserta mengambil gambar kenang-kenangan bersama wakil NGO tempatan yang membawa menyelusuri jejak warisan di Old Town Phuket.<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pada hari Ke-5 di Phuket, Thailand para peserta diberi kesempatan untuk mendengar taklimat mengenai jejak warisan yang dikongsi oleh wakil masyarakat tempatan iaitu di Bangunan Chartered Bank. \u00a0Perkongsian maklumat adalah lebih tertumpu kepada sejarah pembangunan di Phuket, kewujudan keturunan Peranankan (Baba Nyonya), sejarah Negara China-India yang menjadikan Phuket sebagai pelabuhan Entreport, gaya seni bina yang berasaskan Sino-Eropah dan kebudayaan dari segi pemakaian serta makanan tradisi masyarakat tempatan Phuket. Para peserta juga diberi peluang melihat sendiri bagaimana proses-proses pemeliharaan bangunan rumah kedai tradisional sedang dijalankan oleh salah seorang pemilik bangunan dengan menggunakan pendekatan penyesuaigunaan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Misalnya, setiap rumah kedai mempunyai <em>countyard <\/em>untuk membolehkan pengaliran udara ke dalam rumah berlaku. Tambahan lagi, pemeliharaan rumah kedai yang mempunyai seni bina yang berasaskan <em>Sino-Eropah<\/em> memerlukan kepakaran atau orang yang professional dalam mengendalikan tugas-tugas pembaikan semula struktur atau mengindahkan semula bangunan lama tersebut. Pada sebelah petang pula, para peserta telah di bawa melawat <em>Phuket Town Municipality Office<\/em>. Tujuan utama melawat pejabat tersebut adalah untuk mendengar taklimat bagi mendapatkan maklumat mengenai daerah Phuket oleh Datuk Bandar Phuket sendiri iaitu Somjai Suwansupana dan telah berlangsung selama satu jam. Dalam taklimat tersebut, beliau telah memberikan maklumat berkaitan demografi yang terdiri daripada bangsa, populasi dan agama yang terdapat di Phuket.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Berdasarkan takllimat tersebut, majoriti penduduk di Phuket ialah beragama Buddha selain terdapat juga komuniti Muslim yang berasal dari Selatan Thailand. Terdapat juga makanan yang menjadi tumpuan pelancong apabila melawat ke Phuket antaranya ialah <em>A-pong, Curry Mai Fun<\/em> dan <em>Cha Guay Tieow<\/em>. Kewujudan pelbagai jenis makanan tempatan yang di Phuket telah diiktiraf diperingkat antarabangsa dalam kategori gastronomi oleh UNESCO. Setelah tamat taklimat, peserta dibawa ke salah satu tokong komuniti untuk belajar mengenai budaya atau kepercayaan yang diamalkan dalam ajaran Budha di Phuket. Taklimat ringkas mengenai tokong, upacara serta beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat yang beragama Buddha telah disampaikan oleh pensyarah jemputan dari <em>Prince of Songkla University (PSU), <\/em>kampus Phuket.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\"><strong>Hari Ke-6 (6 April 2018): Pemerhatian tapak, Pengumpulan data &amp; Kajian lapangan di sekitar Old Town Phuket<\/strong><\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_21043\" style=\"width: 712px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-07.jpg\"><img decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-21043\" class=\"size-full wp-image-21043 lazyload\" data-src=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-07.jpg\" alt=\"\" width=\"702\" height=\"515\" data-srcset=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-07.jpg 702w, https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-07-300x220.jpg 300w\" data-sizes=\"(max-width: 702px) 100vw, 702px\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" style=\"--smush-placeholder-width: 702px; --smush-placeholder-aspect-ratio: 702\/515;\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-21043\" class=\"wp-caption-text\">Kajian lapangan dan perbincangan bersama pensyarah pengiring<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pada hari ke-6, peserta yang telah dipecahkan kepada empat kumpulan akan membuat pemerhatian dan mengumpul data berdasarkan topik yang telah dipilih oleh setiap kumpulan.\u00a0 Majoriti kumpulan telah memilih <em>Thalang Road<\/em> di <em>Phuket Old Town<\/em> sebagai kawasan kajian.\u00a0 Hal ini kerana, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh peserta semasa lawatan hari ke-5, peserta telah memperoleh banyak maklumat dan mengenal pasti pelbagai isu serta masalah sepanjang lawatan ke <em>Phuket Old Town<\/em> tersebut.\u00a0 Terdapat pelbagai aktiviti perniagaan yang dijalankan terutama di Jalan Thalang yang menjadi tumpuan dan tarikan untuk pelancong bagi memenuhi segala keperluan dan kehendak mereka.\u00a0 Kepelbagaian tarikan dan aktviti tumpuan yang berlaku di <em>Phuket Old Town<\/em> tersebut membolehkan peserta telah memilih bandar tersebut sebagai kawasan kajian di samping mengenal pasti isu dan cadangan yang boleh dilaksanakan bagi bandar tersebut.\u00a0 Semua peserta menjalankan pemerhatian dan mengumpul data masing-masing sehingga petang untuk membantu dalam perbincangan yang akan dibuat pada malam hari tersebut.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\"><strong>Hari Ke-7, Sabtu (7 April 2018) : Pembentangan akhir<\/strong><\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_21044\" style=\"width: 713px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-08.jpg\"><img decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-21044\" class=\"size-full wp-image-21044 lazyload\" data-src=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-08.jpg\" alt=\"\" width=\"703\" height=\"579\" data-srcset=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-08.jpg 703w, https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-08-300x247.jpg 300w\" data-sizes=\"(max-width: 703px) 100vw, 703px\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" style=\"--smush-placeholder-width: 703px; --smush-placeholder-aspect-ratio: 703\/579;\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-21044\" class=\"wp-caption-text\">Pembentangan projek dan pemberian sijil penyertaan antara universiti<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pada hari ke-7, peserta diminta membuat pembentangan mengenai pendapat dan cadangan yang dapat diterapkan di kawasan bandar lama Phuket. Setiap peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 9 hingga 10 orang pelajar daripada 3 universiti yang\u00a0 berbeza. Sesi pembentangan ini telah diadakan di <em>Phuket City Municipality Learning Center<\/em> dan wakil dari <em>Museum Siam <\/em>turut hadir sama mengikuti pembentangan oleh peserta bengkel dan memberi maklum balas. Idea yang dibentangkan oleh para peserta mendapat maklum balas yang baik dari pensyarah dan tetamu jemputan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Majlis penutup dan sesi penyampaian sijil kepada peserta serta sesi bergambar telah diadakan selepas selesai pembentangan. Seterusnya, sebagai hadiah kepada semua peserta yang telah bertungkus lumus menjayakan sesi pembentangan akhir, peserta telah dibawa ke <em>Laem Phan Wa Beach<\/em>. Aktiviti di Laem Phan Wa Beach berbeza jika dibandingkan dengan Patong Beach. Aktiviti di sini lebih santai dan terdapat sebilangan kecil peniaga di sepanjang jalan di <em>Laem Phan Wa Beach<\/em>. Peserta berpeluang untuk mengambil gambar, membeli cenderahati dan makanan-makanan tempatan Thailand.<\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_21045\" style=\"width: 700px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-09.jpg\"><img decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-21045\" class=\"size-full wp-image-21045 lazyload\" data-src=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-09.jpg\" alt=\"\" width=\"690\" height=\"583\" data-srcset=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-09.jpg 690w, https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-09-300x253.jpg 300w\" data-sizes=\"(max-width: 690px) 100vw, 690px\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" style=\"--smush-placeholder-width: 690px; --smush-placeholder-aspect-ratio: 690\/583;\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-21045\" class=\"wp-caption-text\">Sekitar majlis makan malam dan penyampaian cenderahati antara universiti<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Pada jam 6 petang, peserta perlu bergerak ke tempat makan malam untuk jamuan perpisahan sebelum pulang ke universiti pada keesokan hari. Para peserta menikmati hidangan di Restoran Makan Buffet sambil bertukar-tukar cerita mengenai negara masing-masing. Pada pukul 9 malam, peserta dibawa pulang ke tempat penginapan dan wakil pensyarah memberikan ucapan terakhir sebelum peserta bersurai. Majlis bertukar hadiah dan cenderahati dijalankan antara pelajar dan juga antara universiti yang terlibat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\"><strong>\u00a0<\/strong><strong>Hari Ke-8, Ahad (8 April 2018) : Bertolak pulang ke Malaysia \u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Program ini secara rasminya tamat pada hari ketujuh. Pada hari kelapan, seawal 5.30 pagi semua peserta sudah mulai mengosongkan bilik penginapan mereka dan bersiap sedia untuk berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. Setelah bagasi-bagasi dibawa ke atas kenderaan, para peserta berangkat kira-kira pukul 6 pagi. Peserta-peserta dari UTM dihantar ke balai pelepasan antarabangsa dan para peserta dari MSU dan RMUTT pula bergerak ke balai pelepasan domestik. Pada pukul 8.05 pagi, peserta-peserta dari UTM pulang ke Malaysia manakala semua peserta dari MSU dan RMUTT pulang ke Bangkok, Thailand pada pagi yang sama.<\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_21046\" style=\"width: 696px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-10.jpg\"><img decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-21046\" class=\"size-full wp-image-21046 lazyload\" data-src=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-10.jpg\" alt=\"\" width=\"686\" height=\"459\" data-srcset=\"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-10.jpg 686w, https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-content\/uploads\/sites\/248\/2018\/05\/JWUDC18-10-300x201.jpg 300w\" data-sizes=\"(max-width: 686px) 100vw, 686px\" src=\"data:image\/svg+xml;base64,PHN2ZyB3aWR0aD0iMSIgaGVpZ2h0PSIxIiB4bWxucz0iaHR0cDovL3d3dy53My5vcmcvMjAwMC9zdmciPjwvc3ZnPg==\" style=\"--smush-placeholder-width: 686px; --smush-placeholder-aspect-ratio: 686\/459;\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-21046\" class=\"wp-caption-text\">Para peserta bergerak ke Lapangan Terbang Phuket untuk bertolak pulang<\/p><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LAPORAN AKTIVITI THE 13th JOINT WORKSHOP ON URBAN DESIGN &amp; CONSERVATION 2018 Anjuran Faculty of Architecture, Urban Design and Creative Arts, Mahasarakham University (MSU), Thailand Anjuran bersama Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) &amp; Faculty of Architecture and Design, Rajamangala University of Technology (RMUTT), Thailand PHUKET,THAILAND 8 April 2018 \u2013 Seramai 15 orang peserta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":19,"featured_media":21041,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[26,4],"tags":[],"class_list":["post-21034","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-global-outreach-program","category-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21034","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-json\/wp\/v2\/users\/19"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21034"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21034\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21049,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21034\/revisions\/21049"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21041"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21034"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21034"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/builtsurvey.utm.my\/fabu2024\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21034"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}