by webmaster | Sep 30, 2019 | event, News, photo
Lakaran satu peristiwa penting bagi warga Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah terukir apabila sebuah upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara universiti ini dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah disempurnakan oleh wakil kedua-dua belah pihak.
Dalam majlis tersebut, UTM diwakili oleh Dekan FABU, Prof. Dr. Mohd Hamdan bin Haji Ahmad dan Setiausaha MBI, Tuan Mohd Zakuan bin Zakaria di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh.
MoU ini akan melibatkan kerjasama dari aspek pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan di mana melibatkan teknologi pembinaan dan rekabentuk struktur buluh sebagai bahan pembinaan semulajadi yang mampan.
Di samping itu juga, MoU ini akan membuka lebih banyak peluang untuk pertukaran idea dan kepakaran di dalam aspek pengurusan landskap untuk kedua-dua institusi.
Majlis ini dijalankan bersempena dengan program ESCAPE pelajar Senibina Landskap UTM Earth Society of Landscape Architecture selama 2 hari setengah yang telah mendapat sokongan dan kerjasama yang baik dari pihak Jabatan Landskap dan Rekreasi, MBI di bawah kelolaan LAr Meor Abdullah Zaidi bin Meor Zaidi Razali.
Program turut dimeriahkan dengan sambutan program Kesedaran Hari Habitat Sedunia anjuran KPKT di mana program Tanam Pokok dan “Waste to Wealth” telah dijalankan oleh pelajar-pelajar dari empat buah institusi yang menawarkan program Senibina Landskap iaitu UTM, UPM, UiTM dan UIA.
Semoga penglibatan pelajar di dalam program seumpama ini akan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan sisa pepejal dan keprihatinan terhadap isu-isu alam sekitar bagi melahirkan generasi rakyat yang lebih peka terhadap persekitaran yang mapan untuk kesejahteraan hidup.
more photos click here..
by webmaster | Sep 29, 2019 | News
62 students and 3 lecturers from Urban and Regional Planning Department of Engineering Faculty, Hasanuddin University, Makassar, Indonesia has visited Faculty of Built Environment & Surveying on 26th September 2019 to do field study program as an education requirement. The theme of the program is ‘Smart City’ .
by webmaster | Sep 23, 2019 | Award, News

Huge congratulations to Research Associate of KALAM, Assoc. Prof. Dr. Lim Yaik Wah for obtaining 4 grant in 2019 :-
1. Industry-International Incentive Grant (IIIG) entitled ‘BIM-based Collaborative Building Design Process and Coordination’
2. Fundamental Research Grand Scheme (FRGS) entitled ‘Computational Building Information Modelling-based Method for Green Retrofitting
3. Contract Research Grant from RDC Arkitek Sdn Bhd entitled ‘Building Information Modelling (BIM) of 59-storey Commercial Building for Design Coordination and Analysis’
4. Contract Research Grant from IJM Construction Sdn Bhd entitled ‘Building Information Modelling (BIM) for Green Building Assessment’
by webmaster | Sep 23, 2019 | Award, News
FABU juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ar. Noraslinda binti Abdul Rahman, Felo Penyelidik Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) atas kejayaan beliau memperoleh Geran GUP Tier 2 2019 Batch 1 dengan tajuk ‘ Senibina Bangunan Warisan UTM sebagai Simbol Cenderahati Korporat’
by webmaster | Sep 23, 2019 | Award, News
FABU juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Fadhlina binti Ahmad @ Taufik, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) atas kejayaan beliau memperoleh Geran GUP Tier 2 2019 Batch 2 dengan tajuk ‘Prinsip dan Fungsi Ornamentasi pada Senibina Masjid di Malaysia’.
by webmaster | Sep 22, 2019 | Award, News
Congratulations to students from Geoinformation, FABU because has won 1st place at Kenyalang Mapping Technologies 2019, organized by Politeknik Kuching. Students involved are Tang Siew Khing and Phan Hock Lai, supervised by Sr Dr. Muhamad Uznir Ujang. The award were given on 19 October 2019 at Imperial Hotel, Kuching. The team developed a mobile app for Search and Rescue operation (GIS) for Sarawak Fire and Rescue Department.