Ahli Akademik Bincang Hala Tuju Perbandaraan Bercirikan Asia

Kredit Foto: TV Selatan

Kredit Foto: TV Selatan

JOHOR BAHRU, 13 Ogos — Seramai 250 ahli akademik, penyelidik serta pakar tempatan dan antarabangsa dalam bidang perancangan bandar dan profesion berkaitan akan bersama-sama membincangkan hala tuju masa depan perbandaran yang bercirikan Asia.

Perbincangan berkenaan diadakan menerusi Kongres Antarabangsa Persatuan Perancangan Sekolah Asia (APSA) 2015 yang kini sedang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, hingga 14 Ogos.

Naib Canselor UTM, Prof Dr. Ir. Wahid Omar berkata perancangan bandar perlu diteliti dengan baik agar memberi kesan yang positif kepada penduduk setempat.

Beliau turut memberi contoh kawasan di Nusajaya mempunyai perancangan bandar strategik yang turut melibatkan pihak UTM untuk membangunkannya.

Wahid ditemui pada sidang media selepas merasmikan kongres kali ke-13 itu pada Rabu.

Hadir sama Presiden APSA 2015 Prof Chu-Joe Hsia dan Naib Presidennya Prof Dr. Syed Zainol Abidin Idid.

Kongres berkenaan menjanjikan pertukaran ilmu dengan perbentangan 182 kertas kerja.

Sebanyak 146 kertas kerja daripadanya adalah pembentangan dari peserta antarabangsa termasuk Australia, Jepun, Korea Selatan, India, China, Singapura dan Indonesia.

Sementara negara Eropah yang terlibat ialah Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Menerusi perbincangan berkenaan, agenda perbandaran Asia bakal menjadi panduan kepada pendidikan dan amalan perancangan di Asia yang meliputi tahap perbandaran yang belum pernah terjadi di Asia termasuk aspek kepelbagaian, intensiti, kompleksiti dan keaslian bercirikan Asia.

Kongres antarabangsa APSA merupakan acara dwitahunan yang telah diadakan sejak Ogos 1993, dengan melibatkan 36 buah sekolah perancangan berkeahlian dari universiti-universiti utama di Asia.

Sumber: TV Selatan

Tahniah Penerima Anugerah Pendidikan Senibina 2015

Fakulti Alam Bina mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua orang Profesor Emeritus Universiti Teknologi Malaysia, Dato’ Prof. Emeritus Ar. Parid Wardi Sudin dan Dato’ Prof. Emeritus Ar. Dr. Elias @ Ilias Salleh di atas pengurniaan Anugerah Pendidikan Senibina 2015 di Majlis Anugerah Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) 2015 pada 17 Ogos 2015 di Hilton Kuala Lumpur.

Pelantikan Jawatan Penyelaras Akademik Fakulti

Sukacita dimaklumkan Fakulti Alam Bina telah membuat lantikan baharu kepada kesemua jawatan penyelaras akademik di fakulti ini. Perlantikan ini dibuat untuk tempoh 2 (dua) tahun berkuat kuasa 1 Julai 2015 sehingga Jun 2017.  Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan staf berikut:

BIL

NAMA

JAWATAN GILIRAN PENTADBIR

1 Dr. Gobi Krishna a/l Sinniah Penyelaras Program Pasca Siswazah Kerja Kursus Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah
2 Dr. Wan Hashimah bt. Wan Ismail Penyelaras Program Pasca Siswazah Kerja Kursus Jabatan Senibina
3 PM. Dr. Foziah bt. Johar Penyelaras Program Pasca Siswazah Penyelidikan Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah
4 PM. Dr. Mahmud bin Mohd. Jusan Penyelaras Program Pasca Siswazah Penyelidikan Jabatan Senibina
5 PM. Dr. Fadhlin bt. Abdullah Penyelaras Program Pasca Siswazah Penyelidikan Jabatan Ukur Bahan
6 PM. Dr. Maizon bt. Hashim Penyelaras Program Pesisir Sarjana Pengurusan Kontrak Pembinaan
7 Dr. Hamizah Liyana bt Tajul Ariffin Penyelaras Program Sarajana Muda Sains (Pembinan)
8 Dr. Nafisa bt. Hosni Penyelaras Program Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah
9 Dr. Roshida bt. Abdul Majid Penyelaras Program Sarjana Muda Sains Senibina
10 En. Zuhaily bin Mohamad Ramly Penyelaras Program Sarjana Muda Ukur Bahan
11 PM. Dr. Nur Emma bt. Mustaffa Penyelaras Program Sarjana Pengurusan Kontrak Pembinaan
12 PM. Dr. Nooraini bt. Hj. Yusoff Penyelaras Program Separuh Masa Perancangan Bandar & Wilayah
13 Sr. Dr. Mohd. Saidin bin Misnan Penyelaras Program Separuh Masa Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
14 En. Norazam bin Othman Penyelaras Program Separuh Masa Sarjana Muda Ukur Bahan

 

Semoga dengan pelantikan baharu ini akan menjadi pendorong untuk kita terus memberikan komitmen dan sumbangan kepada kecemerlangan Fakulti Alam Bina.

UTM Open Day