Former UTM Architecture student won top prize in the PLUS MUFORS Road Reels : Short Video Competition

Former UTM Architecture student won top prize in the PLUS MUFORS Road Reels : Short Video Competition

Former UTM Architecture student, Bakri Hafiz Hisham won top prize in the PLUS Malaysians Unite for Road Safety (MUFORS) Road Reels : Short Film Competition. The video entitled “Empat” won the first prize for the ‘Best Use of Humour’ category. Bakri received the Grand Prize award and a Volkswagon Beetle car. Bakri was the Second Prize winner in the same competition in 2011.  

Source: Former UTM Architecture student won top prize in the PLUS MUFORS Road Reels : Short Video Competition

NC rasmi Lata Jernih

NC rasmi Lata Jernih

JOHOR BAHRU, 21 Mei 2017 – Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia(UTM), Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar hari ini merasmikan Lata Jernih, satu produk ekopelancongan terletak di Hutan Rekreasi dalam kampus UTM Johor Bahru.

Menurutnya, pembinaan Lata Jernih menggunakan kepakaran dalaman yang terdiri dari staf dan mahasiswa UTM hanya menelan belanja RM49,000 berbanding kos sebenar RM164,899 jika dibuat melalui proses tender.

Seramai 52 orang mahasiswa dan 10 staf dari Jabatan Lanskap, Fakulti Alam Bina UTM terlibat dalam membangunkan Lata Jernih itu yang turut mendapat kerjasama dari Unit Kampus Ekopelancongan, Pejabat Harta Bina dan Pusat Kerjaya UTM.

“Pembinaan Lata Jernih dijalankan menerusi program Job On Campus untuk memberi pengalaman kerja sebenar kepada mahasiswa UTM mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari di bilik kuliah kepada situasi kerja sebenar.

“Menerusi program ini UTM berjaya menjimatkan dua petiga daripada kos sebenar jika diserahkan kepada kontraktor luar,’ katanya.

Majlis perasmian dihadiri oleh Pengarah Harta Bina Profesor Dr Abdul Latif Salleh, Pengarah Pusat Kerjaya Prof. Madya Dr. Othman Ibrahim dan Pensyarah Jabatan Senibina Lanskap Prof. Madya Dr Mohd Sarofil Abu Bakar.

Naib Canselor berkata, konsep pembinaan Lata Jernih yang dilakukan secara manual tanpa penggunaan peralatan berat bagi mengelakkan kerosakan kawasan sekitar untuk mengekalkan persekitaran semula jadinya. Bahan binaan semulajadi juga turut digunakan termasuk batu dan kayu yang terdapat di kawasan sekeliling.

Beliau turut mempelawa pelajar yang terlibat dalam program membangunkan Lata Jernih supaya tampil mengemukakan cadangan untuk mengurus Hutan Rekreasi agar dapat menarik lebih ramai pengunjung dan menjana pendapatan sebanyak mungkin.

Katanya, pada tahun lalu seramai 14,899 pengunjung dicatatkan mengunjungi Hutan Rekreasi untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan jumlah itu meningkat kepada 20 ribu orang termasuk yang datang untuk berehat dan beriadah bersama keluarga.

Pembukaan Lata Jernih bakal memberi satu lagi dimensi baru dalam inisiatif kampus Ekopelancongan UTM yang telah diperkenalkan sejak 2009.

Nama Lata Jernih diilhamkan daripada perkataan “lata” di dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud jeram yang airnya mengalir bertingkat dari tahap atas ke bawah. Jatuhan air jernihnya yang bertingkat serta kaya dengan flora dan fauna mampu memberikan ketenangan minda kepada para pengunjung yang datang.

Pokok-pokok hutan seperti gaharu, tongkat ali, jelutong, cengal, jering dan palas hutan turut ditanam di kawasan sekitar bagi menghidupkan suasana hutan semulajadi untuk dinikmati.

Selain itu, terdapat juga satu unit wakaf yang didirikan di kawasan berkenaan bagi untuk kemudahkan pengunjung berehat dan bersantai sambil menikmati permandangan di sekitar Lata Jernih ini.

Kedudukannya yang strategik di dalam Hutan Rekreasi turut memberikan nilai tambah bagi pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti rekreasi dalam satu tempat antaranya program motivasi, merentas hutan sambil menikmati flora dan fauna serta boleh juga menginap di Rumah Kampung yang terdapat di kawasan berdekatan.

Bagi meningkatkan jumlah pengunjungke Hutan Rekreasi seluas 53 hektar itu, Unit Ekopelancongan, Pejabat Harta Bina sedang dalam proses menambah daya tarikan dengan menyediakan pelbagai kemudahan antaranya, chalet, kawasan perkhemahan, sukan memanah dan All-terrain vehicle (ATV) bagi membolehkan pengunjung menjelajah kawasan berkenaan yang kaya dengan flora dan fauna.

 Source: NC rasmi Lata Jernih

Pelantikan Sebagai Pentadbir Akademik Fakulti Alam Bina

Pelantikan Sebagai Pentadbir Akademik Fakulti Alam Bina

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kepada pelantikan semula/pelantikan baharu sebagai pentadbir akademik di Fakulti Alam Bina bermula 1 Jun 2017.

Pelantikan Baharu:

  • Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, Jaringan dan Komuniti
    • PM Dr. Mohammad Rafee bin Majid (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2020)
  • Ketua Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah
    • PM Dr. Hairul Nizam bin Ismail (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2020)
  • Ketua Jabatan Senibina Lanskap
    • LAr. Dr. Sapura binti  Mohamad (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2020)
  • Pengurus Akademik Pasca Siswazah 
    • Dr. Zuhaili bin Mohamad Ramly (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2020)

Pelantikan Semula:

  • Ketua Jabatan Senibina
    • Dr. Abdul Halim bin Hussein (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2019)
  • Ketua Jabatan Ukur Bahan
    • Dr. Sarajul Fikri bin Mohamed (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2019)
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih diucapkan kepada mantan Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, Jaringan dan Komuniti, PM Dr. Mohamed Rashid bin Embi; Ketua Jabatan Perancang Bandar & Wilayah, PM Dr. Norsiah binti Abd, Aziz; dan Ketua Jabatan Senibina Lanskap, PM Dr. Hasanuddin bin Lamit atas sumbangan dan jasa beliau yang dilimpahkan semasa mengalas tanggungjawab sebagai Pentadbir di fakulti ini. Jasamu akan dikenang selamanya.
Program Komuniti Lestari 2017 di Felda Ulu Penggeli, Johor

Program Komuniti Lestari 2017 di Felda Ulu Penggeli, Johor

Seramai 51 orang mahasiswa dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina yang mengambil kursus kokurikulum UKQR2062 telah menganjurkan Program Komuniti Lestari 2017 pada 27 – 29 April 2017 di FELDA Ulu Penggeli, Keluang, Johor. FELDA Ulu Penggeli terpilih sebagai lokasi pelaksanaan Program Komuniti Lestari 2017 kerana mereka telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) peringkat kebangsaan pada tahun 2016.

Program ini dilaksanakan dengan objektif utama untuk menggalakkan mahasiswa berinteraksi dengan masyarakat serta menyalurkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian di universiti dalam bidang perancangan bandar dan wilayah agar dapat membantu meningkatkan tahap kelestarian FELDA Ulu Penggeli ke peringkat yang lebih tinggi.

Program yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam  mengandungi beberapa aktiviti interaktif yang melibatkan penduduk setempat bersama mahasiswa antaranya ialah Bengkel Pelan Komprehensif Pembangunan Komuniti (PKPK) FELDA Ulu Penggeli 2025 (Pembangunan Pelancongan), Pengindahan Landskap dan Susunatur Galeri FELDA Ulu Penggeli, Program School Attack di Sek. Keb. Ulu Penggeli, Senamrobik dan Malam Silaturahim.

Program ini dianggap telah mencapai objektif apabila mendapat kerjasama yang baik dari pihak pengurusan FELDA Ulu Penggeli yang diketuai oleh En. Md. Jaffar Mohd. Noah, barisan kepimpinan JKKR, GPW dan penyertaan 17 keluarga sebagai keluarga angkat. Kerjasama yang baik juga diterima daripada pensyarah Fakulti Alam Bina, Prof. Ibrahim Ngah dan Dr. Mohd. Hisyam sebagai pakar rujuk bagi Program PKPK dan pengindahan galeri.

Justeru itu, selaku Pensyarah Penasihat, Dr. Siti Hajar Misnan dan Pengarah Program, Cik Amirah Huda Azlan, kami menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Program Komuniti Lestari 2016 di FELDA Ulu Penggeli.

UTM Open Day