Planting, Tagging and Monitoring of Trees as A Way to Mitigate Climate Change

Planting, Tagging and Monitoring of Trees as A Way to Mitigate Climate Change

UTM TropicalMap Research Group from the Faculty of Built Environment and Surveying led by Associate Prof. Dr. Kasturi Devi Kanniah has organized a tree planting event at SJKT Ladang Kulai Besar. A total of 65 neem (Azadirachta Indicus) tree seedlings were planted at the school ground. The tree seedlings were donated by “Green Earth Society (GES)”, a non-profit organization (NGO) that strives to ensure that the uniqueness, diversity and quality of the environment is maintained to secure the well-being, safety and comfort of the present and future generations. A total of 95 primary school and UTM students, teachers, parents and GES volunteers participated in the event. The first year UTM students of “Geography Studies” were also exposed to service learning which is one of the 21st century teaching and learning components that is incorporated in this programme.

The trees were tagged using a GeoTrees Mobile app (UTM.J.14.01/27.13/1 JLD94(20)) that was developed by a group of researchers from the TropicalMap Research Group. The GeoTrees apps is currently available on Android Play Store and can be used via QR codes to scan and store geodatabase. This app is used to record tree biophysical parameters such as tree height, diameter at breast height, tree canopy and their geographical locations (latitude and longitude) of any new and previously planted trees. Teachers and students of SJKT Ladang Kulai Besar were taught on how to conduct tree inventory using GeoTrees so that they can continuously monitor the trees’ growth and deliver data to the server. The server can be viewed by the public once geodata has been recorded in the GeoTrees apps. The server’s website can be viewed in real time where it shows the distribution of trees planted and detailed information of each tree.

Four years ago, on 24th May 2015, UTM TropicalMap RG planted the same tree species at the school. The trees have grown and are believed to be functioning well which help to absorb carbon dioxide, provide oxygen and offer shade and habitat for birds. Data collected through GeoTrees mobile apps are used to calculate the trees’ ability to sequester and store carbon. Planting trees in urban forests and parks can help to mitigate climate change. These efforts can help to filter polluted air, impound storm water to reduce flash floods and other disasters, increase the cooling effect and mitigate urban heat island effects, reduce energy use and contribute to low carbon emissions in cities and increase property values.

FABU Terima Kunjungan Mahasarakham University, Thailand

FABU Terima Kunjungan Mahasarakham University, Thailand

Seramai 31 orang dari Mahasarakham Business School (MSB), Mahasarakham University (MSU), Thailand telah mengadakan lawatan ke Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM pada 28 April 2019 yang lalu. Delegasi tersebut dalam rangka lawatan ke sekitar Johor Bahru dan Singapura telah memilih kampus UTM Johor Bahru untuk melawat persekitaran universiti.

Delegasi MSU diketuai oleh Dr. Nitiphong Songsrirote, Dekan MSB MSU yang turut disertai oleh Prof. Madya. Dr. Pronlapas Suwannarat, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengantarabangsaan) MSB MSU, Dr. Pongsatrorn Tantrabundit, Director of Physical and Environmental Development Office MSB MSU, Achariya Issarapaibool, Director of Academic Sevice Center MSB MSU, 5 orang pensyarah dan 22 orang mahasiswa ijazah sarjana muda MSB MSU. Delegasi telah disambut oleh Dr. Noor Aimran Samsudin pensyarah kanan program Perancangan Bandar dan Wilayah UTM dan dibantu wakil pelajar dari Persatuan Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (PEWIBAWA).

Para peserta telah dibawa melawat melihat kemudahan di sekitar fakulti dan kawasan pusat pentadbiran UTM utama yang merangkumi Bangunan Canselori Sultan Ibrahim (BCSI), Masjid Sultan Ismail (MSI), Dewan Sultan Iskandar (DSI) dan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ). Di DSI, delegasi berpeluang melihat para petugas membuat persiapan terakhir di dewan sempena penganjuran Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62 pada 29 hingga 30 April 2019. Delegasi telah diberikan taklimat ringkas mengenai sejarah dan latar belakang perjalanan majlis tersebut.

Taklimat mengenai sejarah penubuhan UTM dan latarbelakang kampus telah disampaikan sendiri oleh Dr. Noor Aimran Samsudin di Galeri Terbuka PSZ. Di ruang tersebut, pihak PSZ sedang menganjurkan pameran ‘Sebutir Bintang Secercah Cahaya, Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid’ bermula 21 April sehingga 21 Jun 2019. Lawatan ringkas tersebut telah memberi peluang kepada delegasi MSB MSU untuk mengenali UTM secara lebih dekat melihat potensi menyambung pelajaran di peringkat seterusnya di universiti ini. Selesai lawatan tersebut, para delegasi telah dibawa melawat sekitar kampus melihat kemudahan lain di sekitar Jalan Lingkaran Ilmu sebelum bertolak pulang.

FABU perintis sukarelawan dalam aktiviti pemetaan komuniti

FABU perintis sukarelawan dalam aktiviti pemetaan komuniti

Program Mapathon dan penutup program Grab Geo*Stars yang julung-julung kali dianjurkan hasil kerjasama strategik antara Grab Malaysia dengan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program Mapathon yang ditaja sepenuhnya oleh Grab Malaysia telah diadakan di makmal komputer Ukur Bahan dan Perancangan Bandar & Wilayah FABU. Tujuan program Mapathon adalah untuk memupuk semangat sukarelawan di kalangan mahasiswa UTM di dalam aktiviti pemetaan komuniti menggunakan platform percuma, OpenStreetMap. Sepanjang program, peserta bertanding mendigit jaringan jalan raya dan tempat menarik atau lokasi yang menjadi kebiasaan peserta yang masih tidak direkod didalam peta OpenStreetMap.

OpenStreetMap merupakan satu platform percuma yang dibangunkan oleh aktivis OSM di seluruh dunia sejak tahun 2006 untuk mewujudkan satu peta dunia secara percuma melalui sumbangan data secara sukarela daripada penduduk komuniti setempat. Peta OSM telah banyak digunakan sebagai peta asas dalam aktiviti kemanusian ketika bencana seperti semasa gempa bumi di Pergunungan Everest, Nepal pada tahun 2015 dan terkini semasa puting beliung (Cyclone) Idai melanda Mozambique pada awal tahun 2019. Peta OSM juga menjadi peta asas dalam penyelidikan mahasiswa UTM.

Program Mapathon yang dilangsungkan selama sehari itu telah dihadiri oleh 98 mahasiswa daripada Program Geoinformatik, Perancangan Bandar dan Wilayah dan beberapa peserta jemputan luar fakulti. Program tersebut telah dijayakan oleh 17 peserta Grab*GeoStars yang terdiri daripada mahasiswa siswazah dan pascasiswazah Program Geoinformatik yang terpilih yang diketuai oleh Saudari Siti Zulhusna Binti Zulkefli.Terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam pertandingan tersebut iaitu pendigitan fitur jalan dan pendigitan fitur tempat menarik. Bagi pemenang terbanyak pendigitan fitur jalan telah dimenangi oleh Muhamad Afifi Bin Md.Yatim dan Nazatul Suhaila Binti Abdul Aziz daripada Program Geoinformatik.

Manakala bagi kategori pendigitan fitur tempat menarik telah dimenangi oleh Gabrielina Chai Fui Tze dan  Mohammad Hairul Razem Bin Kamaruzzaman daripada Program Perancangan Bandar & Wilayah. Program tersebut telah dirasmikan dalam majlis penutup pada sebelah petang oleh Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan dan Alumni, Fakulti Alam Bina iaitu Prof. Madya Dr. Zulkepli Majid diiringi oleh Penyelaras Program iaitu Dr Nurul Hawani Idris dibantu oleh Dr NoorDini Che’Man dan Dr NoorDyana Hassan. Sijil penghargaan kepada fasilitator Grab Geo*Stars juga telah diberikan oleh  Map Ops Country Lead, Puan Nurmalina Zainal Abidin.

Aktiviti mapathon ini diharap dapat membantu melahirkan lebih banyak lagi sukarelawan OSM untuk melengkapkan lagi data berkualiti di dalam peta OSM Malaysia agar setanding dengan peta OSM di negara-negara maju. Diharap program libat sama bersama industri akan terus diadakan untuk memantapkan lagi pembangunan sahsiah dan akademik mahasiswa FABU.

more photos (click here)

Pelajar FABU bantu golongan gelandangan menerusi program ‘WE CARE 2019’

Pelajar FABU bantu golongan gelandangan menerusi program ‘WE CARE 2019’

Seramai 33 pelajar Universiti Teknologi Malaysia daripada FABU  dan tujuh orang dari NGO New Hope for the Needy telah berjaya melaksanakan tugasan program WE CARE 2019 untuk membantu golongan gelandangan di kawasan KTM’ Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. Program ini bermula pada jam 12 malam hingga 2.30 pagi. Anjung singgah adalah tempat golongan gelandangan ini untuk berteduh pada waktu malam. Tempat itu disewa RM3 untuk satu malam. Waktu dibenarkan menginap pada 10.00 malam sehingga 7.00 pagi. Anjung singgah juga adalah pusat untuk masyarakat boleh menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini.

Pengarah program Nur Aina Natashya Binti Abd Hamid serta Penasihat dan Pensyarah Program Dr Shahabudin Bin Abdullah yang telah memainkan peranan penting dalam program WE CARE 2019. Hasil temubual daripada Pengarah Program, Nur Aina Natashya binti Abd Hamid tentang program WE CARE 2019 yang telah dilaksanakan bersama – sama exco dan pensyarah.“Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi kita agar kita dapat menghargai perlindungan yang kita perolehi tidak kiralah dari segi keselamatan, makanan ataupun keperluan asas kita yang lain. Kadang-kala kita terlupa akan semua ini tetapi melalui program We Care ini kita dapat menikmati dan mensyukuri nikmat yg telah kita dapat dengan melihat betapa susahnya golongan ini untuk mendapatkan keperluan harian mereka tidak seperti kita.”

Antara cabaran dalam melaksanakan program ini adalah kita sebenarnya kekurangan dana walaupun kita telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan dana ianya tetap tidak dapat menampung kos perbelanjaan program ini, akan tetapi dengan kerjasama CCIN serta 33 orang pelajar yang terlibat yang sanggup untuk mengeluarkan wang mereka sendiri semata-mata untuk menjayakan program ini. Cabaran kedua ialah disebabkan oleh kekangan masa. Ini kerana, program ini dirancang dalam masa beberapa minggu sahaja sebelum dilaksanakan mahupun begitu dengan kerjasama setiap unit program dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, pelajar yang terlibat kurang pengalaman dalam bidang kesukarelawan yang menyebabkan apabila tiba di Bandar Johor Bahru kami berasa takut untuk berdepan dengan golongan ini kerana tidak pernah didedahkan dengan keadaan dan suasana begitu. Kami juga kekurangan tenaga lelaki yang menyebabkan tahap berjaga-jaga itu semakin meninggi dan sedikit sebanyak membataskan gerak kerja kami yang mana majoritinya terdiri daripada golongan siswi.”Apa yang dapat disimpulkan daripada program ini ialah kami sebagai pelajar dapat menimba pengalaman baharu sama ada melalui kepimpinan untuk melaksanakan sesebuah program ataupun pengalaman membantu golongan seperti ini. Saya juga ingin simpulkan bahawa di Malaysia masih terdapat golongan yang tidurnya beralaskan kotak ataupun beralaskan beg galas semata tetapi kita tidur beralaskan tilam yang empuk, disaat mereka kelaparan mencari makanan, kita telah pun kenyang tanpa perlu memikirkan apa yang perlu kita cari untuk meneruskan kehidupan pada esok hari maka nasihat saya adalah hargailah apa yang kita ada,  jangan tumpukan apa yang tidak kita miliki kerana masih ada golongan diluar sana mendambakan apa yang kita miliki.”

Berikut disertakan beberapa keping gambar sekitar Program We Care 2019 ini berjalan. more photos (click here)

 

Iftar Perdana FABU 2019

Iftar Perdana FABU 2019

Ukhuwah dan silaturrahim antara staf, keluarga staf serta pelajar FABU dieratkan dengan Program Iftar Perdana yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Staf FABU (AKRAB). Selain iftar, program juga disempurnakan dengan solat maghrib, isya’ , dan solat terawih berjemaah yang dipimpini oleh Imam Pusat Islam UTM, Ustaz Panji Alam Mazhisham.

more photos (click here)

UTM Open Day