by webmaster | Dec 2, 2019 | News
Tahniah diucapkan kepada Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) di atas kejayaan memperoleh Projek Konsultasi ‘Kerja Membina dan Menyiapkan Rumah Asal Tukang Kahar di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah serta Lain-Lain Kerja Berkaitan’ yang berjumlah RM 247,000.00
by webmaster | Dec 1, 2019 | Award, News
Tahniah diucapkan kepada Pelajar PhD Ukur Bahan, Saudari Naqiyatul Amirah bt Mohd Said di atas kemenangan pada Anugerah Gemilang Mahasiswa 2019, 27 November 2019 yang lepas.
by webmaster | Dec 1, 2019 | Conference & Seminar, News, photo
Centre for Innovative Planning and Development (CIPD) dan Program Perancangan Bandar dan Wilayah (PPBW), Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia) telah menganjurkan Program PLANPRO 2019 BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA pada 28 November 2019. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu kepada pelajar-pelajar dan staf PPBW terhadap peranan PLANMalaysia dalam perancangan dan pembangunan bandar di Malaysia.
more photos click here..
by webmaster | Nov 28, 2019 | Conference & Seminar, News
Prof Ismail Said presented a paper “Cultural Ecosystem Services of Park to Urban Community and its Paradoxical Contribution to Carbon Emission” at First International Conference Islamic and Sustainable Innovation of Urban and Regional Planning hosted by Universitas Islam Negeri Alauddin in Makassar.
by webmaster | Nov 26, 2019 | Alumni, News, Promotion/Appointment
Tahniah diucapkan kepada Sr Haji Mohd Khairudin bin Abd Halim, Alumni UTM 1983 Kursus Sarjana Muda Ukur Pengurusan Harta Benda (Sarjana Muda Sains Pengurusan Harta Tanah) atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia dari seluruh warga dan pengurusan FABU serta UTM.
by webmaster | Nov 25, 2019 | Alumni, Meeting & Workshop, News
Sejumlah 48 orang pelajar Tahun 1 program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia telah menyertai Bengkel Asas Penggunaan AutoCAD yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Azahar Zikri yang kini bertugas di Northstar Frontier Sdn. Bhd. sebagai Assistant Design Manager.
Beliau yang merupakan alumni kepada program Perancangan Bandar dan Wilayah turut berpengalaman luas dalam teknik-teknik penggunaan AutoCAD dalam skop perancangan bandar dan wilayah.
Sepanjang bengkel, pelajar bersama-sama penceramah melakukan hands-on lukisan berbantukan AutoCAD yang terdiri daripada pengenalan menu-menu asas, basic drawing (line, circle, polygon), editing (copy, paste, move, rotate dan lain-lain), layout drawing, scale and plotting.
Sepanjang bengkel juga, Encik Azahar berkongsi dengan para pelajar teknik asas membaca pelbagai jenis pelan terutamanya pelan arkitek. Beliau turut memaklumkan, kemahiran membaca pelan adalah sangat penting kerana apabila memasuki alam pekerjaan nanti, perancang tidak hanya menerima pelan layout, tetapi turut perlu memahami dan menterjemah pelan arkitek dan pelan ukur sebagai contoh.
Program yang bermula pada awal pagi dan berakhir sekitar jam 4.30 petang ini turut diselitkan dengan nasihat-nasihat yang berguna serta perkongsian pengalaman penceramah terhadap kerjaya perancang yang tidak hanya terbatas dalam bidang perancangan sahaja, tetapi juga turut boleh dikembangkan ke aspek lain seperti interior design dan arkitek dengan syarat mereka bersedia dan tekun mempelajari ilmu-ilmu baharu di alam pekerjaan nanti.
Di akhir bengkel ini, kesemua pelajar berjaya menghasilkan lukisan layout ringkas kawasan perumahan dengan mengaplikasikan teknik-teknik mudah yang dikongsikan oleh penceramah.