Lecturer Sings as a Way to Beat Stress
Sunday Star 17 April 2016
Sunday Star 17 April 2016
CONGRATULATION to all graduates.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Farid Azizul Azui dan Dr. Lee Yoke Lai di atas penganugerahan PHD yang telah mendapat kelulusan Senat pada Mac yang lalu. Fakulti Alam Bina mengucapkan setinggi tahniah diatas kejayaan ini dan semoga terus berusaha mengharumkan nama fakulti ini.

SEBAHAGIAN pelajar jurusan Seni Bina UTM bergambar selepas program Sukan Archileague 2016 di kampus UTM Skudai, Johor Bahru baru-baru ini. Kredit Gambar: Kosmo
SIHAT. Seramai 265 pelajar jurusan Seni Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai program sukan Archileague 2016 di Kampus UTM Skudai, Johor baru-baru ini.
Menurut Ketua Penajaan Persatuan Seni Bina UTM, Meor Muhammad Azrin Meor Haris, objektif program tersebut diadakan untuk memupuk minat para pelajar supaya bersukan secara sihat dan mengasah bakat yang terpendam.
“Budaya sihat menjadi teras dan secara tidak langsung membina keyakinan dan keterampilan diri dalam mengimbangi kecemerlangan akademik dan riadah bersukan,” ujarnya.
Antara jenis sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, futsal, ping pong, bola jaring dan bola keranjang.
Sumber: Kosmo