UTM Summer School – Malaysia Heritage Walks & Town Trails 2018 – National University Of Civil Engineering (NUCE)

UTM Summer School – Malaysia Heritage Walks & Town Trails 2018 – National University Of Civil Engineering (NUCE)

JOHOR BAHRU, 13 Februari 2018 – Seramai 25 orang peserta yang terdiri dari wakil program Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina UTM (7 pelajar dan 1 pensyarah pengiring) dan Faculty of Architecture and Planning (FAP), National University of Civil Engineering (NUCE) dari Hanoi, Vietnam (15 pelajar dan 2 pensyarah pengiring) telah telah menyertai program UTM Summer School Malaysia Heritage Walks & Town Trails 2018. Program UTM Summer School anjuran Fakulti Alam Bina UTM (FAB UTM) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW) ini merupakan edisi kali ke-5 bersama pihak NUCE dan yang pertama selepas Perjanjian Persefahaman (MoU) ditandatangani pada Oktober 2017 antara kedua-dua institusi pengajian.

Program ini diketuai oleh Dr. Noor Aimran Samsudin, Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah UTM selaku pengarah program. Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan usaha pemeliharaan bandar dari perspektif bidang perancangan bandar selain memupuk perasaan kecintaan terhadap nilai warisan tempatan dalam konteks alam bina melalui lawatan teknikal ke beberapa bandar warisan dan tapak bersejarah terpilih seperti Bandar Maharani Bandar Diraja dan Tapak Warisan Dunia UNESCO Bandaraya Melaka Bersejarah selain ke Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Sebuah slot perkongsian kuliah turut dianjurkan pada hari pertama program yang disampaikan oleh pengarah program, Dr. Noor Aimran Samsudin berkaitan kepentingan pemeliharaan identiti bandar warisan tempatan manakala Dr. Lee Yoke Lai dari Jabatan Senibina Landskap berkongsi mengenai identiti landskap budaya Malaysia dan sumbangannya terhadap karektor setempat. Delegasi Vietnam yang diketuai oleh Dr. Nguyen Cao Lanh, Timbalan Presiden FAP NUCE telah disambut kehadirannya ke UTM oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Rafee Majid, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Komersialisasi dan Jaringan).

Aktiviti seperti ini telah berjaya membantu merealisasikan Bidang Tumpuan ke-7 dalam Pelan Global UTM 2012-2020 iaitu “Memperkasakan jenama UTM di peringkat global”. Program UTM Summer School yang bermula pada 31 Januari sehingga 5 Februari 2017 ini turut diisi dengan penganjuran bengkel mini yang menekankan akan pentingnya pengukuhan identiti bandar warisan dengan citra tempatan. Peserta dikehendaki untuk mengenalpasti komponen dan elemen reka bentuk bandar yang menyumbang ke arah pembentukan identiti tempatan.

Hari-1, Khamis (1 Februari 2018) : Sesi kuliah dan bertolak ke Muar

Hari-2, Jumaat (2 Februari 2018) : Menyelusuri Sungai Muar

Pada sebelah pagi, peserta dibawa menyelusuri Sungai Muar menaiki bot dari Jeti Tanjung Emas. Dengan menyelusuri sungai, peserta berpeluang melihat keindahan Bandar Diraja dari sudut visual dan pemandangan yang berbeza. Bandar Maharani yang mula dibuka sejak tahun 1887 semasa zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar berkembang pesat selari mengikut tebing sungai sehingga muara Sungai Muar. Pada hari ini kewujudan bangunan warisan yang masih terpelihara seperti istana, masjid, pejabat daerah, mahkamah, balai polis dan deretan bangunan rumah kedai tradisional menghidupkan persekitaran bandar tersebut sebagai sebuah Bandar Diraja di Johor. Peserta berpeluang menyelusuri sejarah Kesultanan Johor dan hubungkaitnya dengan sejarah kegemilangan Melaka. Seterusnya, lawatan diteruskan lagi ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Ketika di Melaka, peserta dibawa menyelusuri laluan jejak warisan yang ditetapkan oleh penganjur. Permulaan perjalanan dimulakan dengan memberi pendedahan kepada sejarah Bandaraya Melaka. Peserta didedahkan dengan sejarah kewujudan Kota Melaka (A‟ Famosa) yang pernah menjadi pusat pentadbiran kepada sebuah kerajaan maritim terunggul di sebelah Timur bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka sebelum ditawan oleh Portugis, Belanda dan British. Perjalanan diteruskan lagi ke Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka bagi memberi 

pendedahan tentang sejarah permulaan Melaka pada zaman dahulu dan pengetahuan berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, peserta dapat menerokai dan melihat paparan koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan dan peralatan senjata yang digunakan pada zaman dahulu. Setelah selesai menerokai muzium tersebut, pelajar dibawa ke Bukit St. Paul bagi melihat Gereja St. Paul dengan lebih jelas. Di sini, peserta didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang melibatkan pembentukan sejarah daripada para pensyarah. Pada sebelah malam pula, peserta diraikan dalam sebuah jamuan di Restoran Muara Sungai Duyung.

Hari-3 Sabtu (3 Februari 2018) : Tapak Warisan Dunia Melaka UNESCO Melaka

Pada hari ke-3 terdapat beberapa muzium yang dilawati peserta iaitu Muzium Negeri, Muzium Etnografi dan Muzium Senibina. Kawasan deretan bangunan rumah kedai tradisional turut diterokai keunikkan senibinanya khususnya di sekitar Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Jonker. Peserta diperkenalkan dengan kepelbagaian warisan nyata (tangible) dan tidak nyata (intangible) yang berkait rapat dengan Outstanding Universal Values (OUV) yang terkandung di tapak UNESCO tersebut termasuklah melihat kehidupan masyarakat tempatan di Kg. Ketek dan Kg. Morten. Pada sebelah malam peserta turut dibawa menyelusuri Sungai Melaka melihat keindahan lampu hiasan yang menerangi pesisir sungai dan deretan rumah kedai dan perkampungan tradisional, Kampung Morten.

Hari Ke-4, Ahad (4 Februari 2018) – Putrajaya dan Kuala Lumpur

Setelah melawat di sekitar Putrajaya, peserta dibawa ke tempat penginapan yang telah disediakan. Setelah itu, para peserta dibawa ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan menaiki pengangkutan awam. Di sini, mereka diberi peluang untuk merasai pengalaman menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) yang menjadi salah satu kemudahan pengangkutan moden ibu negara. Setelah sampai di KLCC, para peserta diberi peluang untuk menonton pertunjukan air pancut berirama di hadapan KLCC yang menjadi tempat ikonik. Para peserta dapat melihat dan merasasi suasana aktiviti yang dilakukan oleh warga Kuala Lumpur pada waktu malam hari. Pada pukul 11 malam, para peserta dibawa pulang dengan menaiki LRT dan berjalan kaki ke tempat penginapan.

Hari Ke-5, Isnin (5 Februari 2018) : Pembentangan akhir

Pada hari terakhir, peserta diminta membuat pembentangan mengenai identiti dan perbezaan di setiap tapak lawatan yang peserta telah lewati iaitu di Muar, Melaka, Putrajaya, dan Kuala Lumpur. Setiap peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan 1 kumpulan terbahagi kepada 5 ke 6 peserta. Kumpulan 1 telah menerangkan mengenai perbezaan antara setiap tapak lawatan, kumpulan 2 menerangkan apa itu identiti di setiap tapak lawatan, manakala kumpulan 3 membentangkan mengenai keunikan makanan di Malaysia dan identiti di Muar, dan kumpulan terakhir menerangkan mengenai pelbagai jenis senibina dan identiti. Setiap kumpulan berjaya melakarkan pelbagai jenis senibina yang terdapat di setiap tempat mereka lawati. Pada akhir pembentangan, setiap pensyarah telah memberi komen yang positif kepada setiap pembentangan peserta. Wang saguhati turut diberikan kepada peserta hasil kutipan „denda‟ yang dikenakan kepada setiap peserta yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing semasa berkomunikasi dalam program ini bagi menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris. Majlis penutup dan sesi penyampaian sijil kepada peserta telah diadakan selepas selesai pembentangan. Selesai penyerahan sijil, peserta dibawa melawat ke sekitar Masjid Jamek. Pihak pengurusan masjid telah sudi menerangkan sejarah pembinaan masjid tersebut. Peserta juga dibawa melawat sekitar masjid dan merasai suasana di dalam masjid dan juga di masjid ini mempunyai pelbagai Al-quran terjemahan dan ini membolehkan pelancong memahami isi kandungan Al-quran tersebut. Selepas itu, peserta dibawa ke Pasar Seni dan seterusnya ke Bangunan Sultan Abdul Samad-Dataran Merdeka. Pelbagai perisitwa penting berkaitan sejarah kemerdekaan negara telah dikongsikan kepada peserta di kawasan tersebut. Selesai lawatan, semua peserta telah berangkat pulang dengan menghantar delegasi Vietnam ke KLIA2 pada sebelah petang sebelum kembali pulang ke kampus UTM JB.

UTM-LCARC, JPBW and ISI Exhibit and Promote Malaysia’s “Science to Action” (S2A) Approach to Low Carbon, Sustainable Communities at WUF9

UTM-LCARC, JPBW and ISI Exhibit and Promote Malaysia’s “Science to Action” (S2A) Approach to Low Carbon, Sustainable Communities at WUF9

Kuala Lumpur, 10th February – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), through the UTM-Low Carbon Asia Research Centre (UTM-LCARC) that is based in the Department of Urban and Regional Planning (JPBW), Faculty of Built Environment, and the Institut Sultan Iskandar (ISI) organise an exhibition and a side event at the 9th Session of the World Urban Forum (WUF9) at the Kuala Lumpur Convention Centre on 7-13 February 2018.

Organised every two years by the United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat), the WUF is the largest United Nations conference on urban development and cities.  Held for the second time in an Asian city, the forum features over 500 events, including assemblies, high-level roundtable talks, dialogues, side events and exhibitions.  WUF9, themed “Cities 2030, Cities for All: Implementing the New Urban Agenda”, focuses among others on advancing sustainable urban development and low carbon communities and is expected to be attract over 25,000 people from 193 countries.

Through WUF9, JPBW showcases UTM-LCARC’s latest work and achievements in advancing city-level sustainability and climate change action plan-making through the “Science to Action” (S2A) approach, which involves scientific evidence-based policy-making through multiple stakeholder engagements and real policy implementation in Iskandar Malaysia, Putrajaya, Kuala Lumpur and Pengerang.  Also featured are research and consultancy works by the Centre for Innovative Planning and Development (CIPD) that straddle multiple disciplines of transportation and logistics, tourism, urban design and rural development.

Institut Sultan Iskandar (ISI), UTM’s gazetted, independent not-for-profit research and development company specialising in planning and development, showcases its high-profile flagship MIT-UTM Malaysia Sustainable Cities Program that started in 2014.  The MIT-UTM MSCP mission is to study and document sustainable city development efforts in Malaysia. Visiting scholars from around the world spend September-December each year conducting research in Malaysia. They then spend February-May at MIT developing research findings into instructional materials to enhance and extend the teaching of sustainable city development across universities in the global South. The MSCP is housed in the Science Impact Collaborative in the Department of Urban Studies and Planning at MIT, and ISI at UTM.

Reported by: Chau Loon Wai, Ahmad Faizal Salleh

Source: UTM-LCARC, JPBW and ISI Exhibit and Promote Malaysia’s “Science to Action” (S2A) Approach to Low Carbon, Sustainable Communities at WUF9

Projek Inovasi Kreatif ICC

Projek Inovasi Kreatif ICC

Projek Innovasi Kreatif ICC merupakan projek kolaborasi antara Innovation and Commercialisation Centre, UTM ICC, Global Technology and Innovation Management Sdn Bhd (GTIM) bersama pelajar-pelajar dan staf dari Department of Landscape Architecture, Faculty of Built Environment, UTM.

Projek ini diketuai oleh Dr. Norliza Mohd Isa selaku pensyarah bagi kursus SBEL 1404 BASIC DESIGN STUDIO, dengan penglibatan seramai 32 orang pelajar (24 pelajar tahun satu, 2 pelajar tahun 2 dan 6 pelajar tahun akhir). Projek ini juga mendapat sokongan dari enam orang staf Fakulti Alam Bina iaitu LAr. Dr. Sapura Mohamad (Ketua Jabatan), Pm Dr. Ismail bin Said (Profesor Madya), Mohd Marzaidi Bin Mohd Mansur (Penolong Jurutera), Saharuddin Bin Hassan (Penolong Jurutera), Zahri Bin Abdul Jalil (Pembantu Kemahiran) dan Mohd Azhari Bin Md Amin (Pembantu Kemahiran).

Projek ini telah dimulai dengan perbincangan awalan bersama Sr Dr. Noorsidi Aizuddin Bin Mat Noor pada 8 Oktober 2017 diikuti pembentangan rekabentuk Project: Innovative Sculpture pada 23 Oktober 2017. Proses inventori dan analisis tapak telah dijalankan oleh para pelajar dan dibentangkan pada 2 November 2017. Proses rekabentuk telah mengambil masa selama sekitar 6 minggu (6 November 2017 – 2 Januari 2018).

Kerja-kerja pembinaan yang telah berjaya diselesaikan di dalam projek ini adalah;

1.Arca QR code ICC “ QR- Bricks”: binaan hardscape dari batu bata dgn maklumat QR Code ICC  bersaiz 30 kaki persegi

2.Lukisan 3D “Crossing the Wildpada lantai kolam ICC bersaiz 170kaki persegi

3.Arca mudah alih Qboit Inovasi: 7 buah arca dari kayu dengan 7 warna

4.Lukisan mural “Rainbow after the Storm” pada dinding aras 1 hingga dinding tangga bersaiz 150kaki persegi

5.Penanaman semula pokok pada planter box kolam ICC dan sekitar tapak projek.

Secara amnya, Projek Inovasi Kreatif ICC yang merupakan usahasama kali pertama antara pihak ICC dan Jabatan Senibina Landskap, FAB telah berlangsung dengan jaya dan mencapai objektif yang mahu dicapai. Ini merupakan satu inovasi pembelajaran yang diterapkan dalam proses pengajaran bidang rekabentuk senibina landskap.

Melalui projek ini para pelajar telah mendapat peluang menjalankan  proses rekabentuk secara hands-on dan praktikal dengan client yang sebenar (Project Based Learning). Walaupun ianya agak membebankan pelajar dari aspek tenaga kerja dan masa, namun Ketua Projek dengan bantuan staf dari FAB telah berusaha membantu pelajar dengan merancang secara sistematik pegurusan projek bagi memastikan perjalanan akademik pelajar tidak terganggu. Bantuan kewangan dan keperluan asas seperti makanan dan logistik telah disediakan dan diurus sebaik mungkin untuk para pelajar yang terlibat, biarpun dengan kekangan masa dan kewangan.

Projek ini dilihat sangat berat untuk dilaksanakan oleh pelajar yang majoritinya dari tahun satu pengajian, namun projek ini telah mampu memupuk sikap bertanggungjawab dan komitmen yang tinggi secara berpasukan (team-working) dalam kalangan pelajar. Para pelajar juga telah memberikan sepenuh dedikasi terhadap projek, dan ini merupakan kunci utama kejayaan projek ini.

Hasil kerja pelajar melalui Projek Inovasi Kreatif ICC ini mempunyai potensi dan nilai komersil yang tinggi. Ini boleh dijadikan penentu aras kualiti kerja pelajar, tenaga pengajar dan staf di Universiti Teknologi Malaysia umumnya.

Melalui projek ini, penjimatan melebihi 50% telah dicapai berbanding harga dan nilai pasaran semasa. Kolaborasi ini telah memberi keuntungan bersama antara semua pihak yang terlibat. Justeru itu, projek seumpama ini harus diteruskan di masa akan datang dan ditambah baik dari sudut pengurusan dan kewangan.

SENARAI PELAJAR MENJAYAKAN PROJEK

No. Matric No. Name
1 A17BE0014 AZRIN IZATY BINTI JEFRI
2 A17BE0023 DYMPHNA VALLENTINE
3 A17BE0027 HAKIMI BIN A. RUJI
4 A17BE0035 KHAIRUL AMMAR BIN KAMARUDIN
5 A17BE0037 KISHEN WONG KIAN MING
6 A17BE0039 LEE CHER ENN
7 B17BE0039 MAZRIEN IZZATI BINTI ZAHARIN
8 B17BE0073 MOHAMAD ALIF BIN ABAS
9 A17BE0049 MOHAMAD ASHRAF BIN MOHAMED IBRAHIM
10 A17BE0178 MOHAMMAD ALDIONNAUFAL CANDRIKA PURNAMA
11 A17BE0058 MUHAMMAD ASRAF BIN JEFRIDIN
12 A17BE0168 MUHAMMAD HARRELD NUR RAMADHAN
13 A17BE0060 MUHAMMAD KHAIDIR BIN HAMID
14 A17BE0169 MUHAMMAD YUSRI
15 A17BE0071 NOORLIANA ERDENAA BINTI MUSNIN
16 A17BE0098 NURFATEHAH BINTI AMRAN
17 A17BE0161 NURSYAHILLA BINTI ZAINUDDIN
18 A17BE0103 NURUL ASHIKIN BINTI AHMAD DALIMI
19 A17BE0105 NURUL AUNI BINTI MOHAMMAD YUSUF
20 A17BE0106 NURUL FATIN NABIHAH BINTI MD ZAIMI
21 A17BE0110 NURUL NADHIRAH BINTI AZMI
22 A17BE0179 PRADIPTA KHAIRANI
23 A17BE0120 SITI HAWA BINTI ISMAIL
24 A17BE0121 SITI HIDAYAH BINTI SABAR
25 A17BE0133 TEOH XUE NI
26 A17BE0176 UCI MAGHFIRAH
27 A14BE0107 NUR AZMAN BIN AHMAD BUKRI
28 A14BE0111 NUR IZZATI HANANI BINTI ROSLI
29 A14BE0127 NURUL HUDA BINTI ASHAR
30 A14BE0144 SITI MAZLINA BINTI MUKHTAR
31 A14BE0041 LEE MENG JIN
32 A14BE0021 FATHEEN ATHIRA BINTI KAMARUDDIN

Projek Inovasi Kreatif ICC

Program Karnival Senibina Landskap

Program Karnival Senibina Landskap

Program Karnival Senibina Landskap / Landscape Architecture Carnival (LAKAR) 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 dan 21 Januari 2018 sekaligus mencapai objektif program. Program LAKAR anjuran Jabatan Senibina Landskap UTM dengan tajaan dari UTMSPACE dan kerjasama Kedutaan Besar Denmark, Kuala Lumpur. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga melebihi sasaran peserta yang telah ditetapkan dengan kehadiran peserta yang diiring oleh ibu bapa dan juga orang awam.

Aktiviti yang disusun juga telah berjaya menarik minat peserta dan pengunjung melebihi 80 orang peserta antaranya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Maahad Tahfiz Al-Iman dan IKM, Pekan, Pahang. Kegembiraan mereka adalah kejayaan buat penganjur yang telah berjaya melakar nama untuk julung kali penganjurannya.

Secara keseluruhannya, program LAKAR berjaya memberi pendedahan awal kepada peserta dan pengunjung mengenai bidang Senibina Landskap ini adalah berkat usaha dan komitmen yang tinggi daripada pihak jabatan, penganjur dari Persatuan Pelajar EARTH dibawah penasihatan Dr. Norliza Mohd Isa selaku Penyelaras Program dan penaja melalui koloborasi yang sangat baik. Dengan kejayaan Program LAKAR ini ia mampu untuk dilanjutkan sebagai aktiviti tahunan bagi pihak Jabatan Senibina Landskap UTM.

Landscape Architecture Carnival (LAKAR) 2018