Bengkel Kartun “Menterjemah Warisan Menerusi Kartun” anjuran KALAM, UTM Johor Bahru

Bengkel Kartun “Menterjemah Warisan Menerusi Kartun” anjuran KALAM, UTM Johor Bahru

Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) UTM Johor Bahru telah menganjurkan program Bengkel Kartun Warisan – Menterjemah Warisan Menerusi Kartun yang telah diadakan pada 25 dan 26 November 2018 bertempat di Fakulti Alam Bina dan Ukur dengan penekanan kepada penghargaan terhadap seni dan warisan tanah air dalam bentuk yang lebih mudah difahami oleh seluruh lapisan masyarakat, iaitu menerusi seni lukisan kartun.

Program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam serta menggalakkan perkembangan minda kreatif di kalangan para peserta. Karya-karya yang terpilih akan diterbitkan di dalam bentuk majalah!

more photos.. Click here

Pelajar Senibina Landskap FABU Memenangi Johan dan Naib Johan Dalam Pertandingan “Doodle Panting” Anjuran Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM

Pelajar Senibina Landskap FABU Memenangi Johan dan Naib Johan Dalam Pertandingan “Doodle Panting” Anjuran Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM

Johor Bahru, 31 Okt. 2018 – Pelajar Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan “Doodle Painting” yang bertempat di Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pertandingan ini merupakan anjuran dari Perpustakaan Sultanah Zanariah bersempena dengan “WOW Carnical@UTM” yang berlangsung dari 27 Oktober hingga 31 Oktober 2018.

Dalam pertandingan tersebut, dua kumpulan yang diketuai oleh Shahida Bahari dan juga Oscar Chong Yi Bin telah berjaya membawa pulang sijil penyertaan dan juga baucer wang tunai. Selain itu, dua kumpulan dari Program Geomatik dan Kejuruteraan juga telah berjaya memenangi tempat ke-tiga dan juga ke-empat.

Kumpulan yang diketuai oleh Shahida Bahari dan juga ahli pasukannya Ashraf Yahya telah menghasilkan doodle yang berkonsepkan “Literacy, a bridge from misery to hope” dan berjaya memenangi Johan dalam pertandingan ini.

Manakala kumpulan yang diketuai oleh Oscar Ching Yi Ben dan juga ahli pasukannya yang terdiri daripada Dr. Lee YoKe Lai dan Chin Kah Lai telah menghasilkan doodle yang berkonsepkan “Book is the key to lively and spiritful space” yang juga memenangi Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Gambar bersama peserta-perserta pertandingan melukis ‘doodle’.

“Literacy, a bridge from misery to hope” hasil lukisan ‘doodle’ daripada Shahida Bahari dan Ashraf Yahya.(kumpulan Atelier).

Oscar Ching Yi Ben, Chin Kah Lai dan Dr. Lee Yoke Lai menghasilkan doodle bertema: “Book is the key to lively and spiritful space”.

UTM Summer School – Built Environment Experiences 2018 – Universitas Sebelas Maret (UNS), Indonesia

UTM Summer School – Built Environment Experiences 2018 – Universitas Sebelas Maret (UNS), Indonesia

JOHOR BAHRU, 26 Oktober 2018 – Seramai 21 orang peserta dari Universitas Sebelas Maret (UNS), Surakarta, Indonesia (18 pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring) telah menyertai program UTM Summer School – Built Environment Experiences 2018 yang berlangsung dari 21 hingga 26 Oktober 2018 lalu. Program UTM Summer School anjuran Perancangan Bandar dan Wilayah (PBW), Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM (FABU) merupakan penyertaan kali ke-2 oleh pihak UNS. Penyertaan pihak UNS kali ini telah disambut sendiri oleh Pengarah Program PBW, Prof. Madya TPr. Dr. Hairul Nizam Ismail mewakili Dekan FABU.

Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan berkongsi pengalaman kepada para peserta berkaitan konsep ‘Sustainable Creative City’ yang diterapkan khususnya di sekitar pembangunan wilayah Iskandar Malaysia, Bandaraya Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Para hari pertama, perserta telah berpeluang mendengar perkongsian kuliah di Dewan Konvesyen, FABU melibatkan pakar rujuk UTM dan UNS. Turut serta para pelajar dari Tahun 1 Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (SMPBW). Ahli panel jemputan UTM yang terlibat adalah Pensyarah Kanan PBW iaitu En. Chau Loon Wai dan Prof. Madya TPr. Dr. Foziah Johar manakala pihak UNS diwakili oleh Dr. Winny Astuti dan Dr. Muhammad  Hisjam. Para peserta kemudian turut dibawa melawat kemudahan dan pusat penyelidikan yang terdapat di sekitar Fakulti oleh Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (PEWIBAWA).

Pada hari kedua, sempena lawatan peserta ke Pusat Bandaraya Johor Bahru, sebuah sesi taklimat diaturkan bersama pihak Thinkcity Sdn. Bhd. (Johor Bahru) di pejabat mereka. Pihak Thinkcity yang banyak terlibat dalam projek pemeliharaan bangunan warisan dan rejuvenasi ruang awam di sekitar pusat bandar turut membawa peserta menyelusuri jejak warisan di sekitar pusat bandar. Turut serta, Pengarah Program UTM Summer School, Dr. Noor Aimran Samsudin yang turut berkongsi sejarah perkembangan bandar tersebut di lapangan. Selain itu, pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ) turut berbesar hati menerima kunjungan delegasi ke Kompleks YWJ yang menempatkan pelbagai koleksi seni warisan,sejarah dan budaya Johor. Taklimat telah disampaikan sendiri oleh Ketua Unit Korporat, Tuan Haji Shafie Ahmad kepada delegasi UNS dan UTM. Para peserta telah berpeluang melawat Galeri Tenun dan Galeri Seni melihat koleksi yang dipamerkan.

Pada hari berikutnya, para peserta telah dibawa melihat kemodenan pusat pentadbiran Negeri Johor iaitu Kota Iskandar dan pembangunan sekitar Iskandar Puteri seperti Puteri Harbour, Medini dan Taman Tema Legoland. Sebelum peserta menikmati jamuan makan malam di sebuah restoran nelayan di Kampung Pendas, Gelang Patah, mereka telah dibawa melawat projek mega Forest City yang dibangunkan oleh Country Garden Pacificview. Taklimat telah disampaikan sendiri oleh Encik Ahmad Faizul Noor Azizan, Senior Strategic Executive.

Lawatan di sekitar Kuala Lumpur, peserta telah berpeluang melawat kawasan bersejarah Masjid Jamek, Dataran Merdeka, KL City Gallery dan Pasar Seni selain ke pusat membeli belah utama iaitu Bukit Bintang dan Menara Berkembar Petronas. Secara umum penyertaan program kali ini telah memberi peluang kepada peserta melihat pembangunan Malaysia dari pelbagai perspektif dengan melawat pelbagai bandar di negara ini.

More photo (click here)

Research Collaboration Between Greenovation Research Group with Primary School Kampong Jawa in Pontian

Research Collaboration Between Greenovation Research Group with Primary School Kampong Jawa in Pontian

On 17 October 2018, Sarah Al Norazlan, PhD candidate at Greenovation Research Group, conducted her data collection on the study of ECOLOGICAL LITERACY OF MIDDLE CHILDHOOD CHILDREN ON RURAL-HOME ENVIRONMENT. She was well assisted by Mega Suria Hashim, Azmiah Abd Ghafar, Joharudin Samion, Irfan Suria, Amalina SsMfauzi, Arti Manikam, Rohana Mohd Firdaus and Janatun Yusof. The study site is at Kg Jawa Hulu in district of Pontian. This gathering with school children was considered by the school management as a natural learning lesson for the pupils.