by webmaster | Mar 18, 2019 | CSR, event, News, newspaper, photo
Program Bangsa Johor Bahagia (BJB), yang diilhamkan DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor menunjukkan keprihatinan Baginda berdua dalam membantu meningkatkan kualiti hidup golongan kurang kemampuan di bandar. Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah mula membincangkan inisiatif murni ini sejak tahun lalu.
Pada hari ini (17 Mac), majlis pelancaran Program Bangsa Johor Bahagia telah disempurnakan oleh DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Raja Zarith Sofiah bertitah, Program Bangsa Johor Bahagia bukan sahaja dapat mewujudkan sebuah kawasan kediaman yang lestari, malah diyakini mampu membendung masalah sosial dalam kalangan generasi muda, di samping membentuk masyarakat yang pro-aktif. Projek perintis itu dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor yang berganding bahu bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri serta UTM.
Projek itu dilaksanakan dan disusun mengikut dua fasa bersama penduduk Flat Kangkar Pulai, di mana aktviti bagi fasa pertama telah dilaksanakan pada September dan Oktober 2018, manakala aktiviti fasa kedua sedang dilaksanakan bermula Mac 2019 dan dijangka selesai Mei 2019. Dalam menyokong matlamat dan aspirasi projek perintis Bangsa Johor Bahagia, UTM juga membangunkan empat program iaitu program komuniti berjaya, program fasiliti komuniti sejahtera, program persekitaraan kejiranan lestari dan program komuniti digital beretika.
by webmaster | Mar 17, 2019 | event, News, photo, Staff
Badan Kebajikan Fakulti Alam Bina dan Ukur (AKRAB) telah menganjurkan ‘AKRAB Bowling Tournament’ yang diadakan pada 15 Mac 2019 (Jumaat) di Lite Superbowl JB, Pelangi Leisure Mall bersama staf dan keluarga staf FABU.
more photos (click here)
by webmaster | Mar 13, 2019 | Global Outreach Program, News, photo
Fakultas Teknik Universitas Subang, Bandung Indonesia telah datang untuk membuat lawatan ke Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) pada 12 Mac 2019 yang lepas. Antara tempat yang dilawat ialah Pusat Kajian Alam Bina (KALAM) , FABU.
More photos (Click here)
by webmaster | Mar 13, 2019 | Conference & Seminar, News, photo
Program Penanaman Buluh & Bengkel Rekabentuk & Pembinaan Buluh bersama LAr Meor Abdullah Zaidi pada 11 & 12 Mac 2019.
More photos (click here)
by webmaster | Mar 12, 2019 | event, News
Perbincangan bagi penyediaan kertas kerja MoU di antara Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) diwakili oleh Prof. Dr. Alias Abdul Rahman dan Setia Geosolutions Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Mohd Hada Mohd Yusop, General Manager cawangan Johor. Turut hadir ialah Prof Madya Dr. Zulkarnaini Mat Amin, Pengarah Geoinformasi dan Cik Intan Nursuryana Zakaria.
by webmaster | Mar 12, 2019 | Conference & Seminar, News, photo
Proses perbandaran yang pesat memberi tekanan kepada bandar-bandar utama di Malaysia dalam menghadapi cabaran masa hadapan. URBANICE Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat kecemerlangan yang memberi penekanan ke arah membina bandar yang lebih baik di Malaysia. Melalui program Malaysia 100 Year Cities (M100YC), ia merupakan inisiatif URBANICE mendekati pihak universiti di Malaysia dalam memperolehi idea dan inovasi kearah bandar yang lebih baik untuk 100 tahun yang berikutnya. Satu Memorandum Persetujuan (MoA) telah ditandatangani diantara URBANICE dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) yang menganugerahkan geran sebanyak RM 10,000 bagi menyumbang idea dan inovasi dalam merancang dan membina bandar di Malaysia yang lebih baik untuk 100 tahun yang akan datang. Dilancarkan oleh Pengarah Eksekutif UN Habitat, Datoโ Maimunah Mohd Sharif, program M100YC menekankan kepada beberapa aspek utama iaitu inovasi teknologi, mobiliti bandar, infrastruktur pintar dan tadbir urus komuniti. Dengan penglibatan sebanyak 11 universiti awam dan swasta di Malaysia, UTM melalui FABU telah mengambil pendekatan unik iaitu dengan menganjurkan pertandingan rekabentuk M100YC di peringkat fakulti bagi mendapatkan idea dan inovasi yang terbaik di kalangan pelajar. Mengambil semangat UTM Sinergi 4.0, di antara syarat utama bagi menyertai pertandingan ini ialah di mana setiap kumpulan pelajar mestilah merangkumi gabungan 2 atau lebih program. Ini adalah bertujuan untuk memastikan idea dan inovasi reka bentuk yang dihasilkan lebih holistik dan menyeluruh. Idea yang terbaik telah dibawa dan dipamerkan di Malaysia Urban Forum (MUF) 2019 yang berlangsung pada 18 hingga 19 Februari 2019 di Pusat Konvensyen KLCC. Pelajar FABU UTM yang terpilih telah membentangkan hasil kerja mereka dengan memilih aspek mobiliti bandar sebagai tema utama rekabentuk mereka.
more photos (click here)